Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang - Set Ibu Berpantang Shaklee


Ada yang mengambil ringan dengan makanan yang diambil semasa berpantang, sedangkan dalam tempoh 44 hari berpantang (mengikut petua melayu) merupakan perkara yang penting dan perlu diambil berat bagi memastikan ibu benar-benar sihat.


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Berpantang - Set Ibu Berpantang Shaklee



Set Ibu Berpantang Shaklee



Sayur-sayuran

Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis yang boleh menyebbakan sakit tulang. lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.

Buah-buahan

Buah-buahan seperti tebu, nanas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Buah-buahan ini dilarang kerana boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui sebagai arthritis dan rheumatisme.

Ikan

Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari duri, sembilang dan parang - dikhuatiri berbisa pada pintu rahim.

Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut ia boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah.

Ayam

Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga selepas 44 hari.

Air

Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh diambil sama sekali kerana tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.

Teh perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan angin dan kembung perut.

Apa jua jenis makanan yang berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.

Daging lembu perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira dua minggu.

Untuk info lanjut boleh klik

Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Caesarean

Set Vitamin Ibu Berpantang Shaklee