Ibu Yang Menyusukan Rawat Selsema Secara Alami


Bagi ibu yang menyusukan bayi, kita tidak boleh mengambil sebarangan ubat jika kita menghidap penyakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Bukan apa dibimbangi jika ubat yang kita ambil boleh memberi kesan kepada bayi kita, begitu juga jika kita sedang hamil.





Jangan risau ya para ibu, kerana terdapat pelbagai alternatif  lain untuk merawat selsema yang dialami. Perubatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita boleh digunakan untuk merawat selsema. Berikut beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah selsema ibu menyusu.


Air Suam


Ibu-ibu menyusu wajib minum air suam dengan banyak ya. Selain dari melancarkan susu ibu. Air suam ni terkenal dengan keberkesannya mengurangkan pelbagai masalah kesihatan. Minum air suam yang masih hangat dapat memberikan kelegaan kepada masalah hidung berair dan tersumbat. Amalkan selalu minum air suam bagi mempercepatkan proses penyembuhan masalah selsema.


Teh Hijau dan Hitam

Saya memang suka minum air teh suam-suam terutamanya ketika mengalami masalah selsema. Rasa hidung ni legaaa sangat :). Ini juga salah satu petua untuk meredakan selsema yang datang menyerang bagi ibu yang masih  menyusukan bayi. Teh merupakan salah satu penguat kekebalan tubuh. Kandungan theanine, falvonoid dan ketekin dalam teh hijau kaya dengan antioksida yang sangat kebal melawan selsema.


Limau Nipis Dicampur Kicap

Petua tradisional ini diakui berkesan meredakan masalah batuk atau sakit tekak. Campurkan dua biji limau nipis yang dicampur dengan sedikit kicap bagi mengurangkan kemasaman limau nipis. Jika anda suka minuman masam, tiada masalah jika tidak sila campurkan dengan sedikit kicap.


Yoghurt

Minuman yogurt juga boleh digunakan untuk mengubati selsema. Yogurt yang merupakan hasil tenusu ini mengandungi probiotik yang sangat berguna untuk daya tahan badan.


Selain itu ibu yang menyusu dan ibu mengandung juga boleh makan Vitamin semulajadi seperi Sustained Release Vitamin C dan Nutriferon jika mengalami masalah selsema dan batuk. Yang mana kedua-dua vitamin selamat dimakan oleh ibu yang mengandung dan menyusukan bayi.

Tip Berpantang Selepas Bersalin Dan Masih Bertenaga


Apa khabar ibu-ibu semua? Saya doakan kalian semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan harian. Bagaimana ibu-ibu yang masih dalam pantang atau akan bersalin tak lama lagi, dah sediakan semua kelengkapan bayi anda? Makanan kesihatan semasa dalam pantang?

Ianya penting ya sebab selepas bertarung melahirkan bayi dan menggunakan sepenuh tenaga , uolls akan keletihan dan dalam masa yang sama perlu menyusukan bayi. Samada bersalin secara normal atau caeserian. Makanan kesihatan membantu memulihkan tenaga, luka cepat sembuh dan dalam masa yang sama pengaliran darah bertambah baik secara tak langsung uolls akan lebih cergas dan dapat menyusukan bayi dengan tenang.

Jom kita lihat bagaimana testimoni ibu yang baru bersalin ni masih bertenaga selepas minum Vivix.





saya ambil vivix masa berpantang.bersalin czer.hr ni dh 40 hari. hri kedua dh ambil vivix,mmg luarbiasa.blh bangun dan terus jalan.hari kelima dah rasa sgt sihat. pergi klinik pun laju ja jalan.ibu2 czer lain pun hairan. anak langsung xada jaundis. ini perbezaan saya ambil vivix utk anak ke6 dan mmg beza dgn anak2 lain yg xambil vivix. sehari 4 sudu vivix saya ambil. 3 botol habis dlm 40 hari. bln ni promosi memang melompat happy...

Credit Amilia Omar


Seronokkan bila kita baca testimoni ni, takdelah ibu yang baru bersalin Caeser sentiasa dalam kesakitan sepanjang tempon berpantang tu belum lagi dengan masalah sembelit, bayi meragam. Biasanya kita orang Melayu berpantang selama 44 hari kebetulan pula bulan ni Shaklee menawarkan promosi beli 2 botol Vivix diskaun 5%, kalau beli 6 botol percuma 1 botol ... eh sedang elok la tu untuk diminum sepanjang berpantang.



Bagi uolls yang ingin berpantang dengan sihat dan tidak mahu lagi trauma, sila hubungi saya 010-2995619 untuk mendapatkan vitamin uolls.

Artikel lain

Vitamin lain semasa  berpantang

Kenapa Saya Kena Caeserian Dan Puncanya



Apabila doktor menyatakan kita kena caeserian, perasaan risau, takut dan bimbang semua ada, betul tak? Itu perasaan buat mereka yang pertama kali kena caeserian, kalau dah kali yang kedua atau ketiga kita serah diri je la, as long as bayi kita selamat dilahirkan. Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.






Kenapa Saya Kena Caeserian Dan Puncanya

Sesetengan kehamilan memerlukan wanita melahirkan bayi secara Caeserian. Mengapa perlunya prosedur kelahiran secara pembedahan?


Seperti yang saya nyatakan di atas kebanyakkan wanita hamil akan berasa gerun apabila dikhabarkan perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caeserian. Jika diberi plihan mereka lebih rela memilih proses kelahiran secara normal. Saya akan kongsikan lebih lanjut keadaan yang menyebabkan pembedahan Caeserian dilakukan terhadap wanita hamil.


Pembedahan Caeserian atau turut dikenali sebagai C-Section adalah prosedur pembedahan yang dilakukan apabila proses kelahiran melalui faraj tidak dapat dilakukan, tidak selamat dan kesihatan ibu dan bayi berada dalam risiko.

Melalui prosedur ini, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan yang dilakukan di bahagian abdomen. Tujuan utama doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caeserian ialah untuk menyelamatkan nyawa kandungan dan ibu sendiri.

Pembedahan merupakan jalan yang paling selamat untuk ibu yang menghadapi komplikasi waktu melahirkan berbanding bersalin secara normal.


Keadaaan Yang Memerlukan Caeserian

1. Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini adalah punca yang sering berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caeserian yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti kontraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. Masalah ini dikenali sebagai cephalopevis disproportion (CPD) iaitu keadaan tulang rangka pelvis ibu yang sempit. Dengan yang demikian, pembedahan adalah keadaan kelahiran yang lebih selamat.


2. Degupan jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, rentak degupan jantung yang tidak normal ini juga boleh berlaku walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah.


3. Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadangkala induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan,

 4. Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.


5. Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes, ada ibu yang bersalin secara normal tetapi semuanya bergantung pada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.


6. Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.


7. Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan Caeserian dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal. Namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan Caeserian dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.


8. Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus)


9. Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.

10. Melindungi bayi  daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.

11. Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta)


12. Plasenta previa (plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta munkin menutup dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks.


13. Air ketuban berkurangan


Artikel di kongsi dari SINI


Bila dah melahirkan anak secara Caeserian, penting untuk uolls menjaga pemakanan bagi luka cepat sembuh.


Uolls boleh klik sini Menu Berpantang Ibu Caeserian dan Elak Sembelit

Selain itu pemakanan Vitamin juga membantu uolls cepat sembuh dari luka pembedahan dan memberi tenaga semasa dalam pantang boleh klik sini Ibu Berpantang Caeserian Perlu Mengambil Shaklee.


Semoga perkongsian memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu semua.

Cara Mudah Basuh Kasut Sekolah Tanpa Perlu Menyental



Back to school ... bagi mereka yang pertama kali anak mula bersekolah tentu seronok kan beli 2 -3 pasang kasut untuk anak. Masuk minggu ke 3 uolls akan terasa penatnya menyental kasut sekolah anak yang rupanya kus semangat. Habis semua peluh jantan, muscle keluar duk menyental kasut sekolah anak. Rasa nak lempar terus dalam tong sampah tapi jangan buat macam tu membazir namanya. Saya sangat memahami perasaan uolls sebab saya pun ada anak yang bersekolah.


Sekarang ni semuanya mudah .. Basic H Shaklee membantu menjimatkan masa dan tenaga uolls yang sememangnya terhad di hujung minggu. Biarlah gambar berbicara bagaimana Basic H Shaklee mencerahkan kembali kasut sekolah anak-anak. 


Bila uolls dah senyum dengan hasil penggunaan Basic H Shaklee ke atas kasut sekolah anak-anak, kongsi-kongsikanlah dengan jiran, ibu-ibu yang lain supaya mereka pun tersenyum kelegaan. Dah tak payah pening kepala tengok kasut sekolah anak-anak.












Bukan setakat nak basuh kasut sekolah, nak mop rumah, nak basuh bilik air, nak basuh kereta pun boleh guna Basic H Shaklee ni. Dan ianya sangat menjimatkan hanya beberapa titis sahaja digunakan.


Kelebihan Basic H Shaklee

Ia kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air.

Pembersih serbaguna dan berkuasa, menghilangkan kotoran, grin dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luar.

Tidak perlu dibilas, tiada sisa

Tiada toksik

Semulajadi

Kepekatan berganda


Hubungi saya 010-2995619 untuk order Basic H Shaklee anda dengan segera.

Punca Dan Rawatan Bells Palsy





Testimoni Pesakit Bells Palsy


BELLPALSY
************

alhamdullilah

2 oct 2015

Saya bangun sebelah muka da jatuh

Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je

Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya di steroid

Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..

Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn extreme

Saya juga menjalani fisioterapi

Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2

Credit to : Faiza Suhada


Mungkin ramai tidak mengetahui apa itu sebenarnya penyakit Bells Palsy.

Bells Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Kebiasaannya bagi pesakit yang mengalami strok, ia mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bells Palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Terdapat beberapa punca dikenal pasti menyebabkan keadaan Bells Palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.


Simptom Dan Petanda Bells Palsy

Bells Palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah, Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagin yang terjejas.


Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bells Palsy seperti rasa kebas, sakit  bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah. Bells Palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres.


Bacaan selanjutnya boleh baca di SINI berkenaan Bells Palsy.

Kegatalan Di Bahagian Faraj - Rawat Dengan Vitamin Shaklee




Tajuk ni memang agak sensitif tetapi mencegah adalah lebih baik sebelum ia menjadi lebih parah lagi. VYI (Vaginal Yeast Infection atau Jangkitan Kulat Faraj) berlaku apabila faraj dan bibir faraj mengalami kegatalan dan kerengsaan akibat pembiakan sel kulat yang melampau (Candida albicans) dalam faraj. Hampir 75% wanita dijangkiti VYI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah VYI  dan biasanya ia disebabkan oleh tekanan , paras hormon dan apa jua keadaan yang melemahkan sistem ketahanan semulajadi badan lalu mengganggu keseimbangan pH.


Tanda-tanda Anda Mengalami VYI (Vaginal Yeast Infection)

Gatal atau sensasi melecet di sekeliling faraj

Warna kemerahan dan bengkak pada faraj dan bibir faraj

Kesakitan pada faraj dan bibir faraj

Lelehan putih yang pekat umpama keju

Rasa tidak selesa semasa hubungan kelamin

Rasa menusuk semasa membuang air kecil

Rasa ketidakselesaan ini boleh menggangu dan menjejaskan rutin harian kita dan ia mungkin menyebabkan hilang keyakinan diri.


Tip Dan Panduan Untuk Mengelakkan Masalah Berulang Kali Atau Terjadi

1. Elakkan Penggunaan Sabun.

Ia boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj, hingga menyebabkan rasa gatal.

2. Elakkan Guna Tisu Wangi Pada Faraj (yang biasa digunakan untuk mengelap)

3. Amalkan mencuci faraj dari depan ke belakang iaitu dari lubang kencing ke bawah, bukannya dari bawah/belakang ke atas/depan. Ini untuk mengelakkan terkena lubang dubur (yang ada bakteria) ke dalam lubang kencing/faraj.

4. Tukar pakaian dalam dan lain-lain secepatnya apabila lembab. Pastikan pakaian dalam kita adalah kering, Pakaian terutama seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah gatal.

5. Pastikan kawasan faraj kering dan bersih sentiasa - seluar dalam sering ditukar setiap hari, guna jenis cotton.

6. Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.


Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh Membantu Anda Mengatasi Masalah Kegatalan Faraj?



Klorofil yang terdapat di dalam Alfalfa Complex merupakan antibakteria yang membantu mengatasi masalah kegatalan faraj.



GLA mampu menghalang bakteria daripada terus merebak dan menstabilkan hormon.



Garlic Complex merupakan antibiotik dan anti kulat semulajadi yang berupaya menentang jangkitan kuman pada faraj dan ia juga membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Jangan malu dan segan untuk menghubungi saya bagi mendapatkan Vitamin Shaklee anda.

Hubungi 
010-2995619


Zinc Membantu Mereka Yang Mengalami Masalah Kesuburan


Sebelum saya bercerita tentang kelebihan Zinc membantu mereka yang mengalami masalah kesuburan. Kita perlu tahu apakah itu kesuburan. Kesuburan adalah keupayaan sepasang suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Kesuburan bukan hanya bergantung kepada keupayaan wanita semata-mata malah turut dipengaruhi keupayaan lelaki atau suami. Menurut kajian, hampir 30% masalah kesuburan berpunca daripada lelaki.


Jika sudah setahun anda mendirikan rumahtangga dan mencuba untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk hamil bermakna salah seorang atau kedua-dua pasangan mempunyai masalah ketidaksuburan. Kebanyakan masalah ketidaksuburan adalah kerana

Genetik

Masalah ovulasi
Masalah pada rahim dan saluran peranakan
Masalah pada sperma
Ketidakseimbangan hormon
Obesiti

Masalah ketidaksuburan ini perlu dikenal pasti dengan beberapa pemeriksaan seperti

Pemeriksaan darah
Pemeriksaan air mani suami
Pemeriksaan salur peranakan
Imbasan ultrabunyi untuk wanita

Fizikal

Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

Mental

Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.


Apa yang perlu anda lakukan?

Bersukan dan bersenam

Bersenamlah atau bersukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit. Elakkan penggunaan hormon atau steroid yang boleh mengganggu kualiti sperma. Bagi wanita yang mengalami penurunan berat badan yang mendadak juga boleh mempengaruhi tahap kesuburan.


Stres

Setiap orang mengalami stres. Apa yang perlu dilakukan ialah mengawal stres agar tidak membebankan diri. Stres yang tidak terkawal boleh mempengaruhi menstruasi dan mengganggu tidur yang berkualiti.


Pemakanan

Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan makanan yang diproses atau makanan segera. Jika boleh amalkan makanan yang berasaskan organik lebih baik.


Bagaimana Zinc Membantu Mereka Yang Mengalami Masalah Kesuburan

1. Masalah Jerawat

Kajian telah menunjukkan Zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. Ekzema

Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan Zinc dalam badan

3. Menyeimbangkan Hormon

Zinc mengawal selia jumlah testeron di dalam badan

4. Kesihatan Kulit

Zinc berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat

5. Peyembuhan Luka

Kekurangan Zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada Zinc yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.


6. Gangguan Prostat

Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kalenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg Zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan apabila mengalami masalah prostat.

7. Menurunkan Berat Badan

Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. Kehamilan

Ia adalah penting penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan


9. Kesuburan Dan Pembiakan

Bagi lelaki, Zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara dikalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. Fungsi Biologi

Zinc memainkan peranan dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. Mengawal Jangkitan

Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis

12. Antioksidan

Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindakbalas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat,

13. Enzim

Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisma tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.


14. Kelesuan Kronik

Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc

15. Botak

Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa, Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan Zinc. Suplemen yang kaya dengan Zinc akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kemerosotan Tulang

Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan Zinc perlu ditambah dalam pelan diet untuk mengelakkan kehilangan tulang.


17. Rabun Malam

Pengambilan kira-kira 150 - 450mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan Zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.




Bagi anda yang mengalami masalah di atas, sila lah ya beli Zinc bulan Januari ini beli 3 botol anda dapat PERCUMA 1 botol.


Tip Mengatasi Migrain Atau Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat




Migrain atau sakit kepala ni kalau kena memang satu kerja pun tak boleh buat rasa nak tidur dan baring je. Tahukah anda bahawa punca sakit kepala atau migrain ini ialah daripada makanan yang tidak sihat, tidak segar dan bertoksik. Selain itu tekanan atau stres, ketidakseimbangan hormon juga menyumbang kepada migrain atau sakit kepala. Kebiasaannya hanya ubat tahan sakit sahaja diberikan yang mana jika selalu diambil ia terdedah kepada risiko untuk jangka masa panjang.


Punca Migrain Yang Menyerang Kita


Makanan

Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh) serta makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)


Persekitaran

Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin  yang terang atau cahaya yang berkerlipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.


Psikologi

Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil "migrain hujung minggu" (weekend migrain)


Ubat-ubatan

Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga

Lain-lain punca

Haid, pertukaran masa tidur dan putus haid


Makanan Yang Mampu Mencegah Migrain

Telur
Kekacang
Susu atau produk tenusu
Biji Rami
Bayam
Salmon


Cara Mudah Legakan Migrain Dan Sakit Kepala

1. Merendam Tangan Dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan kita di dalam air sejuk selagi boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Kita juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan kita semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik Gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. Baring, tutup mata, tutup lampu dan tirai. Biar bergelap untuk mendapat ketenangan dan mudah tidur.

3. Mengambil Sedikit Kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat pebahan sakit. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stres. Ambillah sedikit kafein  semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


Seperti yang kita sedia maklum pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan boleh mengundang kepada risiko jangka panjang. Dengan pengambilan vitamin semulajadi seperti Ostematrix dan B Complex boleh membantu melegakan mereka yang sering sakit kepala atau migrain.

Sila klik sini untuk bacaan lanjut 

Sate Kebab Akmal - Mini Pizza Guna Roti Gardenia


Selamat Tahun Baru 2016, azam baru semangat baru, betul tak? Salah satu azam saya ialah rajin memasak untuk keluarga, dengan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. Maklumlah segalanya mahal  zaman sekarang  ni, dengan memasak sendiri kita dapat berjimat. Ok stop cerita ekonomi, kita sambung dengan cerita asal iaitu menyediakan Mini Pizza Guna Roti Gardenia dan istimewanya kita menggunakan Sate Kebab Akmal.


Bila saat entri ini ditulis, esok merupakan hari pertama anak-anak memulakan hari persekolahan. Kita sebagai mak ni start je sekolah dah mula kalut memikirkan sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Saya kongsikan resepi mudah dan ringkas ni untuk para ibu. Yang mana anak-anak kalau tak sempat makan di rumah boleh je di makan semasa dalam perjalanan ke sekolah.


Biasanya anak-anak ni kan seleranya makan di waktu pagi agak kurang, moga dengan terhidangnya Sate Kebab Akmal Mini Pizza Guna Roti Gardenia terbuka mata anak-anak dan mereka makan dengan berselera. Sarapan penting ya untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Sebab apa kita guna Roti Gardenia ialah tak perlulah uolls berpeluh-peluh menguli nak buat doh, nak tunggu lagi doh tu naik. Eh pukul berapa nak bangun pagi daa hehe.


Bahan-bahan

Sate Kebab Akmal ada perisa blackpepper, beryani dan pedas

Roti Gardenia

Tomato puri atau sos pasta

Cheddar Cheese/Mozarella cheese

Cendawan butang

Lada benggala


Cara-caranya ialah

Grill dulu sate kebab dalam 5 cucuk untuk 4 keping roti.

Susun kepingan roti dalam tray atau loyang, renjiskan sedikit air supaya roti kekal lembut selepas dibakar

Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese (saya tak letak sebab takde)

Letak Sate kebab yang telah di grill dan telah dihiris nipis, cendawan butang dan lada benggala mengikut selera uolls ( saya tak letak jugak sebab takde)

Taburkan mozarella cheese, supaya boleh feeling makan pizza yang sebenar :)

Bakar pizza dalam oven lebih kurang 10 minit (ikut oven uolls)






Selamat menjamu selera ya