Tip Mengatasi Migrain Atau Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat




Migrain atau sakit kepala ni kalau kena memang satu kerja pun tak boleh buat rasa nak tidur dan baring je. Tahukah anda bahawa punca sakit kepala atau migrain ini ialah daripada makanan yang tidak sihat, tidak segar dan bertoksik. Selain itu tekanan atau stres, ketidakseimbangan hormon juga menyumbang kepada migrain atau sakit kepala. Kebiasaannya hanya ubat tahan sakit sahaja diberikan yang mana jika selalu diambil ia terdedah kepada risiko untuk jangka masa panjang.


Punca Migrain Yang Menyerang Kita


Makanan

Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh) serta makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)


Persekitaran

Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin  yang terang atau cahaya yang berkerlipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.


Psikologi

Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil "migrain hujung minggu" (weekend migrain)


Ubat-ubatan

Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga

Lain-lain punca

Haid, pertukaran masa tidur dan putus haid


Makanan Yang Mampu Mencegah Migrain

Telur
Kekacang
Susu atau produk tenusu
Biji Rami
Bayam
Salmon


Cara Mudah Legakan Migrain Dan Sakit Kepala

1. Merendam Tangan Dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan kita di dalam air sejuk selagi boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Kita juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan kita semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik Gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. Baring, tutup mata, tutup lampu dan tirai. Biar bergelap untuk mendapat ketenangan dan mudah tidur.

3. Mengambil Sedikit Kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat pebahan sakit. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stres. Ambillah sedikit kafein  semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


Seperti yang kita sedia maklum pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan boleh mengundang kepada risiko jangka panjang. Dengan pengambilan vitamin semulajadi seperti Ostematrix dan B Complex boleh membantu melegakan mereka yang sering sakit kepala atau migrain.

Sila klik sini untuk bacaan lanjut 

Labels: