Tip Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan









Bila kita bekerja sendiri ni #bisnesdarirumah memang kena pandai-pandailah uruskan duit. Tak boleh nak bermewah-mewah sangat. Langit tidak selalu cerah, kadang-kadang ada hujan, ada ribut, betul tak?


Basic merancang kewangan saya sama je macam orang lain, perbelanjaan sama macam orang lain cuma mungkin jumlahnya berbeza, jika anak-anak dah besar mungkin belanjanya tidak sama semasa anak-anak masih kecil.


Saya akan share tips financial di Tazkirah.net.


5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan


Teknik adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Tenang Walaupun Berhutang. Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas mekanik wang.

1. Simpan si hijau

Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan la ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5


2. Simpan si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang si Oren (RM20) masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20


3. Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan si Hijau (merujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.


4. Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.

Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.

Arkad orang terkaya di Babylon

90% daripadanya kita  boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.


5. Mulakan Menyimpan Setiap Hari (walau 10 sen)

"Aliran wang orang kaya - dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin - dapat duit, belanja"

Abang Abu, Mekanik Kewangan

Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen setiap hari.

"Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk"

InShaaAllah lama-kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.


Lebih baik kita merancang/mencatit supaya kita nampak bagaimana pengaliran duit keluar masuk. Ada sahabat saya 10 sen pun dia tulis tau.


Semoga apa yang kita rancang berjalan dengan baik tapi kita kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Ingin menambah pendapatan, saya mengajak anda sama-sama dengan saya, bisnes Shaklee/dexandra perfume/ sate kebab / emas. Hubungi 010-2995619

Labels: