Bentan? Tak pernah dengar pun, tak pernah kena pun. Bentan jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Cuma kita sering dengar dalam masyarakat Melayu istilah wanita selepas bersalin kena bentan.
Bentan ialah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin terhadap tahap kesihatan atau kebersihan diri sendiri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.
Wanita selepas bersalin mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi. Antara lain puncanya ialah amalan minum air yang sikit semasa dalam pantang boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor. Jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut.
Antara Tanda Dan Sebab Bentan
Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras, seringkali orang tua-tua berpesan jaga ibu jari kaki elakkan terlanggar benda keras. Akibat terlanggar pantang, badan akan rasa seram sejuk seperti hendak demam atau hampir pitam. Mungkin kita rasa kita sudah sihat sedangkan dalaman badan masih lagi belum sembuh. Sekiranya anda mengalami keadaan ini akan menyebabkan pemulihan di dalam pantang menjadi semakin lama.
Jenis-Jenis Bentan Yang Perlu Anda Tahu
1. Bentan Urat
Badan menjadi lemah seperti demam, sendi-sendi rasa sakit, menggigil kesejukan walaupun waktu tengahari. Seluruh otot badan kejang dan tegang. Ini berlaku kerana ibu terlalu aktif atau cergas melakukan kerja-kerja rumah, keadaan ini biasa berlaku jika ibu berpantang sendiri tanpa ada bantuan dari orang lain. Antara cara dan rawatan yang boleh dilakukan ialah bertangas atau wap herba mampu melegakan situasi ini.
2. Bentan Urat Peranakan Atau Urat Rahim
Sakit dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Jika perkara ini berlaku segera ke hospital dan berjumpa dengan doktor. Ini boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
3. Bentan Urat Besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu-ibu yang bersalin secara caeserean. Dan kadangkala kesakitan dibahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu berjalan berdingkit-dingkit.
Langkah-langkah Atau Amalan Untuk Elakkan Bentan
1. Sentiasa memakai stokin sebaiknya sebelum menyarung stokin lumurkan minyak khusus untuk orang selepas bersalin di bawah tapak kaki .
2. Perlahankan langkah ketika berjalan ini untuk mengelakkan kaki tersepak benda keras.
3. Rajin bertungku tujuannya ialah supaya darah beku dalam badan kita cepat keluar dan badan kita akan rasa lebih ringan.
4. Mandi air suam atau mandi bersama-sama dengan rempah yang dibuat khusus untuk wanita dalam pantang
5. Selepas mandi lumurkan satu badan dengan minyak khusus untuk orang lepas bersalin .. ini untuk elakkan angin jahat masuk dalam badan.
6. Jaga pemakanan elakkan makanan yang sejuk, tajam dan berangin. Sebaiknya ialah makan makanan yang berkhasiat dan makan makanan tambahan contohnya Set Berpantang Shaklee.
7. Jangan selalu bermain dengan air maksud di sini ialah mandi terlalu lama, membasuh pinggan mangkuk atau sering ke tandas.
Tip Elakkan Bentan Selepas Bersalin Dengan Vivix Shaklee
Hubungi saya dengan segera 010-2995619 untuk mendapatkan set Vivix Shaklee anda. Promosi bulan ini ialah beli 2 botol diskaun 5%.
Labels: Set Berpantang/Set Bersalin, Vivix