Petua Hilangkan Loya Dan Muntah Awal Kehamilan



Alahan semasa hamil hampir dialami oleh semua ibu mengandung dan ianya melibatkan muntah. loya dan pening kepala menyebabkan kita mengalami ketidakselesaan. Ada yang mengalaminya sepanjang hari atau waktu petang sahaja dan yang lebih teruk lagi ada segelintir yang mengalaminya hingga bersalin. Saya akan kongsikan petua hilangkan loya dan muntah awal kehamilan.






Petua Hilangkan Loya Dan Muntah Awal Kehamilan


1. Pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Selepas itu rehat selama 15 minit terlebih dahulu sebelum bangun dari katil.


2. Ambil makanan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap dua jam walaupun ketika itu anda tidak berasa lapar. Ini dapat mengelakkan perut kosong anda terisi dengan asid yang boleh mencetuskan loya.


3. Biasakan diri untuk kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut, yogurt dan lain-lain diantara selang waktu makan.





4. Makanlah apa sahaja yang diingini asalkan ia berkhasiat tetapi elakkan diri daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang keterlaluan.


5. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana biasanya sebegini kurang mempunyai bau yang tanpa disedari boleh menyebabkan anda loya.


6. Elakkan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan dan merokok.


7. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang. Anda boleh lakukannya dengan meminum segelas air bagi setiap jam. Ya betul memang penat kerana ulang alik tamdas berkali-kali. Ini untuk elakkan badan kita kekurangan air yang biasanya menyebabkan rasa pening dan dahaga.




8. Elakkan minum dengan jumlah yang banyak semasa makan ataupun sebelum dan selepas makan.


9. Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga boleh mengurangkan rasa mual.


10. Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera untuk minum air kosong.




11. Pada waktu tertentu di waktu malam, anda mungkin berasa lapar ketika terjaga daripada tidur . Jangan tidur dalam keadaan lapar. Elakkannya dengan mengambil kudapan seperti roti atau biskut. Langkah ini merupakan salah satu cara yang dapat mngatasi rasa loya dan muntah.


12. Ambil vitamin pra-kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur.


13. Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang mengandungi serai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya di samping menjauhi penyakit gastrik.

Labels: