DeXandra Perfumes Shah Alam - Dropship DiPerlukan DiSeluruh Malaysia


Saya memahami ramai yang nak mencari duit lebih zaman sekarang ni, ya lah nak masuk tandas pun kena bayar apatah lagi jika kita sudah berkeluarga semakin besar tanggungjawab kita. Nak berniaga tapi nak mulakan bisnes perlukan modal yang besar, tahukah anda bahawa dengan permulaan modal serendah RM150 sahaja anda dah boleh mulakan bisnes anda sendiri. Apakata saya beri peluang kepada uolls untuk tambah pendapatan mesti uolls nak kan?


Peluang Tambah Side Income Dengan DeXandra


Kami memerlukan #AGENDROPSHIP di seluruh Malaysia. Kenapa DeXandra?

Sebabnya ialah ...

Perfume DeXandra tengah MELETOP seantereo Malaysia dan khabarnya ada pihak dari Rusia yang berminat dengan DeXandra alaa orang Rusia sendiri suka takkan orang Malaysia tak suka ya tak?

Peluang nak generate income BERIBU-RIBU sebulan memang cerah, yang bestnya samada anda lelaki, perempuan, surirumah, student semua boleh buat binses ni. yurannya hanya RM150 seumur hidup, kenapa ada yuran? Supaya anda serius bisnes ... dah kata nak tambah pendapatan.

DeXandra Perfumes memang tengah trending sekarang ni .. rugi kalau kita tak rebut peluang ni. Kita tak ambil orang lain la yang ambil dulu.  Nak berjaya tak perlu tunggu orang lain berjaya baru kita nak mula. Mulakan dari sekarang.

Komisen untuk dropshipper memang tinggi. Modal kecil tapi untung banyak. Nak tahu berapa untuk sebotol cepat-cepat ya contact saya 010-2995619



List Wangian DeXandra




Tip Untuk Elakkan Penyakit Keputihan




Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Ramai dikalangan kita yang mengalami penyakit keputihan tetapi malu atau segan untuk merawatnya. Tetapi menjaga kebersihan kawasan intim kita adalah penting kerana  jika tidak dirawat mungkin ia membawa kepada penyakit lain yang lebih serius.


Tip Untuk Elakkan Penyakit Keputihan.


1. Sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan

3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid.

4. Gunakan pelapik seluar dalam (pantyliner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan jga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

6. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

7. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks secara rambang atau hubungan kelamin
    dengan lebih dari seorang.

8. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

9. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

10. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.


Jika anda mencari suplemen yang sesuai bagi membantu anda dengan masalah keputihan. Saya cadangkan set berikut.






Alfalfa Complex


Mencuci hati, darah dan usus. Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengemabilan kenomalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

 Melawan alahan - Meperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperactivity, ulser gastrik , hepatitis dan sembelit.


Garlic Complex

Antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asma. selsema dan hepatitis.

Mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H pylori dan menghalang ulser gastrik.

Menstabilkan glukos di dalam tubuh.

Menurunkann kolesterol

Menurunkan darah tinggi

Detokfikasi


GLA Complex


Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina

Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron

Meningkatkan sistem imun tubuh

Mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan.

Meringankan sakit dan bengkak tyang terjadi dari rheumatisma dan arthritis.

Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


Petua Hilangkan Loya Dan Muntah Awal Kehamilan



Alahan semasa hamil hampir dialami oleh semua ibu mengandung dan ianya melibatkan muntah. loya dan pening kepala menyebabkan kita mengalami ketidakselesaan. Ada yang mengalaminya sepanjang hari atau waktu petang sahaja dan yang lebih teruk lagi ada segelintir yang mengalaminya hingga bersalin. Saya akan kongsikan petua hilangkan loya dan muntah awal kehamilan.






Petua Hilangkan Loya Dan Muntah Awal Kehamilan


1. Pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun dari katil.


2. Ambil makanan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap dua jam walaupun ketika itu anda tidak berasa lapar. Ini dapat mengelakkan perut kosong anda terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.


3. Biasakan diri untuk kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain diantara selang waktu makan.





4. Makanlah apa sahaja yang diingini asalkan ia berkhasiat tetapi elakkan diri daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang keterlaluan.


5. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana biasanya sebegini kurang mempunyai bau yang tanpa disedari boleh menyebabkan anda loya.


6. Elakkan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan dan merokok.


7. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminum segelas air bagi setiap jam. Ya betul memang penat kerana ulang alik tamdas berkali-kali. Ini untuk elakkan badan kita kekurangan air yang biasanya menyebabkan rasa pening dan dahaga.




8. Elakkan minum dengan jumlah yang banyak semasa makan ataupun sebelum dan selepas makan.


9. Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.


10. Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera untuk minum air kosong.




11. Pada waktu tertentu di waktu malam, anda mungkin berasa lapar ketika terjaga daripada tidur . Jangan tidur dalam keadaan lapar. Elakkannya dengan mengambil kudapan seperti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mngatasi rasa loya dan muntah.


12. Ambil vitamin pra-kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur.


13. Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang mengandungi serai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya di samping menjauhi penyakit gastrik.

DeXandra Perfumes Shah Alam - Perfumes Tahan Lama




LEBIH 10 RIBU BOTOL TERJUAL DALAM MASA SEBULAN !!!

Diinspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA. Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes yang sangat TERKENAL dan LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.


KELEBIHAN DEXANDRA PERFUMES


- Kandungan : 35ml EDP

- Produk keluaran Bumiputera

- Memberikan bau yang tahan lama melebihi 8 jam

- Memberikan banyak pilihan mengikut citarasa/taste anda

- Mudah dibawa kemana-mana

- Pati original & Alkohol First Grade

- Setanding Produk Antarabangsa

- Boleh dibawa solat

- Menepati citarasa dan permintaan Rakyat Malaysia

- Menjadikan anda wangi sepanjang hari dengan lebih 50 pilihan wangian.

- Menambahkan keyakinan anda berhadapan dengan orang ramai dengan tampil wangi.

- Menjadikan anda lebih wangi walau seharian bekerja.

- Dengan saiz 35ml memudahkan anda membawa wangian kegemaran anda ke mana-mana sahaja.





Menu Ibu Berpantang Caeseraen Yang Berkhasiat - Vitamin Ibu Berpantang Shaklee



Kalau setiap hari makan lauk yang sama mesti bosan kan, tekak pun dah rasa tak tertelan tapi kita perlu makan untuk tenaga dan pulihkan tubuh kita dalam masa yang sama kita perlu susukan bayi kita. Kalau tak makan nanti perut masuk angin, mau sakit satu badan silap-silap bentan. Hui minta dijauhkan. Saya kongsikan menu harian berpantang yang boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan anak.


Menu Berpantang Caeseraen Yang Berkhasiat - Vtamin Ibu Berpantang Shaklee


Salmon Panggang Berlada Hitam





Bahan-bahan

Sekeping Salmon bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Sekeping kerajang timah untuk membalut ikan

Cara-caranya

1. Bersihkan salmon
2. Tumbuk kasar lada hitam, halia dan bawang putih dan lumurkan pada salmon
    tersebut bersama garam
3. Perapkan kira-kira satu jam sebelum dibungkus dalam kerajang timah dan dipanggang
    di dalam kuali sehingga masak

Kebaikan Ikan Salmon

Ikan laut sejuk ini mempunyai kandungan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang menjadikan susu badan anda berkualiti disamping kaya dengan protein untuk membina semula tisu badan yang rosak
ketika bersalin.

Lobak Putih Masak Air

Bahan-bahan

1/2 batang lobak putih bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan lobak dan kupas tipis kulitnya
2, Potong nipis-nipis agar mudah dimakan. Masukkan di dalam sebuah periuk dan masukkan air.
3. Lada hitam dan bawang putih ditumbuk dan digaulkan bersama dengan lobak dan air.
4. Masak di atas api yang  sederhana dan masukkan garam secukup rasa sebelum diangkat.

Kebaikan Lobak Putih




Lobak putih terkenal sebagai sejenis sayur yang mampu menambahkan penghasilan susu ibu. Sesuai bagi ibu yang baru bersalin yang berusaha untuk mendapatkan banyak  stok susu perahan untuk si manja selepas kembali bekerja.


Ikan Singgang Halia

Bahan-bahan

Seekor ikan bersaiz sederhana (ikan berdaging putih)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan ikan
2. Mayang halus halia dan bawang putih
3. Masukkan ikan ke dalam periuk diikuti dengan halia, bawang putih, air dan garam secukup rasa
4. Reneh kira-kira selama 30 minit sebelum di makan

Kebaikan Halia

Halia di dalam masakan akan bertindak membuang angin di dalam badan dan menjadikan badan kita berasa lebih segar dan cergas.


Sup Sawi dan Lobak Merah



Gambar ihsan Google



Menu kesukaan saya hehe

Bahan-bahan

1 pokok sawi
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan lobak merah dan kupas tipis kulitnya dan potong nipis agar mudah empuk
2. Bersihkan sawi dan potong dauh dan batangnya
3. Bawang merah dan bawang putih dikupas dan dimayang halus.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak
5. Rasakan dengan garam secukup rasa.

Tip: Jangan masak terlalu lama kerana bimbang zat dan nutrien dalam sayur akan hilang.

Resipi berpantang lain yang mungkin anda suka klik SINI

Vitamin Ibu Berpantang Shaklee




Hubungi saya untuk harga yang berpatutan 010-2995619


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang - Set Ibu Berpantang Shaklee


Ada yang mengambil ringan dengan makanan yang diambil semasa berpantang, sedangkan dalam tempoh 44 hari berpantang (mengikut petua melayu) merupakan perkara yang penting dan perlu diambil berat bagi memastikan ibu benar-benar sihat.


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang - Set Ibu Berpantang Shaklee



Set Ibu Berpantang Shaklee



Sayur-sayuran

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis yang boleh menyebbakan sakit tulang. lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.

Buah-buahan

Buah-buahan seperti tebu, nanas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Buah-buahan ini dilarang kerana boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui sebagai arthritis dan rheumatisme.

Ikan

Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari duri, sembilang dan parang - dikhuatiri berbisa pada pintu rahim.

Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut ia boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah.

Ayam

Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga selepas 44 hari.

Air

Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh diambil sama sekali kerana tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.

Teh perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan angin dan kembung perut.

Apa jua jenis makanan yang berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.

Daging lembu perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira dua minggu.

Untuk info lanjut boleh klik

Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Caesarean

Set Vitamin Ibu Berpantang Shaklee

Tip Penjagaan Dalam Pantang Ibu Caeseraen - Set Ibu Berpantang Shaklee



Sebelum ini saya ada kongsikan Tip Ibu Berpantang Caeseraen Cara Tradisional, kali ini ada info tambahan Tip Penjagaan Dalam Pantang Ibu Caeserean. Ibu yang bersalin normal tak boleh ikut ke cara ni? Boleh je takde masalah sebabnya kebanyakan dari kita terbiasa dengan penjagaan dalam pantang bagi mereka yang bersalin normal, kesian ibu-ibu yang bersalin cara caeseraen mereka pun nak sihat dan cergas :)


Tip Penjagaan Dalam Pantang Ibu Caeseraen


1. Sebaik-baiknya pakai bengkung bagi menyokong bahagian rahim yang masih longgar dan membengkak.

2. Pastikan ibu berpantang memakai stokin dan baju lengan panjang untuk mengelakkan angin memasuki tubuh.

3. Amalkan memakan sajian berlada hitam kerana di samping membuang angin dan memanaskan badan, laga hitam juga mampu menajamkan penglihatan. Cuma untuk permulaan sebaik-baiknya makan sedikit dahulu, lihat jika bayi anda serasi atau tidak bagi ibu yang menyusu badan.

4. Minum air suam dan minuman panas sahaja kerana ia boleh menjadikan tubuh berasa hangat dan ringan.

5. Tiada had kuantiti air dan minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana air penting untuk penyembuhan luka, peredaran darah, metabolisme tubuh, mengeluarkan toksin dan membantu penghasilan susu ibu dengan lancar.

6. Elakkan minuman sejuk terutamanya ais kerana ia menyebabkan tubuh mudah masuk angin. Cendul,  Ais kacang telan air dulu la ya. Kena tahan sikit nafsu nak minum ais.

7. Jaga kebersihan bahagian intim bagi mengelakkan bau-bau yang kurang enak dan jangkitan kuman.

8. Tidak digalakkan mengambil jamu dan hanya dibolehkan mengambilnya selepas 2 minggu bersalin.

Habis tu macam mana badan nak cepat sihat kalau tak boleh makan jamu, jangan risau ya. Shaklee ada menawarkan Set Berpantang Untuk Ibu Caeseraen atau yang bersalin normal. Anda boleh makan sejurus sahaja bersalin.





Vitalea (Multivitamin) - Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Juga membekalkan tenaga.

B Complex - Membantu mengurangkan stres,

Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dalam badan.

Zinc - Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin.

Ostematrix - Membekalkan kalsium secukupnya untuk ibu dan bayi.

ESP - Membantu memberikan tenaga dan menghasilkan susu.


Tapi saya tak suka nak ambil banyak-banyak pil, macam lecehlah. Ada alternatif lain tak yang boleh saya ambil dan mudah. Saya cadangkan anda mengambil Vivix Shaklee. Hanya sesudu besar setiap hari.



Tapi budget saya tak cukup, sila hubungi akak ya kita boleh bincang :) Nak jadi pengedar Shaklee .... sangat digalakkan badan kita sihat, pendapatan kita pun bertambah.

Feel free to contact your trusted SID Shaklee : Arni 010-2995619

Tip Dan Cara Mengatasi Gemuk Air






Gemuk air, gemuk daging, gemuk angin pun ada pelbagai gelaran diberi untuk membezakan keadaan tubuh badan kita yang semakin mengembang.

Saya akan kongsikan entri apa itu gemuk air, punca dan akibat retensi air.


Apa itu Gemuk Air?


Ramai dikalangan kita dikategorikan sebagai gemuk air. Bukan .. bukan ,,, jangan takut dan terus tak nak minum banyak air kosong atau air masak. Sebenarnya Gemuk Air atau istilah sebenar retensi air ialah berpunca apabila kadar sodium di dalam badan terlalu tinggi dan tubuh tidak berupaya untuk mengeluarkannya.


Akibatnya badan kita akan berasa amat letih kerana kandungan cecair yang berlebihan itu yang boleh menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti. Sodium ada dalam hampir setiap makanan yang kta ambil setiap hari. Garam dalam peket yang ditambah pada masakan harian adalah dalam bentuk sodium klorida.


Selain daripada masalah obesiti, pengambilan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Tapi anda tahu tak ... kekurangan pengambilan protein dan Vitamin B1 boleh menyebabkan menjadi punca retensi air atau gemuk air terjadi.

Fungsi Sodium Dalam Badan

Sodium merupakan mineral yang penting untuk mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, peraturan tekanan darah, penyelarasan isi padu darah, fungsi jantung dan pengecutan otot.

Bagaimanapun sodium tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein jadi ia tidak menyumbang sebarang kalori tambahan yang menyebabkan badan menambah lemak. Satu-satunya cara menambah lemak ialah mengambil kalori berlebihan dalam diet harian. Bagaimanapun, pengambilan sodium meningkatkan retensi air kerana badan akan menyimpan air dengan lebih banyak.

Namun begitu, sodium masih diperlukan untuk membentuk elektrolit dalam badan. Cara yang mudah untuk kita mengenali masalah gemuk air ialah apabila kita merasai bahagian badan seakan-akan lembik dan beralun.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Atasi Gemuk Air

Jika ada kesan seperti di atas, kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan garam dan masam, kemudian kita tingkatkan pengambilan air.

Memang  benar retensi air ini berpunca daripada air itu sendiri tetapi fungsi lain air ialah untuk membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair terperangkap dalam tisu badan serta membersihkan buah pinggang.

Lebihkan makanan berserat yang kaya dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air di dalam badan. Sebaiknya, banyakkan pengambilan makanan Vitamin B kerana jenis makanan ini turut membantu menyingkirkan lebihan air dalam badan.

Protein yang mencukupi membantu mengurangkan risiko retensi air kerana protein membantu menyingkirkan lebihan cecair. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta lakukan banyak senaman kardiovaskualar untuk tubuh mengeluarkan peluh supaya toksin yang terkumpul di dalam badan akan lebih mudah dikeluarkan.



Dalam pada kita berusaha untuk mengelakkan rentensi air, kita tidak disarankan untuk menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet. Ini kerana sodium ialah mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan mengawal cecair badan.

Tip Penjagaan Ibu Selepas Caeserean Secara Tradisional - Vitamin Ibu Berpantang Shaklee





Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza semasa melahirkan anak, ada yang susah ada yang mudah. Yang penting kita dan anak kita selamat. Kebiasaannya bagi ibu yang selepas bersalin samada normal atau caesarean akan rasa lemah longlai akibat kehilangan darah, terdapat luka-luka yang masih baru dan belum pulih. Terutamanya jika kita melahirkan secara caesarean, mungkin luka diluar sudah pulih, yang kita risaukan luka di dalam.


Semasa dalam pantang pelbagai aspek seperti pemakanan, kebersihan dan faktor kesihatan perlu diambil berat untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan ibu. Ibu sihat InshaAllah keluarga bahagia. Rahim yang sudah 40 minggu kembang dan membesar menampung bayi perlu dikecutkan kembali selepas kelahiran. Segala jenis kekotoran seperti nifas dan angin perlu dikeluarkan dari dalam tubuh agar tubuh menjadi sihat dan cergas.


Tip Penjagaan Ibu Selepas Caesarean Secara Tradisional


Berpengalaman tiga kali berpantang selepas caesarean, saya sendiri masih mengamalkan kaedah tradisional, ramai yang takut untuk berpantang secara tradisional selepas caesarean, bimbang luka lambat sembuh. Sebenarnya ada kaedah dan rawatan, cuma sedikit berbeza daripada mereka yang bersalin normal.


Berurut

- Urutan boleh dilakukan kira-kira dua minggu selepas bersalin caesarean.
- Posisi urutan mesti dalam keadaan terbaring dan menelentang serta duduk. Elakkan posisi meniarap.
- Urutan sengkak pula boleh dilakukan  pada hari ke 100 selepas bersalin.
- Urutan refleksologi pada tapak kaki boleh dilakukan bagi menggantikan urutan badan. Hal ini kerana  
  tapak kaki mempunyai saraf penting semua organ dalam dan merangsang proses penyembuhan.
- Urutan payudara juga boleh dilakukan untuk mengelakkan bengkak susu dan juga merangsang
  pengeluaran susu ibu.


Mandi Air Rebusan

Air rebusan daun berubat boleh diamalkan sejurus selepas dibenarkan mandi oleh doktor iaitu kira-kira selepas hari ketiga bersalin. Sebaiknya "cover" dengan plastik tempat luka pembedahan.

Lap badan hingga kering terutamanya di bahagian luka bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sekarang ni dah mudah, air rebusan pantang (daun-daun digunakan) telah siap-siap dipek. Rebus dan guna.


Bertungku


Amalan bertungku boleh dimulakan selepas kelahiran bertujuan melancarkan peredaran darah, memecahkan lendir, membuang angin di dalam badan, mengelakkan rasa sebu dan sesak nafas.

Jarakkan kira-kira dua inci daripada luka pembedahan dan lapikkan kain tebal pada luka pembedahan untuk mengelakkan rasa sakit. Pengalaman saya sendiri, saya bertungku selepas 2 minggu bersalin.


Bertangas

Bertangas boleh dilakukan kira-kira 30 hari selepas melahirkan atau selepas darah nifas sudah kering.

Teknik ini dapat merawat luka, mengeluarkan peluh dan dalam masa yang sama menyingkirkan toksin dari badan.

Rawatan ini juga mampu memulihkan kemutan faraj dan mengecutkan rahim.


Berbengkung atau berbarut

Boleh dimulakan selepas tempoh dua minggu bersalin. Terdapat bengkung khas dipasaran untuk mereka yang bersalin caesarean. Tidak perlu terlalu ketat.

Tulang pelvis yang mengembang ketika hamil akan kembali ke kedudukan asal kira-kira 60 hari selepas bersalin. Dengan berbengkung, perut buncit dan menggeleber boleh dielakkan.


Pilis dan param

Boleh dipakai untuk mengelakkan rasa pening manakala param disapu pada tubuh untuk mengelakkan dimasuki angin.

Untuk dalaman pula saya sangat galakkan untuk kita makan Set Berpantang Shaklee Untuk Caesarean, ia membantu badan anda untuk pulih dengan cepat dan kembali sihat tanpa menjejaskan susu badan.


Set Berpantang Shaklee Untuk Caesarean




Vitalea - Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Juga membekalkan tenaga.

B Complex - Membantu mengurangkan stres.

Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dalam badan.

Zinc - Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin.

Ostematrix - Membekalkan kalsium secukupnya untuk ibu dan bayi.

ESP - Membantu memberikan tenaga dan menghasilkan susu.



Apa yang anda dapat dari Set Berpantang Shaklee Untuk Caserean, bacaan selanjutnya boleh klik SINI.

Dengan Set ini saya tawarkan sesuatu yang menarik untuk anda. Hubungi dengan segera 010-2995619



Apakata testimoni yang berpuas hati 



Tip Kulit Cantik Dan Sihat Dengan Vitamin C Shaklee


Semua orang nak kulit cantik dan sihat,  tapi saya tak suka makan buah-buahan, saya tak suka makan sayur-sayuran, eh kenapa kulit muka saya kusam, tidak berseri, nampak gelap, jerawat berlumba-lumba timbul. Mulalah rasa rendah diri, kalau boleh tak nak keluar rumah. Bila tengok iklan di Facebook, Instagram wah produk ni boleh cerahkan kulit, hilangkan jerawat, harga untuk 1 set ehh MURAHNYA!! Adik-adik, kakak-kakak tolonglah jangan ambil risiko yang anda sendiri akan merana, duit pun habis melayang kerana anda terpaksa merawat kulit yang rosak dengan harga yang lebih mahal.


Bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit antara vitamin yang menjadi pilihan ialah Vitamin C. Jom kita tengok kelebihan Vitamin C kepada kulit dan tubuh kita.


Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu. Ia juga merupakan salah satu daripada jenis-jenis vitamin utama yang sangat diperlukan.


Fungsi dan Manfaat Vitamin C


Melawan Kanser

Melawan kanser adalah salah satu fungsi utama Vitamin C. Mereka yang memilih makanan yang sarat dengan Vitamin C seperti buah-buahan atau sayur memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara. Bahkan ada sumber rujukan yang mengatakan bahawa Vitamin C dapat dijadikan sebagai racun bagi sel-sel kanser tertentu.


Memperbaiki Kulit

Vitamin C mengandungi antioksidan yang sangat diperlukan oleh kulit, dimana antioksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang tersimpan akibat terkena sinaran matahari.


Mencegah Diabetes

Vitamin C mampu untuk menurunkan kadar gula yang terdapat dalam tubuh dan dapat mencegah efek buruk daripada penyakit diabetes pada penderitanya.


Mengawal Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian pada orang yang menderitanya. Mengambil Vitamin C dengan dos yang yang ditetapkan secara rutin dapat mengawal tekanan darah dengan baik.

Meningkatkan Mood

Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan perubahan psikologi. Peneliti dari McGill Universiti mengatakan bahawa pengambilan suplemen Vitamin C (500mg) dua kali sehari mampu memperbaiki mood dan menghilangkan rasa gelisah.

Menurunkan Risiko Serangan Jantung

Vitamin C dapat menghilangkan aterosklerosis yang berada di dalam jantung. Aterosklerosis adalah suatu keadaan dimana arteri jantung menebal dan dapat meningkatkan terjadinya serangan jantung kerana darah menjadi tidak lancar.



Manfaat Utama Vitamin C Shaklee


Membentuk Kolagen

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering dan kulit kasar


Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.


Memerangi Kanser

Ia adalah anti oksidan dan mampu meningkakan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


Mencantikkan Kulit

Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.


Mengekalkan Kolesterol Sihat

Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Tip Kulit Cantik Dan Sihat Dengan Set Lengkap Vitamin Kecantikan Shaklee






Bagi sesiapa yang membeli Set Lengkap Vitamin Kecantikan Shaklee ada sesuatu yang menarik untuk anda, hubungi saya dengan segera.






Saya Menyesal Minum Soya Shaklee - ESP Shaklee




Kalaulah saya tahu kebaikan ESP Shaklee atau soya Shaklee ni dah lama saya minum sejak 15 tahun lepas. Menyesal sungguh terlambat kenal ESP ni, yang memang kenal sejak azali berkaitan kacang soya ni ialah tempe, tauhu, tauhufa ....


Siapa yang perlukan ESP? Kalau kita Google kebiasaannya ialah ibu-ibu yang menyusu perlukan ESP sebagai milk booster katanya. Sebenarnya ESP ni semua orang perlukannya, dari kanak-kanak hingga orang tua. Betul memang macam-macam konttroversi tentang soya yang sering diperkatakan ada yang kata

- dikatakan ia penyebab kanser
- dikatakan penyebab masalah alergik
- dikatakan penyebab masalah kulit
- dikatakan penyebab lelaki mandul


Tapi ... pernah tak atau kita sedar tak bila masyarakat yang mengamalkan soya beratus tahun tiada masalah kesihatan (malah mereka lebih sihat dari masyarakat tempat lain) Dah...  timbul pula teori baru - mereka ni makan soya yang ditapai (fermented soy). Soya yang ditapai dikatakan tidak bahaya macam soya yang ditapai.


Untuk makluman terdapat beberapa kajian dilakukan ke atas soya samada yang ditapai atau tidak ke atas bekas pesakit kanser dan orang sihat juga.

Kesimpulan dari kajian yang dilakukan

- Tiada beza samada soya ditapai atau tidak ditapai

- Produk soya tidak menjadi faktor bekas pesakit kanser mendapat semula kansernya atau orang sihat mendapat kanser.

- Orang-orang Jepun (pemakan soya tegar) mereka sihat-sihat je takde pula yang mandul. Bagaimana pula dengan orang Jawa yang mana tempe menu wajib, ramai je anak-anak mereka.

- Kebanyakan kajian ke atas bahaya isoflavones (phyroestrogen dalam soya) dilakukan ke atas isoflavones secara isolated, bukan dilakukan ke atas kacang soya.


Walaubagaimanapun pengambilan sesuatu makanan jangan berlebihan, baik soya atau apa-apa makanan, kita mesti ambil dalam kadar yang sederhana, tidak berlebihan. Dekat tong ESP tu pun ada tulis pengambilan harian bukannya kena terus minum 1 tong. Terlebih makan nasi pun membawa kesan tak elok kepada kesihatan kita.

Bagi anda yang tak tau lagi ESP Shaklee ni dibuat daripada kacang soya non-GMO (soya-soya sekarang ni kebanyakannya GMO). ESP Shaklee diproses tanpa menggunakan alkohol, asid, alkali mahupun suhu tinggi. Untuk ekstrak protein daripada produk, banyak yang guna alkohol tapi Shaklee tidak. Kacang soya ni diproses dengan air sahaja. Sebab itu bila kita nak bancuh ESP, jangan bancuh dengan air panas supaya protein dia terjaga.

Zaman sekarang banyak tanaman yang dah diubahsuai secara genetik. Antara contoh yang paling mudah ialah kacuk bunga biar nampak lagi cantik atau buah rasanya lebih sedap.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara genetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai dan anggur yang tiada biji. Begitu juga dengan soya. Produk-produk lain dipasaran banyak dah diubah secara genetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyak dan sedap dimakan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah, struktur yang berbeza dan terdedah lepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser. Tapi ESP Shaklee dibuat daripada soya bukan GMO aka asli, Setiap satu tin ESP diproses daripada 30kg soya.


Semakin usia kita meningkat, kita perlukan protein untuk jaga otot kita. Otot yang lemah menyebabkan metabolisma menurun ... Akibatnya? Badan kita senang naik !!! ALAMAK !! Maknanya maka kita kena amalkan minum ESP untuk jaga otot terutamanya diri sendiri, pasangan mahupun ibubapa kita.


Nak tau tak, protein-protein lain dipasaran, terutamanya kalau yang dipanaskan, ia bukan sahaja mengurangkan kandungan protein, ia menyebabkan protein itu menjadi rosak dan tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh badan kita, Bila kita tidak dapat cerna protein dengan baik maka macam-macam masalah kesihatan yang datang seperti alergi, ekzema dan lain-lain.


Sempena promo ESP ni beli 6 percuma 1, belilah untuk keluarga kita. Jimat pun jimat. Tak rugi pun kita melabur untuk kesihatan kita.




Saya Menyesal Minum Soya Shaklee - ESP Shaklee 

Kalaulah tau macam ni punya banyak khasiat dan manfaat ESP Shaklee, saya dah minum sejak 15 tahun lepas lagi.

Awet Muda

Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda

Baik Untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoparosis dan sakit jantung

Kulit Remaja

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan (masalah kedinginan untuk bersama pasangan.


Sempena Hari Wanita hari ni, setiap pembelian ESP ada sesuatu yang menarik untuk anda.





These statementa have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Tip Makanan Terbaik Untuk Tingkat Seksual Lelaki


Stress di tempat kerja, penat, kurang bersenam, tidak menjaga makan, terlalu banyak makan makanan proses atau makanan segera (fast food) semua ini menyumbang kepada masalah kesihatan seksual terutamanya disfungsi ereksi. Saya akan kongsikan makanan yang boleh membantu meningkatkan kemampuan daya seksual lelaki, Makanan ini mudah diperolehi dan senang untuk disediakan.


Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Seksual Lelaki


Bayam



Menurut kajian yang dilakukan di Jepun, bayam merupakan sumber yang kaya dengan magnesium bagi membantu melebarkan pembuluh darah. Selain bayam, sayuran hijau yang lain seperti brokoli, kobis, lobak dan sawi juga kaya dengan sumber magnesium yang baik untuk lelaki.


Teh Tawar

Teh kaya dengan antioksida yang dipanggil catechin dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh untuk meningkatkan  kesihatan seksual dan kemampuan otak. Ini bagi meningkatkan memori, kegembiraan dan fokus. Minum teh tanpa gula merupakan alternatif yang sangat baik untuk pengganti minuman ringan yang terlalu banuak kandungan gula di dalamnya.


Buah Yang Kaya Dengan Vitamin C



Lelaki yang mengambil 200 miligram Vitamin C setiap hari dapat meningkatkan jumlah dan kepekatan sperma. Menurut kajian di University of Texas Medical Branch, lelaki yang mempunyai masalah kesuburan mampu menghamilkan isteri dengan mengambil Vitamin C selama 60 hari berturut-turut. Terdapat juga lelaki yang dipulihkan kesuburan hanya dengan mengambil Vitamin C selama empat hari.


Telur



Telur kaya dengan Vitamin B6 dan B5. Kedua-duanya dapat membantu menyeimbangkan hormon, mengurangkan stres dan sangat penting bagi kesihatan libido.

Ikan



Asid lemak omega 3 DHA dan EPA yang terdaat di dalam ikan membantu meningkatkan kadar dopamine dalam otak. Gabungan DHA dan EPA, yang bersifat anti-inflamasi dapat melawan pembekuan darah dan denyutan jantung. Selain itu, ia mempunyai peranan untuk fungsi otak yang lebih baik dan mencegah demensia.


Oat



Makanan beroat adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan testosteron. Testosteron adalah hormon lelaki yang memainkan peranan seksual lelaki. Kandungan L-arginine dan asid amino yang terdapat  dalam oat dapat meningkatkan oksida nitrat bagi mengurangkan pembekuan pumbuluh darah.


Tiram dan Kerang



Tiram mentah terkenal sebagai ubat secara semulajadi untuk meningkatkan fungsi seksual lelaki. Tiram juga mengandungi lebih banyak khasiat berbanding makanan laut yang lain. Mineral juga terdapat dalam tiram dapat meningkatkan libido dengan merangsang produksi testosteron.


Tembikai

Buah yang berwarna merah ini mengandungi citrulline yang dapat mengurangkan disfungsi ereksi terutama akibat tekanan darah tinggi. Citrulline akan diproses dan diubah menjadi arginin yang meningkatkan produksi semulajadi oksida nitrat. Oksida nitrat ini memiliki kepentingan untuk meningkatkan aliran darah ke jaringan otot serta alat kelamin lelaki.


Kacang Walnut

Dr, Spencer Nadolsky menyarankan kacang walnut untuk meningkatkan kualiti dan kepekatan sperma. Kacang ini juga boleh membantu meningkatkan kesihatan seksual lelaki pada lapisan pembuluh darah. Kacang ini juga kaya dengan alpha-linolenic (ALA, Omega-3 asid lemak) antioksidan, magnesium dan banyak lagi.


Coklat



Coklat dapat meningkatkan peredaran darah dengan membantu menstabilkan aliran darah ke alat kelamin lelaki. Coklat ternyata mampu meningkatkan kesihatan seksual lelaki kerana kandungan phenylethylamine dalam coklat dapat mempengaruhi serotonin dan endorphin di otak.

Tapikan lelaki ni kadang-kadang atau kebanyakannya tak suka makan sayur dan buah. Macam-macam alasan yang diberikan. Bagaimana kita nak cukupkan vitamin dalam badan?


Vitamin Untuk Lelaki Yang Inginkan Kesihatan Yang Lebih Baik




Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigilserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Manakala Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat. Selain itu ia berfungsi meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun tubuh.

Zinc merupakan mineral yang penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim penting dalam tindakbalas kimi tubuh selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Tip Pemakanan Sihat Untuk Mereka Yang Mengalami Ekzema



Kita selalu dengar mereka yang mengalami ekzema samada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, bagi mereka yang mengalaminya, rasa ketidakselesaan ini mengganggu urusan harian lebih-lebih lagi kanak-kanak. Saya akan kongsikan makanan yang boleh membantu untuk mengurangkan gejala ekzema.


Tip Pemakanan Sihat Untuk Mereka Yang Mengalami Ekzema


1. Teh Chamomile

Ia mempunyai ciri-ciri anti radang dan boleh melegakan kulit dan mampu mengurangkan rasa gatal


2. Daun Bawang

Ia terbukti menurangkan tahap histamine dalam badan dan mengandungi Vitamin K yang penting untuk kulit yang sihat.


3. Pisang



Pisang kaya dengan postassium, magnesium dan Vitamin C dan ia menggalakkan pembaikan kulit.


4. Kentang

Ia kaya dengan serat, Vitamin C dan postassium dan termasuk dalam kumpulan makanan yang baik bagi anda mengalami ekzema.


5. Ikan Dan Kekacang



Makanan yang kaya dngan asid lemak Omega 3 ini termasuklah makanan seperti salmon, walnut, chia seed dan banyak lagi


6. Yogurt



Probiotik yang terdapat dalam yogurt membantu mengurangkan gejala ekzema


7. Makanan Berkhasiat

Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin yang cukup baik membantu mendapatkan kulit yang sihat. Kurangkan gluten dalam bentuk roti, pasta dan bijirin untuk mengelakkan berlakunya ekzema.


8. Makanan Tambahan Semulajadi

Makanan tambahan yang kaya dengan Omega 3, asid gamma-linolenik (GLA) dan Vitamin A, D dan E menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat. Ia dapat membantu menghidratkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan melindungi kulit daripada radikal bebas.


Sumber : Majalah Rapi


Set Ekzema Shaklee Untuk Kulit Sihat


Bayi berusia kurang dari 1 tahun

Jika anak anda masih menyusu, ibu boleh mengambil ESP dan Omega Guard. Secara tak langsung ibu juga mendapat  khasiatnya.

Krim Herbal Blend juga membantu bagi bayi yang mengalami kulit kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.


Kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas

Bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas yang mengalami ekzema, boleh mengambil Omega Guard. Fungsi Omega Guard ialah menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.

Pengambilan Mealshakes juga digalakkan yang mana Melashakes kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan menghilangkan parut. Krim Herbal Blend juga membantu.


Remaja dan dewasa

Pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat , anjal dan gebu. Ini membantu mereka yang mengalami ekzema yang mana sel kulit mereka telah rosak.

GLA Complex dan Vitamin E berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkatkan sistem imunisasi melawan ekzema.

Manakala Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Mereka yang mengalami ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard menvegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Fungsi Omega Guard dan ESP ialah memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam. Krim Herbal Blend membantu melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema. Pengambilan Alfalfa juga digalakkan untuk memperkuatkan sistem dalaman tubuh dengan bertindah menyahtoksinkan.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Tanda-Tanda Anda Mengalami Ekzema Dan Cara Rawatannya



Tanda-tanda mengalami Ekzema


Biasanya yang selalu kita dengar bayi yang mengalami ekzema, sebenarnya orang dewasa pun ramai yang mengalami ekzema. Saya akan kongsikan tanda-tanda anda diserang ekzema.


Tanda-Tanda Ekzema Yang Perlu Anda Tahu


Kulit akan pecah atau merekah

Apabila digaru, bahagian kulit itu mungkin akan terkopek atau koyak

Anda merasa kulit bahagian tersebut menjadi kering

Rasa gatal akan menjadi lebih teruk pada waktu malam

Kulit akan menjadi tebal apabila digaru

Bahagian kulit tersebut akan menjadi merah, melecur dan mengandungi cecair


Bagaimana Ekzema bermula?

Ekzema adalah keadaan radang pada kulit yang mempunyai ciri-ciri gatal, ruam merah, kering dan bersisik. Ia juga boleh kelihatan bengkak berair atau mempunyai gelembung air. Dikatakan faktor genetik mempengaruhi untuk mendapat ekzema, terdapat keturunan pesakit yang mengidap atopi iaitu menghadapi asma, rhinitis alergi dan ekzema. Kebiasannya ekzema akan kelihatan di bahagian muka, pelipat dan bahagian terdedah seperti kaki dan tangan. Ada juga yang mengalami keseluruhan muka dan kulit.


Rawatan Untuk Anak-Anak Yang Mengalami Ekzema Atopik


Ekzema Atopik biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun tetapi ia juga boleh berlaku kepada orang dewasa. Semoga panduan ini membantu anda.


Sentiasa Menjaga Kebersihan Kuku

Anak-anak mungkin akan kerap menggaru pada bahagian yang gatal. Pastikan kuku anak-anak kita pendek dan bersih untuk mengelakkan rasa gatal dan jangkitan.


Guna Pelembab Dan Sabun Khusus

Ia hanya boleh dirawat dengan pelembap dan pembersih khusus untuk kulit sensitif yang tidak mengandungi bahan pewangi atau kimia. Ia juga dapat menjaga kelembapan kulit dan mengurangkan rasa gatal.


Alihkan Perhatian Anak Semasa Menggaru

Kita cuba alihkan perhatian anak-anak agar mereka kurang menggaru. Dibiarkan menggaru naik syok la plak lama-lama kulit pun luka.


Adakah Ekzema Atopik Akan Sembuh?

Untuk makluman belum ada ubat yang boleh menyembuhkan Ekzema Atopik, apa yang perlu kita lakukan ialah merawat dan mengawal dengan penjagaan kulit yang baik dan pengambilan ubat-ubatan yang sesuai.


Apabila kanak-kanak semakin membesar, keadaan ekzema akan menjadi semakin baik namun terdapat sesetengah pesakit akan mendapat ekzema apabila mereka meningkat dewasa.


Tip Penjagaan Pesakit Ekzema

Gunakan pakaian yang longgar dan fabrik daripada kapas.

Amalkan diet yang seimbang untuk mengekalkan daya ketahanan badan.

Penjagaan kebersihan sangat penting. Kebersihan dan udara yang baik disekitar rumah dan tempat kerja, Jangan lupa untuk sentiasa menukar cadar dan selimut.

Mandi dengan air suam dan cuba sentiasa bersikap positif.

Saya akan sambung entri ini dengan pemakanan sihat untuk mengurangkan gejala Ekzema ;)