Tanda-Tanda Anda Mengalami Ekzema Dan Cara Rawatannya



Tanda-tanda mengalami Ekzema


Biasanya yang selalu kita dengar bayi yang mengalami ekzema, sebenarnya orang dewasa pun ramai yang mengalami ekzema. Saya akan kongsikan tanda-tanda anda diserang ekzema.


Tanda-Tanda Ekzema Yang Perlu Anda Tahu


Kulit akan pecah atau merekah

Apabila digaru, bahagian kulit itu mungkin akan terkopek atau koyak

Anda merasa kulit bahagian tersebut menjadi kering

Rasa gatal akan menjadi lebih teruk pada waktu malam

Kulit akan menjadi tebal apabila digaru

Bahagian kulit tersebut akan menjadi merah, melecur dan mengandungi cecair


Bagaimana Ekzema bermula?

Ekzema adalah keadaan radang pada kulit yang mempunyai ciri-ciri gatal, ruam merah, kering dan bersisik. Ia juga boleh kelihatan bengkak berair atau mempunyai gelembung air. Dikatakan faktor genetik mempengaruhi untuk mendapat ekzema, terdapat keturunan pesakit yang mengidap atopi iaitu menghadapi asma, rhinitis alergi dan ekzema. Kebiasannya ekzema akan kelihatan di bahagian muka, pelipat dan bahagian terdedah seperti kaki dan tangan. Ada juga yang mengalami keseluruhan muka dan kulit.


Rawatan Untuk Anak-Anak Yang Mengalami Ekzema Atopik


Ekzema Atopik biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun tetapi ia juga boleh berlaku kepada orang dewasa. Semoga panduan ini membantu anda.


Sentiasa Menjaga Kebersihan Kuku

Anak-anak mungkin akan kerap menggaru pada bahagian yang gatal. Pastikan kuku anak-anak kita pendek dan bersih untuk mengelakkan rasa gatal dan jangkitan.


Guna Pelembab Dan Sabun Khusus

Ia hanya boleh dirawat dengan pelembap dan pembersih khusus untuk kulit sensitif yang tidak mengandungi bahan pewangi atau kimia. Ia juga dapat menjaga kelembapan kulit dan mengurangkan rasa gatal.


Alihkan Perhatian Anak Semasa Menggaru

Kita cuba alihkan perhatian anak-anak agar mereka kurang menggaru. Dibiarkan menggaru naik syok la plak lama-lama kulit pun luka.


Adakah Ekzema Atopik Akan Sembuh?

Untuk makluman belum ada ubat yang boleh menyembuhkan Ekzema Atopik, apa yang perlu kita lakukan ialah merawat dan mengawal dengan penjagaan kulit yang baik dan pengambilan ubat-ubatan yang sesuai.


Apabila kanak-kanak semakin membesar, keadaan ekzema akan menjadi semakin baik namun terdapat sesetengah pesakit akan mendapat ekzema apabila mereka meningkat dewasa.


Tip Penjagaan Pesakit Ekzema

Gunakan pakaian yang longgar dan fabrik daripada kapas.

Amalkan diet yang seimbang untuk mengekalkan daya ketahanan badan.

Penjagaan kebersihan sangat penting. Kebersihan dan udara yang baik disekitar rumah dan tempat kerja, Jangan lupa untuk sentiasa menukar cadar dan selimut.

Mandi dengan air suam dan cuba sentiasa bersikap positif.

Saya akan sambung entri ini dengan pemakanan sihat untuk mengurangkan gejala Ekzema ;)

Labels: , ,