Destinasi Percutian Idaman Kami Sekeluarga - Shaklee Shah Alam


Sudah tentu pilihan destinasi utama kami ialah Mekah dan Madinah untuk menunaikan Haji dan Umrah.  Seterusnya beberapa tempat lagi tapi hajat kami yang paling besar ialah Laluan Sutera China.



Bila bercerita tentang percutian idaman saya ianya agak unik sikit sebabnya ialah kami suami isteri ingin ride bersama atau menaiki kenderaan pacuan 4 roda melalui laluan sutera China dan berakhir di Eropah. Perjalanan ini akan mengambil masa dalam 3 bulan, ya memang agak lama tapi pengalaman musafir yang kita akan dapat tu sangat-sangat berharga, belajar kehidupan masyarakat setempat, makanan, sosioekonomi mereka, menikmati alam semulajadi, perubahan cuaca yang mendadak dan ianya tidak mustahil boleh dilakukan sebab suami saya sendiri telah 2 kali melalui pengalaman tersebut bezanya perjalanan mereka berakhir di Mekah dan seterusnya melakukan Umrah. Antara negara-negara yang akan kami lalui ialah China, Russia dan negara-negara lain.



Kenapa laluan sutera? Mengikut sejarahnya laluan ini merupakan laluan pedagang yang telah menjadi salah satu punca penyebaran kependudukan manusia di muka bumi ini. Hubungan dagang diantara satu wilayah yang kemudian menjangkau satu negara ke satu negara yang lain menjadi penyebab utama kelahiran manusia yang pelbagai ras dan keturunan dimulakan dengan perkahwinan diantara bangsa-bangsa yang berlainan.





Selain dari barang dagangan, laluan penuh bersejarah ini menjadi perantara perkembangan ilmu dan kepakaran di antara negara yang dilalui oleh kabilah-kabilah dagang yang menggunakan laluan sutera. Selain itu, laluan ini juga menjadi perantara perkembangan agama khususnya Agama Islam.





Untuk merealisasikan impian kami, belanjanya memang besar. Oleh itu kami sudah memikirkan cara untuk menyimpan dari sekarang, mana tau dari perniagaan yang saya sedang lakukan ini boleh membawa kami mengembara merentas benua. Selain itu penting bagi kami menjaga kesihatan, bukan mudah perjalanan yang akan ditempuh. Sudah tentu ada target untuk kami memulakan perjalanan ini, saya bercadang dalam masa 7 tahun lagi. Doakan kami berjaya ya :)

#tsunamiShaklee
#hunt2shaklee

Labels: