Menu Ibu Berpantang Caeseraen Yang Berkhasiat - Vitamin Ibu Berpantang Shaklee



Kalau setiap hari makan lauk yang sama mesti bosan kan, tekak pun dah rasa tak tertelan tapi kita perlu makan untuk tenaga dan pulihkan tubuh kita dalam masa yang sama kita perlu susukan bayi kita. Kalau tak makan nanti perut masuk angin, mau sakit satu badan silap-silap bentan. Hui minta dijauhkan. Saya kongsikan menu harian berpantang yang boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan anak.


Menu Berpantang Caeseraen Yang Berkhasiat - Vtamin Ibu Berpantang Shaklee


Salmon Panggang Berlada Hitam





Bahan-bahan

Sekeping Salmon bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Sekeping kerajang timah untuk membalut ikan

Cara-caranya

1. Bersihkan salmon
2. Tumbuk kasar lada hitam, halia dan bawang putih dan lumurkan pada salmon
    tersebut bersama garam
3. Perapkan kira-kira satu jam sebelum dibungkus dalam kerajang timah dan dipanggang
    di dalam kuali sehingga masak

Kebaikan Ikan Salmon

Ikan laut sejuk ini mempunyai kandungan Omega 3 dan DHA yang tinggi yang menjadikan susu badan anda berkualiti disamping kaya dengan protein untuk membina semula tisu badan yang rosak
ketika bersalin.

Lobak Putih Masak Air

Bahan-bahan

1/2 batang lobak putih bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan lobak dan kupas tipis kulitnya
2, Potong nipis-nipis agar mudah dimakan. Masukkan di dalam sebuah periuk dan masukkan air.
3. Lada hitam dan bawang putih ditumbuk dan digaulkan bersama dengan lobak dan air.
4. Masak di atas api yang  sederhana dan masukkan garam secukup rasa sebelum diangkat.

Kebaikan Lobak Putih




Lobak putih terkenal sebagai sejenis sayur yang mampu menambahkan penghasilan susu ibu. Sesuai bagi ibu yang baru bersalin yang berusaha untuk mendapatkan banyak  stok susu perahan untuk si manja selepas kembali bekerja.


Ikan Singgang Halia

Bahan-bahan

Seekor ikan bersaiz sederhana (ikan berdaging putih)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan ikan
2. Mayang halus halia dan bawang putih
3. Masukkan ikan ke dalam periuk diikuti dengan halia, bawang putih, air dan garam secukup rasa
4. Reneh kira-kira selama 30 minit sebelum di makan

Kebaikan Halia

Halia di dalam masakan akan bertindak membuang angin di dalam badan dan menjadikan badan kita berasa lebih segar dan cergas.


Sup Sawi dan Lobak Merah



Gambar ihsan Google



Menu kesukaan saya hehe

Bahan-bahan

1 pokok sawi
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan lobak merah dan kupas tipis kulitnya dan potong nipis agar mudah empuk
2. Bersihkan sawi dan potong dauh dan batangnya
3. Bawang merah dan bawang putih dikupas dan dimayang halus.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak
5. Rasakan dengan garam secukup rasa.

Tip: Jangan masak terlalu lama kerana bimbang zat dan nutrien dalam sayur akan hilang.

Resipi berpantang lain yang mungkin anda suka klik SINI

Vitamin Ibu Berpantang Shaklee




Hubungi saya untuk harga yang berpatutan 010-2995619


Labels: