Perkongsian Pn Ernayanee Founder Dexandra, Jatuh Bangun Dalam Bisnes - Dexandra Shah Alam




Pn Ernayanee merupakan founder wangian Dexandra yang semakin dikenali ramai dan minyak wangi yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Semoga perkongsian ini memberi semangat untuk kita yang sedang melakukan bisnes.




Jawapan :

1. Dari soalan pertama

Bermula selepas kejatuhan memang mulakan dari 0, dari hutang keliling pinggang. TERPAKSA BERNIAGA dari rumah dari 2010. Ambil order berdasarkan orang order. So tak perlu duit. Kalo zaman sekarang disebut DROPSHIP.


Meniaga secara online selama 2 tahun. Alhamdullilah selesa tak perlu g jumpa customer duk rumah jer kayan order. Customer dah banyak n repeated customer buat diri selesa ... Takder tanggungan.


Selepas kahwin, kahwin dengan orang business. So en suami pesan .. Kalo nak berniaga betul2 ... Kena ader stock ,, kena buka kedai ... waktu tu dengar jer. Tapi berdegil sebb ramai jer orang berniaga online jadi jutawan & takde kedai ... plus rasa takut n trauma. Dulu keluar modal banyak tapi sampai berhutang n blacklist.


Tapi biasalah di basuh minda ni supaya ader komitment untuk berkembang & terus ke hadapan .. lama juga utk setuju.

2012 bukalah kedai kecil sebenarnya hanya untuk simpan stok .. still operasi online ..Selama setahun dengan 3 orang team, my sister n staff yang bungkus sorang .. memang bz dan semakin bz


2013 pindah kedai bawah lebih besar n lebih banyak stok sebb customer makin bertambah sejak ader stock .. Ghairah nak abiskan stok .. Alhamdullilah

2015 bulan June kedai ketiga paling besar terus ambik 3 tingkat .. Sebb dah tahu kedai lama walaupun dah dibesarkan tak cukup dah ruangan .. Nak tambah staff baru pun tempat semakin mengecil ... 
Alhamdullilah


Kesimpulan, start ader kedai selepas 2 tahun online dan selepas di desak & di tukar mindset n cara pikir tentang berniaga. Dan kedai2 seterusnya sebb kedai yang ada tidak sesuai untuk berkembang.


2. Dari soalan kedua

Untuk berkembang dalam perniagaan SELESAIKAN setiap masalah MASALAH. Masalah datang untuk diselesaikan bukan untuk dirungut. Pernah tak dengar orang cakap

"Dugaan! semakin nak berkembang perniagaan semakin banyak masalah! "

Alhamdullilah memang itulah yang kita cari. Bila selesai jer masalah terus RM masuk dengan cepat


Contoh masalah yang saya selesaikan

1) Masa awal-awal berniaga ramai orang nak meniaga tapi takder duit. Saya selesaikan dengan WIJUD PROGRAM DROPSHIP (Masa ni ramai tak tahu dropship tu aper)

2) Banyak sangat FAQ yang sama dari customer. Saya wujudkan blog

3) Order dah tak dapat nak layan guna whatsapp & ramai nak list product available ... Asyik kena update ... saya wujudkan website ecommerce

4) Agen pun nak buat website tapi susah link sebab kebanyakkannya dropship saya wujudkan sistem website dropshoppy

5) Sales dah stagnent tak boleh berkembang & banyak pasal business saya tak tahu ..saya pergi seminar-seminar

6) Stock tak dapat kawal ikut permintaan, buat product sendiri. Sendiri kawal tapi sekarang pun masih sedang perbaiki stock yang asyik tak cukup. Dan kami sedang selesaikan dengan invest semua saving untuk order jumlah yang kami tak pernah order.

7) Dulu banyak kes pecah, 3 kali kami terus tukar cara packaging

8) Agen lemau n tak serius. Saya buat seminar .. (mereka bukan tak serius .. sebab mereka pun banyak tak tahu tentang perniagaan so seminar sebagai jawapan)

9) kerja makin banyak. Tambah staff secepatnya

10) tak tahu .. saya ambik tahu

Dan banyak lagi lah benda yang datang kita selesaikan termasuk yang remeh temeh .. For me takder benda yang tak mustahil .. semuanya boleh dibuat dengan izinnya.

Dan setakat ni semua masalah datang saya selesaikan secepatnya dan Alhamdullilah peningkatan sales berlipat kali naik

Seterusnya nak berkembang jangan berhenti marketing .. kalo saya selalu jangan berhenti berfikir .. hehe

Jangan berhenti jumpa orang baru & bernetworking ... manusia macam-macam peluang ada. So jangan duduk bawah tempurung

Reminder : Perniagaan bukan semata-mata buat sales

_______________________________________________________________________________

Amacam dah baca kisah Puan Erna, InshaaAllah kita pun pasti berjaya dengan mentor hebat seperti beliau. 

Bagi uolls yang masih tercari-cari perniagaan yang boleh dilakukan secara online, apakata sertai team kami untuk kita sama membina impian dan menjana pendapatan.

Boleh klik link berikut bagaimana nak jadi dropship Dexandra

Labels: