Tip Penjagaan Ibu Selepas Caeserean Secara Tradisional - Vitamin Ibu Berpantang Shaklee





Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza semasa melahirkan anak, ada yang susah ada yang mudah. Yang penting kita dan anak kita selamat. Kebiasaannya bagi ibu yang selepas bersalin samada normal atau caesarean akan rasa lemah longlai akibat kehilangan darah, terdapat luka-luka yang masih baru dan belum pulih. Terutamanya jika kita melahirkan secara caesarean, mungkin luka diluar sudah pulih, yang kita risaukan luka di dalam.


Semasa dalam pantang pelbagai aspek seperti pemakanan, kebersihan dan faktor kesihatan perlu diambil berat untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan ibu. Ibu sihat InshaAllah keluarga bahagia. Rahim yang sudah 40 minggu kembang dan membesar menampung bayi perlu dikecutkan kembali selepas kelahiran. Segala jenis kekotoran seperti nifas dan angin perlu dikeluarkan dari dalam tubuh agar tubuh menjadi sihat dan cergas.


Tip Penjagaan Ibu Selepas Caesarean Secara Tradisional


Berpengalaman tiga kali berpantang selepas caesarean, saya sendiri masih mengamalkan kaedah tradisional, ramai yang takut untuk berpantang secara tradisional selepas caesarean, bimbang luka lambat sembuh. Sebenarnya ada kaedah dan rawatan, cuma sedikit berbeza daripada mereka yang bersalin normal.


Berurut

- Urutan boleh dilakukan kira-kira dua minggu selepas bersalin caesarean.
- Posisi urutan mesti dalam keadaan terbaring dan menelentang serta duduk. Elakkan posisi meniarap.
- Urutan sengkak pula boleh dilakukan  pada hari ke 100 selepas bersalin.
- Urutan refleksologi pada tapak kaki boleh dilakukan bagi menggantikan urutan badan. Hal ini kerana  
  tapak kaki mempunyai saraf penting semua organ dalam dan merangsang proses penyembuhan.
- Urutan payudara juga boleh dilakukan untuk mengelakkan bengkak susu dan juga merangsang
  pengeluaran susu ibu.


Mandi Air Rebusan

Air rebusan daun berubat boleh diamalkan sejurus selepas dibenarkan mandi oleh doktor iaitu kira-kira selepas hari ketiga bersalin. Sebaiknya "cover" dengan plastik tempat luka pembedahan.

Lap badan hingga kering terutamanya di bahagian luka bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sekarang ni dah mudah, air rebusan pantang (daun-daun digunakan) telah siap-siap dipek. Rebus dan guna.


Bertungku


Amalan bertungku boleh dimulakan selepas kelahiran bertujuan melancarkan peredaran darah, memecahkan lendir, membuang angin di dalam badan, mengelakkan rasa sebu dan sesak nafas.

Jarakkan kira-kira dua inci daripada luka pembedahan dan lapikkan kain tebal pada luka pembedahan untuk mengelakkan rasa sakit. Pengalaman saya sendiri, saya bertungku selepas 2 minggu bersalin.


Bertangas

Bertangas boleh dilakukan kira-kira 30 hari selepas melahirkan atau selepas darah nifas sudah kering.

Teknik ini dapat merawat luka, mengeluarkan peluh dan dalam masa yang sama menyingkirkan toksin dari badan.

Rawatan ini juga mampu memulihkan kemutan faraj dan mengecutkan rahim.


Berbengkung atau berbarut

Boleh dimulakan selepas tempoh dua minggu bersalin. Terdapat bengkung khas dipasaran untuk mereka yang bersalin caesarean. Tidak perlu terlalu ketat.

Tulang pelvis yang mengembang ketika hamil akan kembali ke kedudukan asal kira-kira 60 hari selepas bersalin. Dengan berbengkung, perut buncit dan menggeleber boleh dielakkan.


Pilis dan param

Boleh dipakai untuk mengelakkan rasa pening manakala param disapu pada tubuh untuk mengelakkan dimasuki angin.

Untuk dalaman pula saya sangat galakkan untuk kita makan Set Berpantang Shaklee Untuk Caesarean, ia membantu badan anda untuk pulih dengan cepat dan kembali sihat tanpa menjejaskan susu badan.


Set Berpantang Shaklee Untuk Caesarean




Vitalea - Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Juga membekalkan tenaga.

B Complex - Membantu mengurangkan stres.

Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dalam badan.

Zinc - Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin.

Ostematrix - Membekalkan kalsium secukupnya untuk ibu dan bayi.

ESP - Membantu memberikan tenaga dan menghasilkan susu.



Apa yang anda dapat dari Set Berpantang Shaklee Untuk Caserean, bacaan selanjutnya boleh klik SINI.

Dengan Set ini saya tawarkan sesuatu yang menarik untuk anda. Hubungi dengan segera 010-2995619



Apakata testimoni yang berpuas hati 



Labels: