Tip Khatam Al Quran Dalam Bulan Ramadhan - Shaklee Shah Alam


Entri kali ini saya akan kongsikan Tip Khatam Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.




Tipnya ialah kita baca 4 muka surat x 5 kali solat = 1 Juzuk. In Shaa Allah boleh. Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu

2 mukasurat sebelum solat fardhu
2 mukasurat selepas solat fardhu


Memandangkan ramai diantara kita yang bekerja, uolls boleh sesuaikan masa untuk baca Al Quran, mungkin sebelum masuk waktu pejabat atau semasa waktu rehat tengahari, juga fitrah seorang wanita "kawan baik" yang datang setiap bulan.

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, In Shaa Allah kita boleh mengkhatamkan Al Quran yang padanya ada 30 juzuk tu.

Saya juga ingin berkongsi beberapa perkara, menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini


1. Tilawah Al Quran sejuzuk sehari paling kurang
2. Solat Tarawikh minima 8 rakaat setiap malam
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari
5. Solat fardhu berjemaah 5 waktu setiap hari
6. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat
7. Solat dhuha setiap pagi
8. Sedekah setiap hari
9. Pastikan sahur setiap hari
10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit
11. Tadarus Al Quran sambil usaha memahami maksudnya
12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik
13. Kurangkan ziarah ke bazar Ramadhan
14. Jauhkan aktiviti yang lagha
15. Zikir harian, banyakkan berdoa
16. Lazimi bibir beristghfar
17. Mudah memohon maaf dan memberi maaf
18. Menjaga dan menghubung silatrahim
20. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
21. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang dilarang
22. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka
23. Perbanyakkan amalan-amalan sunat
24. Lazimi sunnah Rasullulah yang ringan tulang dalam urusan rumahtangga (terutama suami dan anak-anak lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah.
27. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang ditetapkan
28. Ikhlaskan hati kerana Allah, hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terkahir kita.


Info Kesihatan Semasa Bulan Puasa


Bagi anda yang sering sembelit sewaktu bulan puasa boleh klik Sembelit

Ibu Menyusu yang ingin berpuasa dan mencari vitamin yang sesuai klik Ibu Menyusu

Ibu Hamil yang ingin berpuasa dan tidak mahu terlalu letih klik Ibu Hamil

Mereka yang sering alami gastrik semasa bulan puasa klik Gastrik Semasa Puasa

Labels: