Resepi Mudah Laksa Johor Simple Dan Sedap


Kali ini saya akan kongsikan resepi mudah laksa Johor yang diwarisi dari bonda saya. Laksa Johor  ni special sikit sebab dia menggunakan spaghetti, bagi yang anak-anak suka pasta memang laju la anak-anak makan :)





Bahan-bahan


1 paket spaghetti - untuk 10 orang makan 
Ikan kembung 1kg (boleh guna ikan parang, ikan sardin atau ikan tenggiri) ikut budget masing-masing
1 setengah paket kecil rempah kari ikan Adabi
Kerisik 1 paket kecil
Asam keping 2 keping
2 cawan santan pekat
Garam 
Bunga Kantan
Daun kesum
Minyak masak untuk menumis

Jika nak pedas boleh tambah cili kisar

Option : Boleh tambah udang kering


Bahan Kisar

Bawang merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Serai 3 batang
Halia 1 inci


Ulaman

Bunga kantan dihiris halus
Daun kesum dihiris halus
Timun dibuang empulur dan dipotong bulat-bulat
Taugeh
Lobak Asin diracik halus
Bawang besar diracik bulat halus

Cara-caranya

Ikan dibersihkan dan rebus sehingga masak. Air rebusan ikan jangan buang. Kisar isi ikan yang telah direbus dan dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan. Ketepikan.


Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama 1 minit (anggaran). Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi 5 minit (anggaran).

Masa ni boleh masukkan cili kisar (jika mahu) dan masak hingga terbit minyak. Bila terbit minyak masukkan isi ikan yang dikisar. Kacau rata, masukkan air dalam 3 cawan dan masukkan 2 cawan santan. Boleh juga masukkan bunga kantan dan daun kesum. Bila dah mendidih masukkan udang kering (jika mahu) dan kerisik. Perisakan dengan garam.

Kuah laksa Johor agar pekat, kena pandai agak-agak jumlah sukatan air mengikut kesukaan kita.

Spaghetti

Masak air dalam periuk. Letak garam dalam air , setelah air mendidih masukkan spaghetti dan masak sehingga kenyal, tapis dan siram air sejuk hingga hilang panasnya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.





Saya suka pintal spaghetti supaya mudah untuk diambil :) Cantik sikit la kan hehe.

Sambal Belacan

Yang ni jangan dilupa tak lengkap rasanya kalau takde sambal belacan, Ikut version uolls macam mana buat sambal belacan.


Cara-cara Menghidang

Letak spaghetti dalam mangkuk, tuangkan kuah, tabur ulam-ulaman dan makan dengan sambal belacan. Wallah selamat menjamu selera :)




Labels: