Gentle Deep Foaming Cleanser - Shaklee Shah Alam


Pilihan pencuci muka saya ialah Gentle Deep Foaming Cleanser. Sebelum ini memang ada guna pencuci muka jenama lain tapi since kita adalah SID Shaklee rugi kalau tak manfaatkan apa yang Shaklee offer betul tak?



Kenapa saya memilih Gentle Deep Foaming Cleanser? Kerana bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat. Kandungan yang terdapat dalam pencuci muka Shaklee ni ialah Alga Hijau yang fungsinya melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin. Manakala Strawberi Begonia fungsinya ialah mencerahkan dan meratakan tona kulit. Rumpai laut pula berperanan menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit. Yang penting selepas kita menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser kulit muka kita akan rasa lebih lembut dan menyegarkan. Syok tau pegang kulit muka sendiri :) Bonusnya 1 tiub ni boleh bertahan sehingga berbulan lamanya, jimat kan.


Dah la menjimatkan yang paling penting ianya semulajadi, selamat dan berkesan. Go Green With Shaklee.

#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee

Dexandra Perfume Murah Dan Tahan Lama - Dexandra Shah Alam



SUKA PERFUME ?
TAPI SEJAK EKONOMI MELESET NI JARANG BELI PERFUME

Don't worry

Kalau budget kurang, boleh dapatkan #DexandraPerfume dengan saiz 35ml. Sangat praktikal, mudah di bawa ke mana-mana.

Spray sikit pun dah tahan lama

Dress up cun-cun dan handsome-handsome, kalau tak pakai perfume memang tak lengkap :)

Promosi Raya masih berlangsung sebotol RM60, beli 2 botol RM110.

#AgenDexandraShahAlam #AgenDropshipDiperlukan #ExtraIncome 010-2995619






Beg Balik Kampung Beraya Dengan Shaklee - Shaklee Shah Alam


Bila cerita bab balik kampung ni , biasanya saya akan beraya di Shah Alam dulu kemudian baru balik ke Johor. Walaupun balik tak lama tapi tetap juga kena bawa beg baju ya tak. Biasanya seminimum yang mungkin, tak berapa suka bila travel kena angkut banyak-banyak ni. Lagipun En Suami akan menjeling kalau tengok barang terlalu banyak :) Alangkah dia travel 2 bulan sampai ke Mekah pun bawa 1 beg galas sahaja.





Kalau dah namanya berjalan-jalan, vitamin memang kena bawa. Saya akan sediakan 1 beg khas termasuk dengan mineral water. Biasanya saya akan bawa Lecithin,  Omega Guard (membakar lemak), Herb Lax bawa keluar toksin. 3 serangkai ni penting maklumlahkan musim-musim Raya ni banyak makanan minuman yang best-best bukan apa takut terlupa nak kontrol so kena cepat-cepatlah dibuang tak nak simpan lama-lama dalam badan. Nafsu semua tu :) Vitamin lain yang akan dibawa ialah Cinch Tea, Nutriferon dan ostematrix. Ahha tidak dilupakan Foaming Deep Cleanser dan Gentle make up remover (walau tak pakai make up, tetap penting guna ) dah jalan-jalan muka mesti berminyak-minyak, dengan asap , debu lagi kita kasi cuci bersih-bersih. Tinggallah sejarah setiap kali Raya atau travel perut rasa tak selesa dan sebu. Sekarang tidak lagi selepas berShaklee :)

#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee
#PengedarShakleeShahAlam
#RayaSakan
#Syukurselalu

Shaklee First Aid Di Rumah - Shaklee Shah Alam




Kalau nak diikutkan semua vitamin Shaklee nak letak sebagai first aid di rumah. Tapi yang ni memang wajib ada kat rumah dan banyak sangat membantu disaat-saat kecemasan. Contohnya Vitamin E tu, kita mak-mak ni kan rajin memasak dah level wajib memasak setiap hari, ada satu hari tu masa tengah syok menggoreng sotong tetiba minyak meletup, letupan pertama boleh elak lagi masuk letupan kedua ketiga terkena juga betul-betul area mata, kebetulan En Suami outstation. Cepat-cepat ambil Vitamin E pecahkan dan sapu area mata. Alhamdullilah takde parut cuma bawah mata je nampak tanda-tanda penuaan :P. Vitamin E ni juga membantu masa anak-anak bujang jatuh luka walaupun sepatutnya luka tu dijahit tapi sebab dia tak nak Mommy usahakan juga letak Vitamin E setiap hari sampai kering dan parut hampir hilang. Zinc pun bagus untuk pulihkan luka dengan cepat.

Herbal blend tu bagus kalau anak-anak kena rashes ke, kena gigit nyamuk cepat je kesannya hilang  even saya buat untuk mengurut baunya pun best ..nyaman je. Kalau anak-anak demam lumurkan aje satu badan Herbal Blend ni, panas badan akan turun. Vitamin C dan Omega Guard tu sangat-sangat bagus terutamanya jika anak-anak kena selsema dan batuk berkahak, memang sangat membantu.

Manakala Ostematrix membantu kalau badan sakit-sakit atau nak period ke atau sakit kepala, telan je dan slowly dia akan melegakan. Garlic pula berperanan sebagai antibodi. Shaklee adalah semulajadi, berkesan dan selamat. Jom order Shaklee sebagai persiapan menjelang Raya.

#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee
#VitaminRaya
#ShakleeShahAlam

Idola Perniagaan Yang Saya Kagumi - Shaklee Shah Alam


Bila kita sebut idola perniagaan mesti beliau seorang yang sudah berjaya dalam perniagaan dan mempunyai rangkaian perniagaan yang bernilai beratus-ratus juta atau lebih daripada itu. Di samping itu beliau juga memberi kembali kepada masyarakat. Antara kata-kata beliau yang saya suka ialah "Matlamat utama berniaga bukanlah menjadi jutawan tetapi menjadi dermawan. Mudah-mudahan dengan asbab berniaga mengikut sunnah , rezeki kita lebih dan dapat memberi lebih agar hidup diberkatiNya. More you give , more you will get back, samada di dunia atau di sana"

Idola perniagaan yang saya maksudkan ialah Dr Azizan Osman. Sebelum beliau berada di tahap sekarang beliau pernah melalui zaman kejatuhan, tetapi beliau bangkit semula dan mengajak kita semua berubah kepada yang lebih baik dan salah satunya ialah menjalankan perniagaan. Beliau banyak memberi inspirasi kepada mereka yang sedang atau baru nak mula berniaga.




Idola saya dalam perniagaan Shaklee sudah tentu Master Lyna, yang banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing kami dalam perniagaan Shaklee. Usaha mereka suami isteri tidak pernah kenal erti penat lelah sentiasa keluar idea-idea yang kreatif agar kami SID Shaklee dalam grup iReach tidak ketandusan idea dalam perniagaan Shaklee kami. Manakala dalam perniagaan #PerfumeDexandra idola saya ialah Pn Ernayanee sendiri iaitu owner Dexandra , yang mana kewibawaan beliau terserlah dengan membawa kejayaan kepada Dexandra hingga menjadi sebutan dan membantu melahirkan ramai usahawan baru. Saya akan follow idola perniagaan ini rapat-rapat hingga berjaya seperti mereka. Aamiin.


#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee

Hadiah Untuk Suami Hasil Dari Shaklee - Shaklee Shah Alam



Semua orang ada orang tersayang betul tak? Kalau boleh kita nak bagi yang terbaik untuk orang yang kita sayangi. Saya mengimpikan untuk menghadiahkan suami saya editing studio with complete equipment termasuk shooting equipment. Yang mana studio ni adalah yang terbaik di Asia. Kenapa saya nak buat yang terbaik untuk beliau? Kerana kerjaya beliau adalah menghasilkan sesuatu yang kreatif dan ia perlu dilakukan dengan suasana yang tenang dan tidak terlalu stress.




Untuk merealisasikan impian saya, saya perlu bersungguh-sungguh dalam memajukan dan mengembangkan perniagaan saya supaya saya dapat menghadiahkan suami saya, studio idaman beliau, Yang mana bisnes ini juga akan diteruskan oleh anak-anak kami. Tidak mustahil akan tercapai dalam masa beberapa tahun lagi. Semuanya dengan izin Allah. The Power Of Dream :)

#ShakleeShahAlam
#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee

Destinasi Percutian Idaman Kami Sekeluarga - Shaklee Shah Alam


Sudah tentu pilihan destinasi utama kami ialah Mekah dan Madinah untuk menunaikan Haji dan Umrah.  Seterusnya beberapa tempat lagi tapi hajat kami yang paling besar ialah Laluan Sutera China.



Bila bercerita tentang percutian idaman saya ianya agak unik sikit sebabnya ialah kami suami isteri ingin ride bersama atau menaiki kenderaan pacuan 4 roda melalui laluan sutera China dan berakhir di Eropah. Perjalanan ini akan mengambil masa dalam 3 bulan, ya memang agak lama tapi pengalaman musafir yang kita akan dapat tu sangat-sangat berharga, belajar kehidupan masyarakat setempat, makanan, sosioekonomi mereka, menikmati alam semulajadi, perubahan cuaca yang mendadak dan ianya tidak mustahil boleh dilakukan sebab suami saya sendiri telah 2 kali melalui pengalaman tersebut bezanya perjalanan mereka berakhir di Mekah dan seterusnya melakukan Umrah. Antara negara-negara yang akan kami lalui ialah China, Russia dan negara-negara lain.



Kenapa laluan sutera? Mengikut sejarahnya laluan ini merupakan laluan pedagang yang telah menjadi salah satu punca penyebaran kependudukan manusia di muka bumi ini. Hubungan dagang diantara satu wilayah yang kemudian menjangkau satu negara ke satu negara yang lain menjadi penyebab utama kelahiran manusia yang pelbagai ras dan keturunan dimulakan dengan perkahwinan diantara bangsa-bangsa yang berlainan.





Selain dari barang dagangan, laluan penuh bersejarah ini menjadi perantara perkembangan ilmu dan kepakaran di antara negara yang dilalui oleh kabilah-kabilah dagang yang menggunakan laluan sutera. Selain itu, laluan ini juga menjadi perantara perkembangan agama khususnya Agama Islam.





Untuk merealisasikan impian kami, belanjanya memang besar. Oleh itu kami sudah memikirkan cara untuk menyimpan dari sekarang, mana tau dari perniagaan yang saya sedang lakukan ini boleh membawa kami mengembara merentas benua. Selain itu penting bagi kami menjaga kesihatan, bukan mudah perjalanan yang akan ditempuh. Sudah tentu ada target untuk kami memulakan perjalanan ini, saya bercadang dalam masa 7 tahun lagi. Doakan kami berjaya ya :)

#tsunamiShaklee
#hunt2shaklee

Bagaimana Penghantaran Vitamin Shaklee DiUruskan - Shaklee Shah Alam





Kali ini saya akan bercerita tentang bagaimana saya menguruskan penghantaran Vitamin Shaklee kepada para customers saya. Penghantaran boleh dilakukan dengan dua cara iaitu COD dan penghantaran melalui courier service yang dilantik oleh pihak Shaklee iaitu Gdex dan CityLink mengikut kawasan. Ni yang seronoknya bisnes Shaklee, sebab ianya sangat mudah dari segi pengurusan masa dan penghantaran vitamin sebab ianya bersistematik.



Sangat sesuai untuk mereka yang surirumah atau mereka yang berkerjaya dan mempunyai anak-anak kecil. Tidak perlu keluar rumha semuanya hanya dihujung jari. Apabila order masik dan duit telah dimasukkan oleh customer, saya akan terus login web Shaklee iaitu Shaklee2u.com, key in vitamin yang diorder, submit order dan buat pembayaran. Kan senang dan mudah tu :). Hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk submit order. Jika order dibuat sebelum kul 12pm, biasanya keesokkan harinya customer akan terima vitamin kecuali pihak courier terlewat disebabkan barang terlalu banyak atau tempat yang dituju agak jauh.


Manakala untuk COD biasanya saya akan terangkan dulu kepada customer jika saya ada menyimpan stok yang lebih di rumah. Jika tidak saya akan order dulu melalui web shaklee2u.com dan seterusnya buat penghantaran kepada customer. Biasanya tempat perjumpaan kami adalah kawasan yang mudah di cari seperti stesen minyak, tapi kalau jiran-jiran yang order hantar naik basikal pun boleh :) Kadangkala saya juga hantar vitamin kepada customer melalui perkhidmatan #Poslahu tiada masalah pun untuk uolls terima parcel vitamin terbaik ni.


Setakat ini perkhidmatan yang ditawarkan oleh Shaklee tidak menghampakan. Zaman sekarang semuanya online. Memudahkan dan menjimatkan masa kita. Psst kotak Shaklee tu cantik tau dan boleh dibuat recycle.




Kisah Penurunan Berat Badan En Suami Dengan Shaklee - Shaklee Shah Alam



Actually masa zaman student En Suami memang kuat bersukan selepas tu bekerja yang mana waktu kerja tak tentu masa maklumlah orang tv :). Bila waktu kerja tak tentu masa, makan minum pun tak terjaga, nak bersukan pun takde masa maka berat badan pun bertambah, selepas berkahwin isteri pula pandai masak (ehem memandai je) maka berat badan pun semakin bertambah.


Sebagai isteri takkan kita nak biarkan je ya tak, kesihatan tu penting. Lebih-lebih zaman sekarang ni macam-macam penyakit jika kita tak kawal makan dan bersenam. Sampailah saya dipertemukan dengan Shaklee dan kebetulan pula En Suami keluar bermusafir selama 2 bulan. Maka saya pun bekalkan En Suami #Lecithin dan #Ostematrix yang mana sangat membantu semasa beliau bermusafir. Permusafiran beliau selama 2 bulan ialah menaiki motor/4wd dari Malaysia ke Mekah. Bukan calang-calang cabarannya naik turun gunung, melalui padang pasir, gurun sejuk, gurun panas.  Alhamdullilah, yang pasti 2 vitamin ni beliau tak tinggal diambil setiap hari dan ia banyak membantu sepanjang perjalanan tersebut. Secara tak langsung memberi tenaga dan berat semakin turun.


Bila dah balik Malaysia, En Suami aktif semula dengan sukan kegemaran beliau iaitu Sukan Takraw. Dapat pula team yang aktif hampir setiap hari beliau bersukan. Selain dari kita kawal makanan, mengambil makanan tambahan, aktiviti bersukan juga membantu menurunkan berat badan. Hasilnya En Suami turun berat badan hampir 15kg bukan secara drastik tapi secara berperingkat. Terima kasih Shaklee ;)



Kelebihan Lecithin dan Ostematrix


Lecithin

Lecithin terkenal sebagai pelarut kolesterol. Ia membersihkan plak-plak di dalam salur darah



Ostematrix

Ostematrix
 membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat  berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas.




Berita baik untuk anda yang ingin berjimat dan ingin menurunkan berat badan, bulan ni Shaklee menawarkan promo Lecithin beli 3 PERCUMA 1. Segera whatsapp 010-2995619



Bau Perfume Yang Lembut, Fresh - Dexandra Shah Alam


Pernah tak  kadang-kadang kita tak boleh tahan dengan bau yang terlalu kuat atau strong atau keras. Yang mana bauan ini akan menyebabkan kita rasa pening atau sesak nafas. Tapi dalam masa yang sama kita nak perfume yang baunya lembut dan fresh. Dan kita rasa lebih relaks dan tenang.


Bagi uolls nak perfume yang feminine, elegant dan soft , saya cadangkan Versace Bright Crystal dengan gabungan flora + Aquatic + Fresh + Citrus dan Woody membuatkan anda dan orang sekeliling rasa fresh seumpama di tepi pantai atau dalam alam flora yang mendamaikan.




Dexandra perfumes adalah perfumes EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original. Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan ke atas dan jika baunya serasi dengan pemakai ia tahan sehinggan 1 hari dan 2 hari pada pakaian.


Diinspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA. Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.

@ Produk Bumiputra Halal
@ Tahan Lama (More than 8 hours)
@ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
@ Pati original & Alkohol First Grade
@ Setanding produk Antarabangsa
@ Haruman terkenal (Top Perfume) - Inspirasi dari perfumes JENAMA ANTARABANGSA
@ Boleh dibawa solat
@ READT STOCK
@ Menepati citarasa & Permintaan Rakyat Malaysia
@ 35ml, EDP

Harga Promosi

1 botol RM60 sm/ RM65 ss
2 botol RM110 sm / RM120 ss

Setiap pembelian akan berpeluang memenangi LUCKY DRAW

Berminat, whatsapp ler 010-2995619. Nak extra income? Dropship dan Agen juga dialu-alukan.

Dexandra Perfume List Wangian Pilihan Masa Kini - Dexandra Shah Alam






Sebenarnya Dexandra ni memang banyak pilihan wangiannya, uolls pilh je list yang akak dah bagi tu. Memang sangat berbaloi dengan wang uolls laburkan , dah lah tu tahan lama dan sangat menjimarkan berbanding uolls beli di kaunter.


Apa pilihan wangian uolls?

Fenomena Dexandra sekarang memang tak terbendung dah semakin berleluasa. Meh la join sama fenomena ni uolls, memang takkan menyesal, dah tak yah membazir beli perfume yang ratus-ratus, ribu-ribu RM tu. Dexandra kan ada .. murah je.


Akak juga tengah mencari Dropship/Agen seluruh Malaysia ni. Jomlah join team akak yang ohsem ni. Kita mewangi dan tambah pendapatan bersama-sama ya :)

Hubungi 010-2995619




Tip Anak-anak Mengatasi Sembelit Semasa Bulan Puasa - Shaklee Shah Alam








Bagi anak-anak yang tengah berpuasa mungkin mereka kurang minum air kosong, makan sayur atau buah-buahan selepas berbuka dan lebih menggemari air yang manis-manis. Penyudahnya mereka mengalami sembelit atau beberapa tidak ke tandas untuk membuang air besar. Akibatnya perut rasa tidak selesa, pening kepala dan mungkin lebih teruk akan muntah-muntah dan demam.


Ini boleh menggangu rutin mereka berpuasa. Cadangan saya ialah mengambil Mealshakes yang mana ia membantu mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak, orang dewasa pun boleh minum bagi mereka yang mengalami sembelit dan tidak suka makan vitamin dalam bentuk kapsul.


Kebaikan Mealshakes Kepada Anak-anak Anda



1. Nutrisi Lengkap 

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal Nurtrisi Kepada Sel Tubuh

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran 

Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. Anti oksida 

Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan Seri Wajah 

Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

6. Detokfikasi 

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Mealshakes minuman yang lazat untuk diambil bersama fraktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Berita baik untuk penggemar MealShakes bulan ni Shaklee menawarkan beli 3 botol anda dapat 1 botol percuma yang bernilai RM113.75, Hubungi saya dengan segera.


Dexandra Perfume Harga Murah - Dexandra Shah Alam




Dexandra ni jarang sangat nak buat sales walupun takde sales tapi mampu milik berbanding harga-harga di pasaran yang dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Dexandra hanya RM65 sm/ RM70 ss.

Yang bestnya promosi sales sekarang sehingga RM55 sebotol jika uolls beli 2 botol. Ya Allah jimatkan? Baik beli sekarang, boleh beli berbotol-botol untuk keluarga sekali berjimat. Bagi hadiah ker kan? Mesti happy seluruh keluarga dapat perfume baru.

Selain itu dapat lagi free gift dari agen-agen kami ... best kan.

Yang tak pernah mencuba inilah masanya untuk mencuba. Pasti jatuh cinta dengan semburan pertama ... hehe.

Jom dapatkan Dexandra Perfume sekarang 010-2995619







10 Khasiat dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian - Shaklee Shah Alam




Dah lama sebenarnya nak makan chia seed ni tapi asyik la duk bertangguh, orang lain dah bertahun-tahun makan, kita baru nak mula. Last week gagahkan diri juga ke Cosway maka dapatlah 1 peket chia seed tapi buat permulaan beli dulu yang paket kecil. Di pasaraya seperti AEON pun ada jual chia seed ni, di bahagian organik.


Permulaan makan chia seed ni ialah waktu sahur, saya rendam dulu sebelum tidur. Bila bangun untuk sahur dia dah kembang setaman, semua yang bersahur wajib minum hehe anak-anak pun pelik biji apa la mommy dia masukkan dalam air masak mereka. Memang kembang dan likat, alaa macam biji selasih tapi chia seed lagi banyak khasiatnya. Dalam masing-masing sibuk bertanya, mereka minum dan telan, Alhamdullilah.


Biji chia atau chia seed, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Perbezaan dengan biji selasih ialah biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam dalam air manakala chia seed pula boleh ditaburkan atau dicampurkan saja ke dalam jus, yogurt, puding salad, rawfood malahan ke dalam nasi putih juga atau hanya direndamkan dalam air putih sahaja.


10 Khasiat Dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian





1. Dapat Melawan Diabetes

Chia seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi salah satu rawatan semulajadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman.

2. Mengandungi Serat Yang Banyak

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan chia seed dalam menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang mana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang dan dapat mencegah osteoperosis.

4. Mempunyai Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan satu hidangan chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.


5. Lebih Banyak Fosforus

Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6, Kaya Dengan Protein

Biji chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam 28 gram hidangan biji chia seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

7. Dapat Menstabilkan Gula Dalam Darah

Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhannya.

8. Mudah Berasa Kenyang

Tryptophan adalah merupakan sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji chia seed. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk sekepas makan, namuk ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ianya juga boleh juga meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa  yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan Kaya Dengan Omega 3

Biji chia seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega 3 dengan mempunyai hampit 5 gram dalam setiap hidangan aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Banyakkan khasiat chia seed ni, nak lagi sedap kita tambah dalam ESP Shaklee semasa sahur atau sarapan pagi. Nak buat overnight oats pun boleh letak chia seed ni.

Apa Itu Dexandra.com - Dexandra Shah Alam






Sana sini viral kisah Dexandra, ada yang tau, ada yang tak ambil pusing dengan memikirkan takkan sama dengan perfume yang dibeli di kaunter tapi sebelum uolls cuba memang takkan tahu tentang kelebihan Dexandra ni :)


Kelebihan Dexandra Yang Patut Anda Tahu


Dexandra perfumes adalah perfumes EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original. Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan ke atas dan jika baunya serasi dengan pemakai ia tahan sehinggan 1 hari dan 2 hari pada pakaian.


Diinspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA. Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.

@ Produk Bumiputra Halal
@ Tahan Lama (More than 8 hours)
@ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
@ Pati original & Alkohol First Grade
@ Setanding produk Antarabangsa
@ Haruman terkenal (Top Perfume) - Inspirasi dari perfumes JENAMA ANTARABANGSA
@ Boleh dibawa solat
@ READT STOCK
@ Menepati citarasa & Permintaan Rakyat Malaysia
@ 35ml, EDP

Harga Promosi

1 botol RM60 sm/ RM65 ss
2 botol RM110 sm / RM120 ss

Setiap pembelian akan berpeluang memenangi LUCKY DRAW

Berminat, whatsapp ler 010-2995619. Nak extra income? Dropship dan Agen juga dialu-alukan.



Tip Elakkan Mengantuk Semasa Solat Tarawikh - Shaklee Shah Alam





Pemandangan biasa bila dalam jemaah yang ramai, ada yang menguap, ada yang tersenguk-sengguk mengantuk. Apabila Imam membaca panjang, lagilah terbuai-buai kadar mengantuk yang tinggi. Setiap kali salam mata akan terpejam.

Bagaimana kita nak mengatasi atau mengelak mengantuk yang teramat sangat semasa menunaikan solat semasa bulan Ramadhan. Sebenarnya ia bergantung kepada pengambilan makanan dan minuman yang kita ambil semasa berbuka puasa.

Realitinya di Malaysia kita terlalu mewah dengan makanan. Mesti nak berbuka dengan nasi, mesti nak ada kuih muih yang manis-manis, yang masin-masin, itu belum lagi menjengah ke bazar makanan dengan deretan makanan yang mengancam selera yang dah berpuasa seharian. Makanan-makanan yang kita makan ni termasuk dalam kategori karbohidrat ringkas, bila kita makan makanan itu akan membentuk lebih banyak karbon oksida.

Bila karbon oksida banyak, badan kita akan jadi letih dan lemah. Hah masa tu lah mengantuk pun bertandang. Terlebih garam pun akan menyebabkan badan kita jadi letih dan berat. Garam mengumpul air dibahagian yang tidak sepatutnya. Otak jadi tidak aktif, fikiran melayang, banyak benda yang muncul dalam fikiran,  mengakibatkan kita menguap, rasa letih, mengantuk dan berakhir dengan terlelap.

Sebaik-baiknya kita

1. Kita mengambil makanan yang kurang masin
2. Makan makanan yang dalam kategori kompleks karbohidrat
3. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran


Mengambil makanan yang betul membantu kualiti ibadah kita. Membantu otak menjadi aktif. Mengambil minuman kurang gula juga membantu meningkat fokus. Fikiran kita tidak melayang, solat kita lebih khusyuk, bacaan lebih bagus dan zikir kita lebih melekat.


Bagaimana Shaklee Membantu Anda Mengatasi Rasa Mengantuk Semasa Bulan Puasa

Cinch Tea Mix Energy



Fungsi ekstrak di dalam Cinch Tea Energy

1) Matcha Green Tea

    anti oksida yang sangat tinggi

    energy booster

    metabolisma booster

    bakar kalori up to 4x


2) Taurina

    menggalakkan metabolisma

    lebih bertenaga

    larutkan lemak

    membantu menghasilkan otot tanpa lemak


3) White Tea

     membakar lemak-lemak berlebihan

     menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu

     meningkatkan metabolisma

     juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi

     berbanding teh hijau


4) Rooibos Red Tea


    tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai " The Miracle Tea" atau " Long Life Tea"

    melarutkan lemak

    meninggikan kadar metabolisma iaitu pembakaran lemak

    agen detox yang kuat


5) Red Tea

    salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah yang dikenali sebagai polifenol

    pejuang kanser yang kuat

    polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas

    merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen

    yang boleh menghalang tumor dari merebak.


Cinch Tea ni kalau kita gabungkan dengan Performance Drink wah lagi sedap dan menyegarkan.

Performance Drink



1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.


2. Membekal Tenaga Dan Ketahanan Fizikal

Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium kalsium, sodum, phosphorus magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.


3. Mencegah Penyahidratan

Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.


4. Mengekalkan Paras Gula

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan  percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Minuman ini juga boleh diambil semasa sahur :)


Berminat nak order Performance Drink dan Cinch Tea Energy, whatsapp : 010-2995619

Kisah Seorang Jutawan Yang Hebat - Shaklee Shah Alam


Kisah seorang jutawan hebat connection beliau dengan Allah. Kisah ini saya copy paste dari Facebook. Sangat memberi inspirasi, semoga kita dapat follow amalan beliau, walau tak dapat ikut semua tapi jangan kita tinggalkan semua.


Income RM2 juta sehari? Woww!!

Salah satu cara saya untuk motivate diri ialah mendengar kisah orang yang dah berjaya.

Saya pernah jumpa orang yang pernah buat keuntungan bersih RM48k sehari. Waktu itu otak agak berat nak terima sebab masih newbie tapi saya cuba expand dan digest juga.

Lepas tu jumpa seorang hamba Allah ni boleh buat keuntungan RM5 juta sebulan. Saya ingat tu dah cukup power tapi baru-baru ini saya berbual dengan seorang kawan tentang seorang hamba Allah ni yang mampu mendapat keuntungan RM2 juta sehari, sebulan sekitar RM60 juta.

My mind blowing. Then kawan saya cerita lagi bagaimana hamba Allah ni mampu buat RM2 juta sehari. Dia bangun jam 4 pagi terus ke masjid dan bertahajud seorang diri. Dia sampai paling awal dan balik paling lambat.

Mula dengan solat Tahajud, kemudian solat Taubat, diikuti solat Hajat, disambung dengan solat sunat Subuh 2 rakaat. Sementara menunggu solat Subuh dia akan baca Al Quran. Selepas solat Subuh dia akan menunggu waktu untuk Dhuha 8 rakaat. Dia akan qhada solat selepas Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Setiap hari dia akan solat lebih kurang 50 rakaat.

Lepas saya dengar kisah ini, saya terus faham kenapa dia layak untuk dapat RM2 juta sehari. Connection dia sangat tinggi dengan Allah. Saja saya kosngsikan kisah ini untuk kita belajar sesuatu. In Shaa Allah.

Jika bermanfaat boleh syer. Harap dapat sesuatu.

#TAK DAPAT FOLLOW SEMUA AMALAN BELIAU, JANGAN TINGGALKAN SEMUA#

Credit: Diana Jamil



Info Kesihatan Semasa Bulan Puasa


Bagi anda yang sering sembelit sewaktu bulan puasa boleh klik Sembelit

Ibu Menyusu yang ingin berpuasa dan mencari vitamin yang sesuai klik Ibu Menyusu

Ibu Hamil yang ingin berpuasa dan tidak mahu terlalu letih klik Ibu Hamil

Mereka yang sering alami gastrik semasa bulan puasa klik Gastrik Semasa Puasa

Dexandra Perfume Yang Bau Manis - Dexandra Shah Alam







Suka dengan bau-bauan yang manis?

Bau yang manis ni memang bau kegemaran akak dik. Ini antara koleksi Dexandra yang bau manis,

Bombshell

Our Moment

Moon Sparkle

Ralph Lauren

Addict 2

Signorina

Midnite Fantasy

Fantasy Pink

Miracle

Wah banyaknya pilihan kan. Dahlah 35ml EDP, tahan lama dan murah pulak tu. Kalau tak tau nak pilih yang mana meh sini akan rekemenkan.

1 botol RM60 (NP : RM65)
2 Botol RM110 (Np : RM120)
(tidak termasuk pos)


Nak whatsapp : Silakan  010-2995619
Nak whatsapp : Silakan  010-2995619
Nak whatsapp : Silakan  010-2995619


Psst .... ada FREE GIFT untuk belian 2 botol ke atas :)


‪#‎DexandraPerfumes‬ ‪#‎DropshipAgentWanted‬
‪#‎OhsemDeXandra‬ ‪#‎dexandra‬ ‪#‎dexandramurah‬ ‪#‎dexandramalaysia‬ ‪#‎sayajual‬ ‪#‎perfumeshop‬ ‪#‎perfume‬ ‪#‎perfumes‬ ‪#‎perfumemurah‬ ‪#‎perfumemalaysia‬
#DeXandraPerfumes



Paras Kolesterol 9.6 Juta Rakyat Malaysia Tinggi - Shaklee Shah Alam




Suatu fakta yang menakutkan tapi dalam masa yang sama masih kurang rajin nak jaga kesihatan sepatutnya bulan Ramadhan ni lagi kita boleh kawal pemakanan kita tapi kita terleka dengan juadah berbuka puasa yang beraneka jenis yang semuanya kita nak sumbat dalam badan kita. 

Dalam entri ini, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang kolesterol, jenis dan fungsi kolesterol, kesan dan cara-cara mengawal kolesterol.




Apa sebenarnya maksud Kolesterol?


Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisme serta penghasilan hormon.

Dalam erti kata lain kalau kolesterol takde pun tak boleh. Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai lipoprotein. Lipoprotein ini terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengar tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL lebih memberi kesan kepada kesihatan kita.


Ada 2 Jenis Kolesterol


Ada 2 jenis lipoprotein yang membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (Low Density Lipoprotein) dan yang satu lagi dipanggil HDL (High Density Lipoprotein)

LDL ni lebih dikenali dengan 'kolesterol jahat". Jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

Makakala HDL pula dikenali sebagai "kolesterol baik". Kerana ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri. 

Maknanya kolesterol ini penting juga bukan semuanya kita kena singkirkan.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.


Fungsi-fungsi Kolesterol

Terdapat beberapa fungsi kolesterol di dalam badan kita. Antaranya ialah 

1. Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.

2. Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.

3. Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.

4. terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.

5. Menjaga "pintu pagar" sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.

6. Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak

7. Menjadi penebat kepada jaringan saraf.

8. Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.


Tahap Normal Kolesterol

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120 - 200mg/dll, dengan HDL melebihi 40mg/dll dan LDL kurang dari 130 mg/dll


Kesan Yang Berlaku Jika Kolesterol Bukan Di Tahap Yang Sepatutnya.

1. Strok

2. Serangan Jantung

3. Penyempitan Arteri

4. Darah Tidak Mengalir Dengan Baik


Cara-cara Mengawal Paras Kolesterol


1. Mengawal Diet - Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh kerana ambillah makanan yang sebenar dan lemak yang berkualiti.

2. Perbanyakkan Aktivit Fizikal - Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi. Maka, banyakkan aktiviti fizikal seperti naik turun tangga, bersenam, berbasikal dan sebagainya.

3. Menurunkan Berat Badan - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menghadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.


Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Anda?

Jika anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, sila rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen.

Pengambilan suplemen Shaklee yang konsisten dan mengamalkan tips seperti di atas, boleh membantu anda. Ingat suplemen bukanlah ubat magik yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.


Lecithin

Lecithin terkenal sebagai pelarut kolesterol. Ia membersihkan plak-plak di dalam salur darah


Omega Guard 

EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol jahat LDL


Garlic Complex

Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Berita baik bulan ni Lecithin dan Mealshake ada promo beli 3 Percuma 1. Jangan lepaskan peluang ini Melashakes juga sangat bagus untuk anak-anak yang tengah berpuasa. Hubungi 010-2995619







Cara Solat Terawikh Sendirian Di Rumah - Shaklee Shah Alam








Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. 

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.


#copypaste

Bagi ibu-ibu  menyusu yang sering keletihan semasa berpuasa boleh klik Vitamin Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusu




Promosi Raya Dexandra 2016 - Dexandra Shah Alam





Dalam ertikata lain rugi tau kalau uolls lepaskan peluang keemasan ni. Selalu tengok-tengok je, dah sampai masanya uolls membeli, memang berbaloi sebab banyak penjimatan di situ. Nak harga macam ni, masa promosi je dapat. Mewangi bersama Dexandra, wangian kehidupan.


APA KELEBIHAN DEXANDRA

Setanding Perfume Original

Tahan Lama

Boleh dibawa solat

Mudah dibawa ke mana-mana sahaja

EDP = 35ml


Yang paling istimewa untuk harga Agen juga berubah. Jom sertai team kami dan uolls boleh mewangi dan menambah pendapatan. Nak Raya kan memang perlukan extra income.

Nak tau macam mana caranya menjadi Agen atau dropship. Sila klik Agen Dexandra

Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 2016 Negeri Selangor - Shaklee Shah Alam






Alhamdullilah dipertemukan lagi kita dengan Ramadhan pada tahun ini, bulan yang penuh keberkatan. Semoga perkongsian jadual Imsak Dan Berbuka Puasa ini dapat membantu kita untuk menjalani ibadah puasa.


Seperti yang kita sedia maklum bulan puasa ini bagi kita yang tinggal bandar besar, kesesakan jalanraya biasanya adalah luar biasa terutamanya seminggu pertama puasa, cadangan saya ialah sediakan air dan kurma untuk berbuka di dalam beg atau kereta, agar anda tidak terlepas waktu berbuka.


Untuk makluman juga bulan ini Shaklee ada menawarkan promo yang istimewa, juga sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau turunkan kolesterol maklumlah bulan puasa ni seleranya lain macam, nak-nak bagi mereka yang mengunjungi bazar Ramadhan :) Saya akan guide cara makan Lecithin.




Manakala untuk anak-anak pula yang mungkin agak susah untuk bersahur, uolls boleh bekalkan MealShakes dan Vitalea For Kids.




Hubungi saya SID Shaklee anda Whatsapp/Telegram : 010-2995619



CARA LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN - Dexandra Shah Alam



Selamat Menyambuy Ramadhan Al Mubarak ...

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan dipenuhi dengan amal ibadat serta semoga Allah merahmati kita dan keluarga semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin.






*Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)* نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala Lafaz
*Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)* نَوَيْتُ صَوَْ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
*BACAAN DOA BERBUKA PUASA* اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Bahasa rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
*Semoga dipermudahkan dan MANFAAT....*