Idola Perniagaan Yang Saya Kagumi - Shaklee Shah Alam


Bila kita sebut idola perniagaan mesti beliau seorang yang sudah berjaya dalam perniagaan dan mempunyai rangkaian perniagaan yang bernilai beratus-ratus juta atau lebih daripada itu. Di samping itu beliau juga memberi kembali kepada masyarakat. Antara kata-kata beliau yang saya suka ialah "Matlamat utama berniaga bukanlah menjadi jutawan tetapi menjadi dermawan. Mudah-mudahan dengan asbab berniaga mengikut sunnah , rezeki kita lebih dan dapat memberi lebih agar hidup diberkatiNya. More you give , more you will get back, samada di dunia atau di sana"

Idola perniagaan yang saya maksudkan ialah Dr Azizan Osman. Sebelum beliau berada di tahap sekarang beliau pernah melalui zaman kejatuhan, tetapi beliau bangkit semula dan mengajak kita semua berubah kepada yang lebih baik dan salah satunya ialah menjalankan perniagaan. Beliau banyak memberi inspirasi kepada mereka yang sedang atau baru nak mula berniaga.




Idola saya dalam perniagaan Shaklee sudah tentu Master Lyna, yang banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing kami dalam perniagaan Shaklee. Usaha mereka suami isteri tidak pernah kenal erti penat lelah sentiasa keluar idea-idea yang kreatif agar kami SID Shaklee dalam grup iReach tidak ketandusan idea dalam perniagaan Shaklee kami. Manakala dalam perniagaan #PerfumeDexandra idola saya ialah Pn Ernayanee sendiri iaitu owner Dexandra , yang mana kewibawaan beliau terserlah dengan membawa kejayaan kepada Dexandra hingga menjadi sebutan dan membantu melahirkan ramai usahawan baru. Saya akan follow idola perniagaan ini rapat-rapat hingga berjaya seperti mereka. Aamiin.


#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee

Labels: