Tip Untuk Suami Apa Yang Perlu Dibuat Bila Isteri Nak Bersalin



Ada tip juga ke untuk suami apa yang perlu dibuat apabila isteri nak bersalin? Of coz la ada ... kan itu anak anda bersama betul tak En Suami? :)





Bukan dah nak dekat bersalin baru bersedia tetapi sebaik sahaja mengetahui isteri mengandung, suami dah perlu rancang dan fikirkan pelbagai perkara sebagai persediaan menerima kehadiran cahayamata. Akan tetapi entri ini khusus apabila isteri dah nak bersalin ... memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan. Seboleh mungkin kehidupan sosial dihadkan, lebihkan perbualan bersama berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Disaat-saat ini peranan suami sangat penting.


Temanilah isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di dalam kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini juga turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.


Selain itu isteri anda memerlukan sokongan, sensitif atau peka dengan keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilan, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelangnya tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah.

Ketidakselesaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Dalam tempoh 9 bulan kehamilan ini En Suami memang kena banyak-banyak bersabar dengan perubahan hormon isteri. Kadangkala isteri mudah merajuk, cepat marah dan sensitif. Bantulah isteri dengan kerja-kerja rumah tanpa dia perlu meminta anda membantu. Apakata anda hadiahkan isteri Set Ibu Mengandung Shaklee pasti isteri anda rasa sangat dihargai.


Setiap kelahiran bayi tidak sama walaupun anda berpengalaman sebelum ini dengan kelahiran anak yang sebelum ini. Di dalam bilik bersalin, anda kena bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika ini ialah

1. Memberikan sokongan padu pada isteri

2. Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya

3. Membantu isteri ke tandas

4. Menyediakan minuman untuknya

5. Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku

6. Memegang tangannya sambil menenangkannya


Situasi ini jika isteri anda bersalin secara normal dan anda dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin. Bagi isteri yang akan melahirkan secara caeserian anda hanya dibenarkan tunggu diluar. Sementara menunggu ... berdoalah dan membaca Al-Quran semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar.


Mungkin anda tertanya-tanya bilakah isteri akan bersalin? Antara tanda-tanda yang isteri akan bersalin ialah

Air Ketuban Pecah iaitu cecair yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula

Apabila kontraksi semakin kerap iaitu diantara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10cm, ini bermakna tahap kelahiran bayi sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan.


Bermula juga dari saat ini, isteri anda mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa. TAHNIAH.

Labels: