Ibu Yang Menyusukan Rawat Selsema Secara Alami


Bagi ibu yang menyusukan bayi, kita tidak boleh mengambil sebarangan ubat jika kita menghidap penyakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Bukan apa dibimbangi jika ubat yang kita ambil boleh memberi kesan kepada bayi kita, begitu juga jika kita sedang hamil.





Jangan risau ya para ibu, kerana terdapat pelbagai alternatif  lain untuk merawat selsema yang dialami. Perubatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita boleh digunakan untuk merawat selsema. Berikut beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah selsema ibu menyusu.


Air Suam


Ibu-ibu menyusu wajib minum air suam dengan banyak ya. Selain dari melancarkan susu ibu. Air suam ni terkenal dengan keberkesannya mengurangkan pelbagai masalah kesihatan. Minum air suam yang masih hangat dapat memberikan kelegaan kepada masalah hidung berair dan tersumbat. Amalkan selalu minum air suam bagi mempercepatkan proses penyembuhan masalah selsema.


Teh Hijau dan Hitam

Saya memang suka minum air teh suam-suam terutamanya ketika mengalami masalah selsema. Rasa hidung ni legaaa sangat :). Ini juga salah satu petua untuk meredakan selsema yang datang menyerang bagi ibu yang masih  menyusukan bayi. Teh merupakan salah satu penguat kekebalan tubuh. Kandungan theanine, falvonoid dan ketekin dalam teh hijau kaya dengan antioksida yang sangat kebal melawan selsema.


Limau Nipis Dicampur Kicap

Petua tradisional ini diakui berkesan meredakan masalah batuk atau sakit tekak. Campurkan dua biji limau nipis yang dicampur dengan sedikit kicap bagi mengurangkan kemasaman limau nipis. Jika anda suka minuman masam, tiada masalah jika tidak sila campurkan dengan sedikit kicap.


Yoghurt

Minuman yogurt juga boleh digunakan untuk mengubati selsema. Yogurt yang merupakan hasil tenusu ini mengandungi probiotik yang sangat berguna untuk daya tahan badan.


Selain itu ibu yang menyusu dan ibu mengandung juga boleh makan Vitamin semulajadi seperi Sustained Release Vitamin C dan Nutriferon jika mengalami masalah selsema dan batuk. Yang mana kedua-dua vitamin selamat dimakan oleh ibu yang mengandung dan menyusukan bayi.