Tip Makanan Terbaik Untuk Tingkat Seksual Lelaki


Stress di tempat kerja, penat, kurang bersenam, tidak menjaga makan, terlalu banyak makan makanan proses atau makanan segera (fast food) semua ini menyumbang kepada masalah kesihatan seksual terutamanya disfungsi ereksi. Saya akan kongsikan makanan yang boleh membantu meningkatkan kemampuan daya seksual lelaki, Makanan ini mudah diperolehi dan senang untuk disediakan.


Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Seksual Lelaki


Bayam



Menurut kajian yang dilakukan di Jepun, bayam merupakan sumber yang kaya dengan magnesium bagi membantu melebarkan pembuluh darah. Selain bayam, sayuran hijau yang lain seperti brokoli, kobis, lobak dan sawi juga kaya dengan sumber magnesium yang baik untuk lelaki.


Teh Tawar

Teh kaya dengan antioksida yang dipanggil catechin dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh untuk meningkatkan  kesihatan seksual dan kemampuan otak. Ini bagi meningkatkan memori, kegembiraan dan fokus. Minum teh tanpa gula merupakan alternatif yang sangat baik untuk pengganti minuman ringan yang terlalu banuak kandungan gula di dalamnya.


Buah Yang Kaya Dengan Vitamin C



Lelaki yang mengambil 200 miligram Vitamin C setiap hari dapat meningkatkan jumlah dan kepekatan sperma. Menurut kajian di University of Texas Medical Branch, lelaki yang mempunyai masalah kesuburan mampu menghamilkan isteri dengan mengambil Vitamin C selama 60 hari berturut-turut. Terdapat juga lelaki yang dipulihkan kesuburan hanya dengan mengambil Vitamin C selama empat hari.


Telur



Telur kaya dengan Vitamin B6 dan B5. Kedua-duanya dapat membantu menyeimbangkan hormon, mengurangkan stres dan sangat penting bagi kesihatan libido.

Ikan



Asid lemak omega 3 DHA dan EPA yang terdaat di dalam ikan membantu meningkatkan kadar dopamine dalam otak. Gabungan DHA dan EPA, yang bersifat anti-inflamasi dapat melawan pembekuan darah dan denyutan jantung. Selain itu, ia mempunyai peranan untuk fungsi otak yang lebih baik dan mencegah demensia.


Oat



Makanan beroat adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan testosteron. Testosteron adalah hormon lelaki yang memainkan peranan seksual lelaki. Kandungan L-arginine dan asid amino yang terdapat  dalam oat dapat meningkatkan oksida nitrat bagi mengurangkan pembekuan pumbuluh darah.


Tiram dan Kerang



Tiram mentah terkenal sebagai ubat secara semulajadi untuk meningkatkan fungsi seksual lelaki. Tiram juga mengandungi lebih banyak khasiat berbanding makanan laut yang lain. Mineral juga terdapat dalam tiram dapat meningkatkan libido dengan merangsang produksi testosteron.


Tembikai

Buah yang berwarna merah ini mengandungi citrulline yang dapat mengurangkan disfungsi ereksi terutama akibat tekanan darah tinggi. Citrulline akan diproses dan diubah menjadi arginin yang meningkatkan produksi semulajadi oksida nitrat. Oksida nitrat ini memiliki kepentingan untuk meningkatkan aliran darah ke jaringan otot serta alat kelamin lelaki.


Kacang Walnut

Dr, Spencer Nadolsky menyarankan kacang walnut untuk meningkatkan kualiti dan kepekatan sperma. Kacang ini juga boleh membantu meningkatkan kesihatan seksual lelaki pada lapisan pembuluh darah. Kacang ini juga kaya dengan alpha-linolenic (ALA, Omega-3 asid lemak) antioksidan, magnesium dan banyak lagi.


Coklat



Coklat dapat meningkatkan peredaran darah dengan membantu menstabilkan aliran darah ke alat kelamin lelaki. Coklat ternyata mampu meningkatkan kesihatan seksual lelaki kerana kandungan phenylethylamine dalam coklat dapat mempengaruhi serotonin dan endorphin di otak.

Tapikan lelaki ni kadang-kadang atau kebanyakannya tak suka makan sayur dan buah. Macam-macam alasan yang diberikan. Bagaimana kita nak cukupkan vitamin dalam badan?


Vitamin Untuk Lelaki Yang Inginkan Kesihatan Yang Lebih Baik




Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigilserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Manakala Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat. Selain itu ia berfungsi meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun tubuh.

Zinc merupakan mineral yang penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim penting dalam tindakbalas kimi tubuh selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Labels: