Hamil Dengan Cepat Dan Mudah, Ada Tip Dan Petua Berguna





Saya akan kongsikan Tip Dan Petua berguna untuk hamil dengan cepat. Lumrah setiap pasangan yang baru berkahwin pasti menantikan zuriat yang bakal menceriakan keluarga anda. Akan tetapi tidak semua pasangan akan hamil dengan cepat. Tempoh ini akan menguji kesabaran pasangan suami isteri dengan desakan dan pertanyaan dari ahli keluarga atau rakan-rakan. Semoga dengan tip dan petua ini dapat membantu anda.


1. Jaga Pemakanan Dan Diet




Penting untuk anda dan pasangan menjaga pemakanan, bukan terus tidak makan tetapi makanlah makanan yang berkhasiat. Mungkin orang tu gemuk tapi mudah sahaja mengandung, itu rezeki namanya. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan suplemen? Sebelum saya mengandung sebelum ini, doktor ada menyarankan untuk makan folic acid untuk kesuburan. Selain itu dengan makan folic asid ia membantu mengelakkan kecacatan bayi dalam kandungan. Selain dari menjaga pemakanan, senaman juga penting untuk badan yang sihat.


2. Makan Vitamin

Selain itu cara untuk cepat hamil ialah dengan mengambil makanan tambahan atau suplemen. Kita sedia maklum bahawa makanan yang kita ambil , udara yang kita hidu ini mengandungi pencemaran. Badan kita memerlukan nutrien.

Cuba anda lihat senarai vitamin yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk "conceive"

Vitamin E
Zink
Copper
Panthothenic Asid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin

Banyakkan badan kita memerlukan nutrien? Mungkin testimoni berikut boleh membantu anda







3. Mempunyai berat badan ideal

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan "overweight" atau lebih teruk lagi obese, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini adalah kerana risiko orang yang overweight  ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan anda sebelum, semasa dan selepas mengandung.


4. Detoks

Ini adalah cara cepat hamil yang kita jarang dengar . Kadar toksin yang tinggi dalam badan tidak elok untuk kesihatan. Terdapat pelbagai produk di pasaran yang membantu untuk detoks. Sebaiknya cari yang selamat, semulajadi dan berkesan. Saya cadangkan Alfalfa Shaklee, Lecithin dan Herblax Shaklee.


5. Ketahui waktu subur atau ovulasi

Sila belajar waktu ovulasi walaupun anda sedang berusaha untuk anak kedua atau ketiga. Kenali diri anda. Setiap wanita berlainan waktu ovulasi, jika anda ke farmasi terdapat alat untuk mengukur suhu badan anda dari situ kita boleh tahu adakah kita dalam waktu subur.

Jika kena dengan masanya, sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. 


6. Elakkan Tekanan

Cuba sedaya upaya untuk kurangkan stress. Ya stress memang tak boleh dielak tapi InshaaAllah dengan kemampuan kita ada caranya untuk kurangkan stress mengikut situasi masing-masing.


7. Kurangkan Kafein

Bila dengar perkataan kafein terus terbayang kopi :) , betul tak? Kafein bukan hanya terdapat di dalam kopi malahan minuman lain juga ada mengandungi kafein. Untuk makluman jika kandungan kafein adalah tinggi lebih dari 5 cawan sehari iaitu lebih kurang bersamaan 500gm , ia dikatakan boleh mengurangkan kesuburan. Sila kurangkan pengambilan kafein sehari jika anda ingin menimang cahayamata.


8. Berdoa Kepada Allah

Sebagai orang Islam, berdoalah kepada Allah. Rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah.  Anda boleh amalkan doa untuk mengandung.



Saya kongsikan kata-kata seorang Master Shaklee iaitu Master Nana Macarona yang berpengalaman menunggu hampir 3 tahun untuk menimang cahayamata, apa yang beliau amalkan mungkin boleh menjadi panduan anda di luar sana.


Satu masa dahulu, bila dah masuk tahun ketiga perkahwinan tapi masih belum mengandung, jujurnya saya pernah terfikir yang mungkin saya tidak akan punyai anak langsung sampai ke hujung nyawa..
Pernah saya cakap pada suami, "abang, kalau kita takde anak nanti kalau kita tua siapa nak jaga kita?"
Sebab saya dah cuba sedaya upaya.. Saya usaha sungguh2 setiap kali datang hari subur..
Every month.. Usaha tanpa gagal..
Sampai pernah saya terfikir, kalau betul nak lekat, dari awal kawen dah lekat..
Tapi saya lupa,. Sebaik baik perancangan saya, sebanyak mana usaha saya, tidak akan terjadi sesuatu itu dengan izin Allah..
Sampai lah satu saat, saya tingkatkan usaha dan saya tambah dengan berserah 100% kepada Allah..
Saya reset minda saya bahawa sebanyak mana saya usaha, yang memberi itu tetap Allah yang Maha Kuasa..
Saya mula tingkatkan sepenuh pergantungan hanya pada Allah.. Saya solat hajat setiap waktu selepas/sebelum solat fardu..
Saya ikhtiar dengan supplement Shaklee.. Tapi saya awali dengan membaca selawat dan doa memohon pada Allah semoga dengan asbab supplement Shaklee ini Allah permudahkan saya hamil.. Kerana saya tahu sehebat mana pun teknologi dalam penciptaan supplement ini, yang memberi serta memakbulkan itu tetap Allah..
Saya konsisten solat tahajjud.. Baca yassin setiap hari.. Doa sungguh2.. Sehingga mengalir air mata..
Saya solat taubat, mohon ampun kepada Allah mungkin kerana dosa dosa silam saya yang membuatkan rezeki yang satu ini tertangguh..
Dan Alhamdulillah, siapa sangka di hadapan saya sekarang ada seorang bayi, zuriat saya dan suami, yang hadir selepas 3 tahun usia perkahwinan..
Di saat mami dan papanya pernah rasa putus harapan.. Di saat mami dan papanya sudah redha dan pasrah dengan segalanya..
Siapa sangka?
Perkongsian ini bukan nak menunjuk yang nana alim or banyak amalan.. Moga Allah jauhi nana dari perasaan riak walau sebesar biji sawi..
Nana cuma nak kongsi, sebanyak mana usaha kita untuk dapatkan sesuatu, untuk dapatkan rezeki, untuk dapatkan zuriat, jangan pernah lupa yang memberi itu Dia..
Usaha sungguh2 secara fizikal kerana Allah sukakan hambaNya yang berusaha.. Tetapi jangan lupa untuk bergantung harap sepenuhnya kepada Allah..
Doalah.. Mintalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan yang Allah pasti akan makbulkan doa anda! Walaupun bukan sekarang, satu hari nanti pasti InshaAllah..


Labels: