10 Khasiat dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian - Shaklee Shah Alam




Dah lama sebenarnya nak makan chia seed ni tapi asyik la duk bertangguh, orang lain dah bertahun-tahun makan, kita baru nak mula. Last week gagahkan diri juga ke Cosway maka dapatlah 1 peket chia seed tapi buat permulaan beli dulu yang paket kecil. Di pasaraya seperti AEON pun ada jual chia seed ni, di bahagian organik.


Permulaan makan chia seed ni ialah waktu sahur, saya rendam dulu sebelum tidur. Bila bangun untuk sahur dia dah kembang setaman, semua yang bersahur wajib minum hehe anak-anak pun pelik biji apa la mommy dia masukkan dalam air masak mereka. Memang kembang dan likat, alaa macam biji selasih tapi chia seed lagi banyak khasiatnya. Dalam masing-masing sibuk bertanya, mereka minum dan telan, Alhamdullilah.


Biji chia atau chia seed, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Perbezaan dengan biji selasih ialah biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam dalam air manakala chia seed pula boleh ditaburkan atau dicampurkan saja ke dalam jus, yogurt, puding salad, rawfood malahan ke dalam nasi putih juga atau hanya direndamkan dalam air putih sahaja.


10 Khasiat Dan Kebaikan Chia Seed Untuk Diet Harian





1. Dapat Melawan Diabetes

Chia seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi salah satu rawatan semulajadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman.

2. Mengandungi Serat Yang Banyak

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan chia seed dalam menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang mana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang dan dapat mencegah osteoperosis.

4. Mempunyai Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan satu hidangan chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.


5. Lebih Banyak Fosforus

Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6, Kaya Dengan Protein

Biji chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam 28 gram hidangan biji chia seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

7. Dapat Menstabilkan Gula Dalam Darah

Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhannya.

8. Mudah Berasa Kenyang

Tryptophan adalah merupakan sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji chia seed. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk sekepas makan, namuk ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ianya juga boleh juga meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa  yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan Kaya Dengan Omega 3

Biji chia seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega 3 dengan mempunyai hampit 5 gram dalam setiap hidangan aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Banyakkan khasiat chia seed ni, nak lagi sedap kita tambah dalam ESP Shaklee semasa sahur atau sarapan pagi. Nak buat overnight oats pun boleh letak chia seed ni.

Labels: