Mudah Lebam - Punca Kurang Vitamin C





Pernah tak uolls alami seperti dalam gambar di atas, lebam-lebam kat kaki. Orang tua-tua kata kena gigit jin/hantu/pelesit atau terlanggar mana-mana bucu yang kita tak perasan.

Bila umur dah semakin meningkat, kita pun mencari maklumat untuk mengetahui sebab yang sebenar perkara ni berlaku, salah satu sebab kesan ni berlaku ialah badan kita kekurangan Vitamin C.


Antara Tanda-tanda  Kita Kekurangan Vitamin C Ialah


1. Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
2. Anemia (dari anemia sederhana hinggalah anemia yang kritikal)
3. Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail beds)
4. Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan.
5. Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi.
6. Masalah penghadaman
7. Sukar mengawal stres
8. Selalu selsema, letih dan demam.


Vitamin C bukan hanya untuk CANTIK sahaja malahan ada banyak kebaikan yang kita boleh dapat dari Vitamin C


Melawan Jangkitan Kuman
Vitamin C diperlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan Vitamin C yang mencukupi akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung.


Mengawal Serangan Asma Dan Alergi
Jika kita sering mengalami serangan asma dan histamin, sebaiknya ambillah Vitamin C yang akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia akan mengurangkan risiko anda dari terkena serangan yang disebabkan alergi. Untuk asma pula, Vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru dari terjadi. Namun perlu diingat Vitamin C bukanlah ubat yang kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Ambil secara konsisten untuk kesan yang terbaik bagi melawan serangan asma dan alergi.


Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Menurut kajian, jantung kita mudah sakit jika bekalan Vitamin C di dalam badan kita kurang. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia adalah punca pada serangan jantung.


Mengimbangi Kesan Stres
Umum mengetahui. stres adalah punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan Vitamin C yang cukup akan mengimbangi kesan stres di mana ia akan  meneutralkan toksin yang terhasil ketika diri sedang stres.


Mengawal Penyakit Gout
Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin C boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.

Batu hempedu
Vitamin C membantu menghalang pembentukan batu hempedu.

Memelihara kesihatan mata
Vitamin C akan melindungi mata daripada terkena katarak dan glukoma.


Panduan Mengambil Vitamin C Untuk Kesan Yang Optimum


1. Ambil Vitamin C selepas makan. Vitamin C yang diambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk dicerna dan lebih cepat memasuki darah.

2. Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, uolls ambil ia bersama dengan Vitamin C. Gabungan iron dan Vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.

3. Untuk kesan lebih optimum, ambil Vitamin C yang mempunyai ciri-ciri "Sustained Release" dimana Vitamin C hanya akan dilepaskan jika badan tidak cukup Vitamin C.


Keunikan Vitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain Di Pasaran


Vitamin C yang natural dan bertindak secara "Sustained Release" berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan selama 24 jam.

Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

Satu tablet membekalkan 500mg Vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.

Membekalkan "Bioflavonoid" dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoid"bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen Vitamin C.



Ingin mengetahui Set Kecantikan Kulit Shaklee sila klik Set Kecantikan Kulit Shaklee. Hubungi 010-2995619 untuk maklumat lanjut.

Labels: