Tip Yang Menjimatkan Ke Legoland Johor Bahru






Entri percutian kali ini yang saya nak kongsikan ialah Tip Yang Menjimatkan ke Legoland Johor Bahru. Boleh ke jimat jika nak ke Legoland? Seperti yang kita sedia maklum tiket nak masuk dah memang mahal kalau Theme Park dewasa = RM180, manakala kanak-kanak = RM146. Kalau 1 keluarga 5 orang kira sendiri lah ya. Kali ini kami hanya masuk ke Theme Park, ada rezeki nak ke Water Park pula.


Tip yang saya  nak kongsikan ni selain dari menyimpan duit selama setahun untuk ke Legoland, sebaiknya uolls rancang tarikh yang nak pergi ... cara jimatnya ialah tempah tiket secara online sebelum nak pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum, anda dah jimat 20% .. banyak tau bezanya jika anda pergi dengan anak-anak 3 orang. Yang jimat 20% tu boleh untuk beli makanan dalam Theme Park yang harganya memang boleh tahan mahal. Jangan lupa untuk print tiket tu sebelum pergi sebab mereka akan scan sebelum benarkan kita masuk.


Percutian kali ini kami tidak berkesempatan untuk tidur di Hotel Legoland ... kebetulan apabila nak tempah semua dah penuh dan bilik yang kosong berharga RM1,8++. Ish sayangla pulak boleh tidur 4 malam di hotel lain :)


Waktu operasi Legoland ialah 10am - 7pm, sebelum masuk Legoland silalah sarapan dulu di luar yang mana harganya lebih murah dan menjimatkan. Sila tunggu depan pintu Legoland tepat kul 10am kalau anda nak lama di dalam dan dapat menggunakan ke semua permainan yang di sediakan . Sila ambil peta Legoland untuk melihat kedudukan uolls di mana dan jangan sampai terlepas permainan yang mana uolls kena cuba semuanya. Mahal tau tiket nak masuk rugi kalau tak digunakan sepenuhnya.





Kami sengaja memilih hari Isnin kerana Isnin adalah hari bekerja ... walaupun cuti sekolah tapi untungnya ialah kita tidak terlalu lama beratur menunggu giliran. Maklumlah Theme Park ni besar, luas dan PANAS yang mana kalau menunggu terlalu lama boleh jadi Hulk tau :) Sebelum saya terlupa bagi uolls yang ada anak-anak bawah 8 tahun, pihak Legoland ada menyewakan stroller, takdelah bila anak kepenatan uolls kena dukung, patah pinggang kak oi nak dukung anak dalam kawasan yang sangat luas.

Untuk anak-anak kecil mereka ada had ketinggian .. permainan yang mereka boleh sertai termasuk lah Maisarah akan tetapi jangan risau pihak Legoland ada sediakan tempat permainan khusus untuk mereka dan permainan yang bersesuaian.


Secara ringkasnya uolls boleh berjimat ke Legoland dengan

1) Tempah tiket secara online jimat 20%
2) Sarapan dulu diluar
3) Jimat masa jika pergi hari bekerja (masa menunggu giliran adalah lebih cepat)


Jom tengok sebahagian gambar yang kami sempat snap untuk tatapan uolls, Legoland Theme Park memang best, kalau kita amati design Lego yang mereka buat memang kita akan paham kenapa bayaran masuknya mahal.




The Boating School 

... bolehlah berangan bawa ala-ala speed boat hehe








Driving School untuk kanak-kanak



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dino Island ... suka diingatkan sila bawa sepersalinan baju atau baju hujan, sebab uolls confirm basah kuyup naik ride ni .. macam anak-anak saya mereka tak kisah .. jawabnya jalan-jalan nanti keringla baju tu.


















Break sekejap makan minum dan tengok peta kut-kut ada yang terlepas, sayang hocay




Seronok la anak-anak nampak cute je kan train tu, kelajuan sesuai la dengan usia mereka







Observation Tower ... uolls boleh tengok pemandangan seluruh Legoland yang bestnya dalam ni ber aircond ... nyaman sungguh setelah berpeluh-peluh kat luar sana .. make up pun cair haha





Sementara menunggu anak-anak yang lebih besar, adik-adik boleh bermain di sini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah satu tarikan di sini ialah Star Wars, ada banyak model Star Wars di sini. Confirm peminat Star Wars terpegun termasuklah anak-anak bujang saya. Kebetulan pulak movie Star Wars keluar. Hmm memang lama la kat sini 


















Ni namanya Wave Racers .. ada basah sikit-sikit la :)









Kaki-kaki yang dah penat berjalan dalam Legoland dari kul 10am - 5.30pm. Dah beratus-ratus kalori terbakar. Dinasihatkan jangan la pakai high heel semasa dalam Legoland tu. 


Sebenarnya kalau nak bercerita tentang Legoland ni memang banyak dan ada banyak permainan yang dewasa dan kanak-kanak boleh bermain. Nak tengok lebih lanjut tentang permainan di Legoland sila klik sini. Surau juga disediakan bagi kita menunaikan kewajipan.


Sebelum keluar dari Legoland pasti anak-anak terjebak ke dalam kedai Legoland yang menawarkan pelbagai permainan Lego ... haissh rambang mata dibuatnya budak-budak ni. Mak bapak pun boleh terbeliak mata tengok harganya.




Sebelah malamnya kami berehat di Hotel Granada, Taman Bukit Indah. Sempat juga mencari self laundry dobi. Sebelum tidur wajib telan Ostematrix dan Lecithin. Macam nak tercabut kaki pinggang berjalan-jalan dalam Legoland dengan makan Vitamin ni sekurang-kurangnya membantu badan kita cergas dan bertenaga semula. Esoknya sebelum ke Melaka kami sempat singgah Johor Premium Outlet.  Entri ke Melaka saya akan sambung lagi ya :) 

Labels: