Vivix Shaklee Bukan Sekadar Testimoni Sahaja





Apa yang hebat Vivix ni sampai menjadi sebutan ramai dan menjadi viral dalam media sosial. Shaklee bukan suka-suka buat Vivix ni malahan Vivix ini sendiri diiktiraf melalui kajian saintifik ... Vivix Shaklee memiliki higher potency & higher purity berbanding mana-mana produk resveratrol di pasaran. Siapa yang bagi statement tu? Boleh rujuk poster di atas untuk pengesahan.





Apa fungsi Resveratrol kepada kita?


Resveratrol mampu memperbaiki kerosakan DNA. DNA yang rosak mengakibatkan macam-macam jenis kanser, penyakit dan penuaan.

Testimoni yang pulih dengan asbab makan Vivix. Selagi kita boleh usaha, kita berusaha semuanya dengan izin Allah 










Kebaikan Dan Kelebihan Vivix






Hubungi saya 010-2995619 untuk mendapatkan produk Shaklee




Hamil Dengan Cepat Dan Mudah, Ada Tip Dan Petua Berguna





Saya akan kongsikan Tip Dan Petua berguna untuk hamil dengan cepat. Lumrah setiap pasangan yang baru berkahwin pasti menantikan zuriat yang bakal menceriakan keluarga anda. Akan tetapi tidak semua pasangan akan hamil dengan cepat. Tempoh ini akan menguji kesabaran pasangan suami isteri dengan desakan dan pertanyaan dari ahli keluarga atau rakan-rakan. Semoga dengan tip dan petua ini dapat membantu anda.


1. Jaga Pemakanan Dan Diet




Penting untuk anda dan pasangan menjaga pemakanan, bukan terus tidak makan tetapi makanlah makanan yang berkhasiat. Mungkin orang tu gemuk tapi mudah sahaja mengandung, itu rezeki namanya. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan suplemen? Sebelum saya mengandung sebelum ini, doktor ada menyarankan untuk makan folic acid untuk kesuburan. Selain itu dengan makan folic asid ia membantu mengelakkan kecacatan bayi dalam kandungan. Selain dari menjaga pemakanan, senaman juga penting untuk badan yang sihat.


2. Makan Vitamin

Selain itu cara untuk cepat hamil ialah dengan mengambil makanan tambahan atau suplemen. Kita sedia maklum bahawa makanan yang kita ambil , udara yang kita hidu ini mengandungi pencemaran. Badan kita memerlukan nutrien.

Cuba anda lihat senarai vitamin yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk "conceive"

Vitamin E
Zink
Copper
Panthothenic Asid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin

Banyakkan badan kita memerlukan nutrien? Mungkin testimoni berikut boleh membantu anda







3. Mempunyai berat badan ideal

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan "overweight" atau lebih teruk lagi obese, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini adalah kerana risiko orang yang overweight  ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan anda sebelum, semasa dan selepas mengandung.


4. Detoks

Ini adalah cara cepat hamil yang kita jarang dengar . Kadar toksin yang tinggi dalam badan tidak elok untuk kesihatan. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang membantu untuk detoks. Sebaiknya cari yang selamat, semulajadi dan berkesan. Saya cadangkan Alfalfa Shaklee, Lecithin dan Herblax Shaklee.


5. Ketahui waktu subur atau ovulasi

Sila belajar waktu ovulasi walaupun anda sedang berusaha untuk anak kedua atau ketiga. Kenali diri anda. Setiap wanita berlainan waktu ovulasi, jika anda ke farmasi terdapat alat untuk mengukur suhu badan anda dari situ kita boleh tahu adakah kita dalam waktu subur.

Jika kena dengan masanya, sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. 


6. Elakkan Tekanan

Cuba sedaya upaya untuk kurangkan stress. Ya stress memang tak boleh dielak tapi InshaaAllah dengan kemampuan kita ada caranya untuk kurangkan stress mengikut situasi masing-masing.


7. Kurangkan Kafein

Bila dengar perkataan kafein terus terbayang kopi :) , betul tak? Kafein bukan hanya terdapat di dalam kopi malahan minuman lain juga ada mengandungi kafein. Untuk makluman jika kandungan kafein adalah tinggi lebih dari 5 cawan sehari iaitu lebih kurang bersamaan 500gm , ia dikatakan boleh mengurangkan kesuburan. Sila kurangkan pengambilan kafein sehari jika anda ingin menimang cahayamata.


8. Berdoa Kepada Allah

Sebagai orang Islam, berdoalah kepada Allah. Rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah.  Anda boleh amalkan doa untuk mengandung.



Saya kongsikan kata-kata seorang Master Shaklee iaitu Master Nana Macarona yang berpengalaman menunggu hampir 3 tahun untuk menimang cahayamata, apa yang beliau amalkan mungkin boleh menjadi panduan anda di luar sana.


Satu masa dahulu, bila dah masuk tahun ketiga perkahwinan tapi masih belum mengandung, jujurnya saya pernah terfikir yang mungkin saya tidak akan punyai anak langsung sampai ke hujung nyawa..
Pernah saya cakap pada suami, "abang, kalau kita takde anak nanti kalau kita tua siapa nak jaga kita?"
Sebab saya dah cuba sedaya upaya.. Saya usaha sungguh2 setiap kali datang hari subur..
Every month.. Usaha tanpa gagal..
Sampai pernah saya terfikir, kalau betul nak lekat, dari awal kawen dah lekat..
Tapi saya lupa,. Sebaik baik perancangan saya, sebanyak mana usaha saya, tidak akan terjadi sesuatu itu dengan izin Allah..
Sampai lah satu saat, saya tingkatkan usaha dan saya tambah dengan berserah 100% kepada Allah..
Saya reset minda saya bahawa sebanyak mana saya usaha, yang memberi itu tetap Allah yang Maha Kuasa..
Saya mula tingkatkan sepenuh pergantungan hanya pada Allah.. Saya solat hajat setiap waktu selepas/sebelum solat fardu..
Saya ikhtiar dengan supplement Shaklee.. Tapi saya awali dengan membaca selawat dan doa memohon pada Allah semoga dengan asbab supplement Shaklee ini Allah permudahkan saya hamil.. Kerana saya tahu sehebat mana pun teknologi dalam penciptaan supplement ini, yang memberi serta memakbulkan itu tetap Allah..
Saya konsisten solat tahajjud.. Baca yassin setiap hari.. Doa sungguh2.. Sehingga mengalir air mata..
Saya solat taubat, mohon ampun kepada Allah mungkin kerana dosa dosa silam saya yang membuatkan rezeki yang satu ini tertangguh..
Dan Alhamdulillah, siapa sangka di hadapan saya sekarang ada seorang bayi, zuriat saya dan suami, yang hadir selepas 3 tahun usia perkahwinan..
Di saat mami dan papanya pernah rasa putus harapan.. Di saat mami dan papanya sudah redha dan pasrah dengan segalanya..
Siapa sangka?
Perkongsian ini bukan nak menunjuk yang nana alim or banyak amalan.. Moga Allah jauhi nana dari perasaan riak walau sebesar biji sawi..
Nana cuma nak kongsi, sebanyak mana usaha kita untuk dapatkan sesuatu, untuk dapatkan rezeki, untuk dapatkan zuriat, jangan pernah lupa yang memberi itu Dia..
Usaha sungguh2 secara fizikal kerana Allah sukakan hambaNya yang berusaha.. Tetapi jangan lupa untuk bergantung harap sepenuhnya kepada Allah..
Doalah.. Mintalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan yang Allah pasti akan makbulkan doa anda! Walaupun bukan sekarang, satu hari nanti pasti InshaAllah..


Tip Elakkan Bentan Selepas Bersalin Dengan Vivix



Bentan? Tak pernah dengar pun, tak pernah kena pun. Bentan jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Cuma kita sering dengar dalam masyarakat Melayu istilah wanita selepas bersalin kena bentan.




Bentan ialah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin terhadap tahap kesihatan atau kebersihan  diri sendiri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.


Wanita selepas bersalin mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi. Antara lain puncanya ialah amalan minum air yang sikit semasa dalam pantang boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor. Jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut.


Antara Tanda Dan Sebab Bentan

Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras, seringkali orang tua-tua berpesan jaga ibu jari kaki elakkan terlanggar benda keras. Akibat terlanggar pantang, badan akan rasa seram sejuk seperti hendak demam atau hampir pitam. Mungkin kita rasa kita sudah sihat sedangkan dalaman badan masih lagi  belum sembuh. Sekiranya anda mengalami keadaan ini akan menyebabkan pemulihan di dalam pantang menjadi semakin lama.


Jenis-Jenis Bentan Yang Perlu Anda Tahu


1. Bentan Urat

Badan menjadi lemah seperti demam, sendi-sendi rasa sakit, menggigil kesejukan walaupun waktu tengahari. Seluruh otot badan kejang dan tegang. Ini berlaku kerana ibu terlalu aktif atau cergas melakukan kerja-kerja rumah, keadaan ini biasa berlaku jika ibu berpantang sendiri tanpa ada bantuan dari orang lain. Antara cara dan rawatan yang boleh dilakukan ialah bertangas atau wap herba mampu melegakan situasi ini.


2. Bentan Urat Peranakan Atau Urat Rahim

Sakit dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Jika perkara ini berlaku segera ke hospital dan berjumpa dengan doktor. Ini boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas  yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.


3. Bentan Urat Besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu-ibu yang bersalin secara caeserean. Dan kadangkala kesakitan dibahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu berjalan berdingkit-dingkit.


Langkah-langkah Atau Amalan Untuk Elakkan Bentan

1. Sentiasa memakai stokin sebaiknya sebelum menyarung stokin lumurkan minyak khusus untuk orang selepas bersalin di bawah tapak kaki .

2. Perlahankan langkah ketika berjalan ini untuk mengelakkan kaki tersepak benda keras.

3. Rajin bertungku tujuannya ialah supaya darah beku dalam badan kita cepat keluar dan badan kita akan rasa lebih ringan.

4. Mandi air suam atau mandi bersama-sama dengan rempah yang dibuat khusus untuk wanita dalam pantang

5. Selepas mandi lumurkan satu badan dengan minyak khusus untuk orang lepas bersalin .. ini untuk elakkan angin jahat masuk dalam badan.

6. Jaga pemakanan elakkan makanan yang sejuk, tajam dan berangin. Sebaiknya ialah makan makanan yang berkhasiat dan makan makanan tambahan contohnya Set Berpantang Shaklee.

7. Jangan selalu bermain dengan air maksud di sini ialah mandi terlalu lama, membasuh pinggan mangkuk atau sering ke tandas.


Tip Elakkan Bentan Selepas Bersalin Dengan Vivix Shaklee




Hubungi saya dengan segera 010-2995619 untuk mendapatkan set Vivix Shaklee anda. Promosi bulan ini ialah beli 2 botol diskaun 5%.

Tip Dan Cara Untuk Elakkan Keputihan Berterusan



Keputihan adalah suatu keadaan yang tidak selesa kepada wanita. Hampir semua wanita akan mengalaminya dan ianya menjadi lebih teruk lagi jika keputihan ini menimbulkan bau sehingga anda terpaksa menukar pantyliner dengan kerap.





Keputihan adalah suatu keadaan dimana cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj (vagina) selain daripada darah haid yang dialami oleh wanita. Keputihan boleh menjadi cairan tanpa warna atau boleh berwarna kekuning-kuningan dan kehijauan. Sesetengah cairan ini adalah normal dan ianya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman.


Bagaimana Keputihan Berlaku?

Bahagian alat sulit wanita sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Perubahan ini disebabkan oleh  jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran yang tidak bersih. Keadaan ini mengundang kepada ketidakselesaan, gatal dan pengeluaran keputihan yang tidak normal serta berbau.


Tip Dan Cara Untuk Elakkan Keputihan Berterusan


1. Elakkan penggunaan sabun atau menyapu gel pembersih pada alat kelamin kerana ini mungkin menyebabkan kekeringan, radang kulit dan gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.


2. Pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak. Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis kapas dan tukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan.


3. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya. Namun begitu seelok-eloknya  wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan samada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit melarat.


4. Pasangan suami isteri pula digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum, begitu juga selepas membuang air kecil dan besar.


5. Amalan "douching" iaitu memasukkan jari atau pancuran ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan  bahagian dalam faraj adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca keputihan. Ini kerana perbuatan ini akan menyingkirkan  sejenis bakteria baik  iaitu lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah kulit.

Sumber : Majalah Rapi

Macam mana nak kenal pasti keputihan yang tidak normal?

Ianya adalah cairan yang berwarna coklat, , hijau atau kuning dan mengeluarkan bau  yang kurang menyenangkan. Beberapa jenis kuman  yang boleh menyebabkan masalah keputihan ialah  haemophilus, vaginalis,  staphylococus, escheeerrrichia coli dan diptheroids.


Tip Rawat Keputihan Dengan Set Keputihan Shaklee






Alfalfa Complex

Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, haptitis dan sembelit.


Garlic Complex

Antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida

Menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selsema dan hepatitis.

Mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.

Menstabilkan glukos di dalam tubuh

Menurunkan kolesterol

Menurunkan darah tinggi

Detokfikasi


Gla Complex

Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina

Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron

Meningkatkan sistem imun tubuh

Mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan.

Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan arthritis.

Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitak disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


Bagi anda yang sedang mengalami keputihan dan rimas dengan keadaan diri anda. Sila hubungi saya dengan segera 010-2995619.

Bahaya Virus Zika Semasa Hamil Dan Cara Mengelakkannya




Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan Virus Zika dan yang lebih membimbangkan ia memberi kesan kepada wanita hamil yang dijangkiti virus tersebut. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang Virus Zika.


Apa Itu Zika


Jangkitan zika ialah penyakit yang disebabkan oleh virus Zika. Virus ini dibawa oleh nyamuk Aedes, iaitu nyamuk yang juga menyebarkan penyakit denggi dan chikungunya. Penyakit ini dinamakan zika sempena hutan zika di Uganda di mana penyakit ini mula dikesan ditempat itu.


Badan kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan kaitan di antara zika dalam kehamilan dengan mikrosefali (keadaan dimana bayi dilahirkan dengan kepala yang lebih kecil berbanding normal dan otak yang tidak sempurna perkembangannya). Walaubagaimanapun, tidak semua wanita hamil yang menghidap zika akan melahirkan bayi dengan mikrosefali.




Di Brazil iaitu negara yang sedang mengalami penyebaran penyakit ini, wanita-wanita yang menghidap zika dan mereka yang tinggal di kawasan di mana terdapat banyak kes zika berlaku sedang dipantau rapi oleh doktor-doktor. Imbasan ultrasound digunakan untuk memantau saiz kepada bayi sepanjang kehamilan.


Apakah simptom-simptom Zika?

Zika boleh mengambil sehingga 12 hari untuk muncul selepas seseorang itu terkena gigitan. Bintik-bintik merah pada badan, yang boleh menyebabkan kegatalan teruk, adalah ciri-ciri utama penyakit ini. Simptom-simptom ini adalah

Demam yang ringan
Konjunktivitis
Sakit kepala
Sakit-sakit otot
Bengkak
Sakit Sendi

Simptom-simptom ini berlangsung selama dua hingga tujuh hari. Jika anda sedang hamil dan kelihatan bintik-bintik merah pada badan, segeralah berjumpa dengan doktor. Ujian darah akan memberitahu samada anda dijangkiti zika atau penyakit lain.


Rawatan Sekiranya DiJangkiti Virus  Zika?

1. Tiada vaksin atau ubat yang dapat merawat atau mengelakkan diri jangkitan virus Zika

2. Banyakkan berehat

3. Minum air dengan banyak untuk kekalkan hidrasi

4. Tingkatkan imunisasi diri


Langkah Pencegahan Melindungi Diri Daripada Zika

Kaedah pencegahan yang utama ialah dengan menghapuskan nyamuk dan tempat-tempat pembiakannya. Nyamuk bertelur dalam air yang bertakung. Pastikan kawasan rumah bebas daripada air bertakung, tumbuh-tumbuhan yang mereput dan pasu-pasu bunga lama.

Gunakan penghalau serangga (mosquito repellent)

Tutup seluruh badan dengan memakai baju berlengan panjang

Sumber : Babycenter

Berdoalah agar ibu dan bayi dalam kandungan sihat, sentiasa selamat dalam lindungan Allah.


Sekiranya anda inginkan mosquito repellant yang SEMULAJADI, SELAMAT DAN BERKESAN, anda boleh dapatkan Herbal Blend yang bebas paraben. Harganya hanya RM27.50




Tingkatkan imun sistem anda dengan Nutriferon Shaklee.




Testimoni pesakit Denggi

2 minggu lepas saya disahkan menghidap demam denggi

Betapa sakitnya badan ... 8 botol normal saline dimasukkan ke dalam badan sehari. Sehingga "bengkak" badan ini.

Memang tiada ubat. Jadi suami saya bekalkan Nutriferon dan Performance Drink. Selain itu saya sentiasa dibekalkan dengan sup ketam setiap hari. 2 sachet sehari Nutriferon tu sakit ambil. Alhamdullilah bacaan paltlet darah naik dari 97 kepada 177 selepas 5 hari warded.

Sehingga doktor tulis dalam laporannya "impressed" dan saya discharge pada hari kelima.

Bersyukur pada Ilahi .. Tiada denggi berdarah.. Cuma kes saya terpencil. Denggi "attack" hati.. Jadi sekarang saya banyakkan minum air Performance Drink..


Sekiranya anda ingin dapatkan Nutriferon dan Herbal Blend sila hubungi saya 010-2995619 dengan segera.

Tip Untuk Suami Apa Yang Perlu Dibuat Bila Isteri Nak Bersalin



Ada tip juga ke untuk suami apa yang perlu dibuat apabila isteri nak bersalin? Of coz la ada ... kan itu anak anda bersama betul tak En Suami? :)





Bukan dah nak dekat bersalin baru bersedia tetapi sebaik sahaja mengetahui isteri mengandung, suami dah perlu rancang dan fikirkan pelbagai perkara sebagai persediaan menerima kehadiran cahayamata. Akan tetapi entri ini khusus apabila isteri dah nak bersalin ... memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan. Seboleh mungkin kehidupan sosial dihadkan, lebihkan perbualan bersama berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Disaat-saat ini peranan suami sangat penting.


Temanilah isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di dalam kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini juga turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.


Selain itu isteri anda memerlukan sokongan, sensitif atau peka dengan keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilan, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelangnya tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah.

Ketidakselesaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Dalam tempoh 9 bulan kehamilan ini En Suami memang kena banyak-banyak bersabar dengan perubahan hormon isteri. Kadangkala isteri mudah merajuk, cepat marah dan sensitif. Bantulah isteri dengan kerja-kerja rumah tanpa dia perlu meminta anda membantu. Apakata anda hadiahkan isteri Set Ibu Mengandung Shaklee pasti isteri anda rasa sangat dihargai.


Setiap kelahiran bayi tidak sama walaupun anda berpengalaman sebelum ini dengan kelahiran anak yang sebelum ini. Di dalam bilik bersalin, anda kena bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika ini ialah

1. Memberikan sokongan padu pada isteri

2. Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya

3. Membantu isteri ke tandas

4. Menyediakan minuman untuknya

5. Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku

6. Memegang tangannya sambil menenangkannya


Situasi ini jika isteri anda bersalin secara normal dan anda dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin. Bagi isteri yang akan melahirkan secara caeserian anda hanya dibenarkan tunggu diluar. Sementara menunggu ... berdoalah dan membaca Al-Quran semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar.


Mungkin anda tertanya-tanya bilakah isteri akan bersalin? Antara tanda-tanda yang isteri akan bersalin ialah

Air Ketuban Pecah iaitu cecair yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula

Apabila kontraksi semakin kerap iaitu diantara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10cm, ini bermakna tahap kelahiran bayi sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan.


Bermula juga dari saat ini, isteri anda mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa. TAHNIAH.

Tip Melegakan Simptom Menopause dan Rasa Panas Membahang (Hot Flushes)


Entri kali ini saya akan kongsikan tip melegakan simptom menopause dan rasa panas membahang. Jangan gelak ya sebab situasi ini akan dialami oleh kita, ya kita yang bergelar wanita menjelangnya umur menghampiri menopause.


Saya cadangkan kita mengambil GLA Shaklee untuk mengatasi gejala-gejala ketidakselesaan semasa menghadapi simptom-simptom menopause. Kenapa kita perlu mengambil GLA Shaklee? Walaupun GLA ni sering dikaitkan dengan orang perempuan akan tetapi lelaki juga boleh makan GLA Shaklee ya dan ia tidak menukarkan hormon anda menjadi sebaliknya ...





Apa kepentingan GLA Shaklee?


GLA mengandung Omega-6, yang diperlukan oleh ovari dan sistem pembiakan wanita. Sebab itu juga masalah haid, kehamilan dan menopause memang digalakkan untuk mengambil GLA.


Apakah fungsi GLA Shaklee secara keseluruhan?

1. GLA Complex membantu dalam keseimbangan hormon untuk melancarkan kitaran haid

2. GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan mewujudkan persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan kualiti mukus serviks

3. GLA Complex melegakan simptom PMS

4. GLA Complex membantu mengatasi masalah menopause

5. GLA Complex menguatkan kuku dan rambut

6. GLA Complex menjadikan kulit yang cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan kulit sentiasa berseri-seri) ... glowing gitu :)

7. GLA Complex membantu menangani ekzema

8. GLA Complex membantu melegakan gejala rheumatoid arthritis

9. GLA Complex menguatkan sistem imun

10. GLA Complex adalah anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan

11. GLA Complex mengurangkan pembekuan darah yang menyebabkan arteri tersumbat

12. GLA Complex membantu dalam mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi

13. GLA Complex membantu mengawal kolesterol dan pembakaran lemak

14. GLA Complex membantu fungsi saraf

15. GLA Complex melambatkan proses osteoperosis

16. GLA Complex membantu menghalang pembentukan sel-sel kanser

17. GLA Complex mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri


Apakata testimoni yang berpuas hati dengan dan kesannya selepas mengambil GLA Shaklee




Tidak salah untuk kita mencubanya, betul tak? Yang akan rasa sihat dan selesa ialah kita juga :) Hubungi saya untuk maklumat lanjut 010-2995619

Sakit Sendi Dan Tip Hilangkan Sakit Sendi Serta Penawarnya


Umur baru je nak masuk 40an tapi dah mula terasa sakit sendi terutamanya dibahagian lutut. Dan semakin terasa apabila nak duduk, berdiri dan berjalan untuk jangka masa yang agak lama. Antara punca yang dikenal pasti ialah ia disebabkan oleh kurang bersenam dan kekurangan kalsium dan juga menandakan otot-otot sendi semakin lemah.

Bila sakit sendi menyerang ia sangat menyeksakan dan menyebabkan kita semakin malas untuk berjalan dan rasa tidak selesa untuk duduk dan bangun. Selain itu sakit sendi juga berlaku disebabkan peningkatan usia kerana tulang menjadi semakin lembut dan haus. Pertambahan berat badan juga mempengaruhi sakit sendi dibahagian lutut kerana berat badan kita tidak mampu menampung hingga menyebabkan sakit lutut.






Sakit sendi juga dikenali sebagai Osteoarthritis, ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Dibahagian badan di mana dua tulang yang berlainan bertemu ialah dikenali sebagai sendi.

Apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).


Apabila darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang walaupun seseorang itu sihat ia akan menyebabkan keradangan. Ini disebabkan tubuh badan tidak dapat menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras  dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.


Bahagian sendi yang sering berlaku keradangan ialah dibahagian lutut. Kerana bahagian lutut adalah bahagian yang menampung berat badan dan kita sentiasa menggunakannya seumur hidup kita.


Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis ialah ..

1. Sakit sendi yang terlibat

2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku

3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan

4. Adanya pembesaran tulang sendi


Penawar sakit sendi ialah 

Ada pelbagai rawatan dan cara untuk merawat sakit sendi akan tetapi dengan testimoni terkini mungkin dapat membantu kita atau keluarga kita yang sedang menderita sakit sendi iaitu dengan mengamalkan minum Vivix hanya sesudu sehari dan dengan satu botol ini dapat bertahan lebih kurang sebulan. Tak salah kita mencubanya kan.





Khasiat Vivix Yang Anda Perlu Tahu



Artikel berkaitan yang pasti menarik perhatian anda



Sila hubungi saya untuk mendapatkan vitamin kesukaan anda 010-2995619