Tip Dan Cara Mengatasi Gemuk Air






Gemuk air, gemuk daging, gemuk angin pun ada pelbagai gelaran diberi untuk membezakan keadaan tubuh badan kita yang semakin mengembang.

Saya akan kongsikan entri apa itu gemuk air, punca dan akibat retensi air.


Apa itu Gemuk Air?


Ramai dikalangan kita dikategorikan sebagai gemuk air. Bukan .. bukan ,,, jangan takut dan terus tak nak minum banyak air kosong atau air masak. Sebenarnya Gemuk Air atau istilah sebenar retensi air ialah berpunca apabila kadar sodium di dalam badan terlalu tinggi dan tubuh tidak berupaya untuk mengeluarkannya.


Akibatnya badan kita akan berasa amat letih kerana kandungan cecair yang berlebihan itu yang boleh menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti. Sodium ada dalam hampir setiap makanan yang kta ambil setiap hari. Garam dalam peket yang ditambah pada masakan harian adalah dalam bentuk sodium klorida.


Selain daripada masalah obesiti, pengambilan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Tapi anda tahu tak ... kekurangan pengambilan protein dan Vitamin B1 boleh menyebabkan menjadi punca retensi air atau gemuk air terjadi.

Fungsi Sodium Dalam Badan

Sodium merupakan mineral yang penting untuk mengekalkan beberapa fungsi badan termasuk penyerapan nutrien, peraturan tekanan darah, penyelarasan isi padu darah, fungsi jantung dan pengecutan otot.

Bagaimanapun sodium tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein jadi ia tidak menyumbang sebarang kalori tambahan yang menyebabkan badan menambah lemak. Satu-satunya cara menambah lemak ialah mengambil kalori berlebihan dalam diet harian. Bagaimanapun, pengambilan sodium meningkatkan retensi air kerana badan akan menyimpan air dengan lebih banyak.

Namun begitu, sodium masih diperlukan untuk membentuk elektrolit dalam badan. Cara yang mudah untuk kita mengenali masalah gemuk air ialah apabila kita merasai bahagian badan seakan-akan lembik dan beralun.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Atasi Gemuk Air

Jika ada kesan seperti di atas, kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan garam dan masam, kemudian kita tingkatkan pengambilan air.

Memang  benar retensi air ini berpunca daripada air itu sendiri tetapi fungsi lain air ialah untuk membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair terperangkap dalam tisu badan serta membersihkan buah pinggang.

Lebihkan makanan berserat yang kaya dengan kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air di dalam badan. Sebaiknya, banyakkan pengambilan makanan Vitamin B kerana jenis makanan ini turut membantu menyingkirkan lebihan air dalam badan.

Protein yang mencukupi membantu mengurangkan risiko retensi air kerana protein membantu menyingkirkan lebihan cecair. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang serta lakukan banyak senaman kardiovaskualar untuk tubuh mengeluarkan peluh supaya toksin yang terkumpul di dalam badan akan lebih mudah dikeluarkan.



Dalam pada kita berusaha untuk mengelakkan rentensi air, kita tidak disarankan untuk menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet. Ini kerana sodium ialah mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan mengawal cecair badan.