Resepi Mudah Laksa Johor Simple Dan Sedap


Kali ini saya akan kongsikan resepi mudah laksa Johor yang diwarisi dari bonda saya. Laksa Johor  ni special sikit sebab dia menggunakan spaghetti, bagi yang anak-anak suka pasta memang laju la anak-anak makan :)





Bahan-bahan


1 paket spaghetti - untuk 10 orang makan 
Ikan kembung 1kg (boleh guna ikan parang, ikan sardin atau ikan tenggiri) ikut budget masing-masing
1 setengah paket kecil rempah kari ikan Adabi
Kerisik 1 paket kecil
Asam keping 2 keping
2 cawan santan pekat
Garam 
Bunga Kantan
Daun kesum
Minyak masak untuk menumis

Jika nak pedas boleh tambah cili kisar

Option : Boleh tambah udang kering


Bahan Kisar

Bawang merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Serai 3 batang
Halia 1 inci


Ulaman

Bunga kantan dihiris halus
Daun kesum dihiris halus
Timun dibuang empulur dan dipotong bulat-bulat
Taugeh
Lobak Asin diracik halus
Bawang besar diracik bulat halus

Cara-caranya

Ikan dibersihkan dan rebus sehingga masak. Air rebusan ikan jangan buang. Kisar isi ikan yang telah direbus dan dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan. Ketepikan.


Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama 1 minit (anggaran). Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi 5 minit (anggaran).

Masa ni boleh masukkan cili kisar (jika mahu) dan masak hingga terbit minyak. Bila terbit minyak masukkan isi ikan yang dikisar. Kacau rata, masukkan air dalam 3 cawan dan masukkan 2 cawan santan. Boleh juga masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila dah mendidih masukkan udang kering (jika mahu) dan kerisik. Perisakan dengan garam.

Kuah laksa Johor agar pekat, kena pandai agak-agak jumlah sukatan air mengikut kesukaan kita.

Spaghetti

Masak air dalam periuk. Letak garam dalam air , setelah air mendidih masukkan spaghetti dan masak sehingga kenyal, tapis dan siram air sejuk hingga hilang panasnya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.





Saya suka pintal spaghetti supaya mudah untuk diambil :) Cantik sikit la kan hehe.

Sambal Belacan

Yang ni jangan dilupa tak lengkap rasanya kalau takde sambal belacan, Ikut version uolls macam mana buat sambal belacan.


Cara-cara Menghidang

Letak spaghetti dalam mangkuk, tuangkan kuah, tabur ulam-ulaman dan makan dengan sambal belacan. Wallah selamat menjamu selera :)




Sate Kebab Akmal Untuk Jamuan - Sate Kebab Akmal Shah Alam



Anak-anak dah request potluck jamuan Raya di sekolah? Kawasan perumahan pun nak buat jamuan Raya.

Pening nak masak apa yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Apakata uolls order Sate Kebab dengan saya, penghantaran boleh dibuat disekitar Shah Alam.

Ada 3 perisa beriani, black pepper dan pedas.

Whatsapp/Telegram/Message : 010-2995619


#PengedarSateKebabAkmalShahAlam

#SayajualSatekebab
#MuslimProduct
#SateKebab

Tip HIlangkan Jeragat Dengan Shaklee - Pengedar Shaklee Shah Alam





Antara sedar dengan tidak je bila jeragat dah banyak ni, memang susah nak dihilangkan tapi jika uolls makan dengan konsisten dan menjaga kulit muka dengan rajin, Lama-kelamaan dia akan hilang. Yang penting rajin.

Boleh klik DI SINI bagaimana nak atasi jeragat.





Cara Hilangkan Kutu Di Kepala Anak - Basic H Shaklee




Antara produk rumah Shaklee yang paling mendapat sambutan ialah Basic H. Banyak sangat kegunaan Basic H ni nak mop lantai, nak basuh tandas, nak cuci kereta, nak basuh kasut sekolah, nak basuh sayur yang dah layu pun boleh dengan Basic H. Dalam erti kata yang lain ada 1001 kegunaan Basic H ni. Hanya menggunakan beberapa titik sahaja anda akan nampak kesannya. Dah la menjimatkan, banyak pulak tu kegunaannya.




Kalau rambut anak-anak uolls diserang kutu, boleh guna Basic H untuk membersihkan rambut  dan seterusnya menghalau kutu-kutu tersebut. Caranya ialah basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10 - 15 minit, barulah dibilas hingga bersih.

Bagi kita yang ada anak-anak kecil atau yang ada allergi, sebaiknya gunakanlah Basic H di rumah kita kerana ia tidak bertoksik, tanpa bahan kimia berbahaya, pH seimbang malah selamat digunakan dan berkesan. Kandungan utama Basic H ialah daripada bahan semulajadi (minyak jagung dan minyak kelapa)

Saya sendiri selalu guna Basic H untuk basuh kereta dan basuh tandas. Tangan kita pun rasa lembut je maklumlah tapak tangan ai ni sensitif dengan bahan pencuci  :)

Gunakanlah Basic H tanpa was-was, jimat, selamat dan berkesan. Harga sebotol pun hanya RM46 sahaja.

#tsunamiShaklee
#hunt2Shaklee
#PengedarShakleeShahAlam