Tip Memilih Bra Ketika Hamil




Kenapa semasa hamil anda digalakkan untuk memakai bra yang khusus untuk ibu hamil? Ini adalah kerana akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara yang sedang membina lebih banyak tisu-tisu untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia sebagai persediaan awal menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya.


Tiada masa yang tertentu untuk anda memakai bra ibu hamil kerana ini bergantung kepada saiz payudara anda akan tetapi untuk makluman, secara umumnya payudara bersedia menghasilkan susu pada usia kehamilan 16 minggu dan ini adalah masa yang sesuai untuk mencari bra hamil.


Tip Memilih Bra Ketika Hamil


1. Dapatkan bra yang mempunyai daya sokongan yang baik. Minta bantuan jurujual untuk mendapatkan bra yang terbaik untuk anda


2. Untuk mengelakkan ketidakselesaan payudara ketika hamil, dapatkan bra yang diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kain kapas. Ia lebih selesa berbanding jenis sintetik.


3. Pada waktu malam dapatkan bra khusus untuk kegunaan malam (sleep bra)


4. Memilih bra yang sedikit besar dapat membantu anda kekal selesa sewaktu payudara mula mengembang


5. Sebaik-baiknya dapatkan bra menyusu walaupun anda belum lagi melahirkan anak.

Bagaimana pula dengan Vitamin Untuk Ibu Hamil yang memang memerlukan makanan tambahan semasa mengandung ... uolls boleh klik


Vitamin Untuk Ibu Hamil 





Vitamin Untuk Ibu Berpantang




Hubungi saya untuk maklumat lanjut 010-2995619

Labels: