Kulit Muka Semakin Cerah Dengan Vitamin C


Mudah je kalau kita nak kulit yang cantik dengan cara yang paling selamat. Sebaiknya elakkan membeli krim yang resultnya akan nampak dalam masa seminggu kerana kita tidak tahu kandungan dalam krim yang mana kesannya akan membawa mudarat kepada badan kita.


Kak Arni cadangkan pengambilan Vitamin C secara konsisten untuk kulit muka. Nak tahu kenapa Vitamin C Shaklee sentiasa mendapat permintaan?






Kebaikan dan Manfaat Sustained Release Vita C Plus ialah


Merangsang pembentukan kolagen
Menguatkan imun sistem
Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
Mengatasi masalah insomnia
Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam, selsema, batuk
Mengawal tekanan darah
Mencerahkan kulit secara semulajadi
Memberikan tenaga
Membantu penyerapan ion
Mengekalkan kolesterol yang sihat
Meningkatkan metabolisma dan membantu mengekalkan berat badan ideal
Mengelakkan katarak
Mengawal masalah kulit berminyak
Mengecilkan pori muka
Membantu melindungi badan dari radikal bebas
Mengurangkan asid untuk pesakit gout
Mengawal paras gula dalam darah


Hubungi kak Arni untuk maklumat lanjut , bagi yang ingin set kombo dengan harga terbaik kita boleh runding :)
.
.
Kak Arni
010-2995619
RM97.50 , 180 tablet

Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Ramai dikalangan sahabat dan keluarga kita yang dah bertahun-tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak lagi. Betul anak adalah rezeki dari Allah, dalam masa yang sama kita juga perlu berusaha dan jangan putus asa. InShaaAllah pasti ada rezeki.




Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesuburan suami isteri sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor pakar bagi memastikan tahap kesihatan. Kesihatan diri individu samada suami atau isteri yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi suami dan telur yang matang bagi isteri.


Pakar Sakit Puan yang terkenal Dr Hamid Arshat juga menasihatkan agar pasangan suami isteri mengambil suplemen seperti multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic Asid dan lain-lain sebagai salah satu usaha meningkatkan kesuburan suami isteri.


Secara luaran mungkin nampak sihat tetapi kita tidak tahu masalah dalaman dalam badan yang mengganggu tahap kesuburan.


Mungkin sebelum ini anda telah menjalani pelbagai rawatan dan juga mengambil ubatan serta perubatan alternatif tetapi Kak Arni nak kongsikan kebaikan suplemen Shaklee untuk anda yang sedang dalam ikhtiar untuk hamil.





Vitamin Asas Untuk Suami Dan Isteri

1. Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi 28 mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan seorang individu dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji setiap hari membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyuluruh. Oleh itu suami isteri perlu mengambil multivitamin sebagai melengkapkan kesihatan.


2. ESP

ESP ialah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan dengan persenyawaan, perlekatan telur, menguatkan rahim dan lain-lain. 

ESP merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemaj, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino.


3. Vitamin C

Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan, dimana ia menjaga kualiti sperma. Sperma yang tidak sihat dan lemah akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron.


4. Vitamin B Complex

Vitamin B Shaklee lengkap dengan B6, B12 dan asdi folik. Pengambilan asid folik  bersama-sama dengan kehadiran Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkan  bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub tiub neutral. Pengambilan Vitamin B juga membantu memberi tenaga, perasaan tenang dan anti stress.


5. Omega Guard (Fish Oil)

Omega Guard membantu kesihatan jantung, mengawal paras kolesterol dan membantu pengaliran darah yang lebih baik ke seluruh tubuh termasuk organ pembiakan. Omega Guard membantu ibu dan bayi dalam kandungan untuk perkembangan otak yang sihat.


Vitamin Kesuburan




GLA Complex (untuk isteri)

Bagi mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, juga dikenali "mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)


Cecair serviks jenis ini sangat subur dan ia akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopian, yang mana akan membantu proses persenyawaan.


Vitamin E with Greepseed and Selenium



Selain daripada menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) ianya juga terkenal untuk menyuburkan organ reproduksi lelaki.


Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki juga akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka suplemen Selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Antioksidan Untuk Kesihatan Sel




Vivix (untuk suami dan isteri)

Vivix mengandungi Polyphenol dan Resveratrol yang tinggi antioksidan serta terbukti secara klinikal mampu melindungi dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak. Vivix sangat baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Dan ini termasuk kesihatan sel organ pembiakan, sel ovum dan sel sperma. Apabila sel-sel ini lebih sihat, peluang untuk ovum dan sperma disenyawakan juga lebih tinggi


Amalan tradisional dan doa-doa untuk mendapat anak boleh klik SINI

Tip dan panduan bagi mereka yang ingin cepat hamil boleh klik SINI

Bagi yang ingin membeli set kesuburan Shaklee boleh hubungi kak Arni, 010-2995619

Petua Menghilangkan Jerawat Belakang Badan




Jerawat dibelakang badan biasanya dialami oleh remaja dan dewasa. Mesti kita rasa tak selesa kan apatah lagi jika kita dah berkahwin, rasa segan pada pasangan kita. Takkan nak biarkan je, kena lah cari alternatif untuk mengatasinya


Punca Berlakunya Jerawat Di Badan


Faktor hormon terutamanya perempuan dalam lingkungan umur subur yang sering mengalami masalah jerawat. Biasanya dalam lingkungan umur belasan tahun hingga 20an.


Faktor keturunan juga mempengaruhi, jika ada ahli keluarga yang banyak jerawat, anda berkemungkinan mengalami masalah yang sama.


Penggunaan pil perancang dan steroid

Memakai kosmetik atau pakaian yang ketat dan menutupi liang roma menyumbang kepada masalah jerawat di kulit.

Stress juga menyumbang lebih banyak penghasilan minyak dan sebum dikulit

Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor persekitaran seperti cuaca yang panas

Antara punca masalah jerawat dibadan ialah faktor peluh, sebaiknya elakkan dari tidur ketika badan masih berpeluh, bersihkan badan terlebih dahulu.

Faktor pemakanan yang tidak sihat.




Petua Menghilangkan Jerawat Belakang Badan


Amalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat (kurangkan makan makanan yang berminyak, kurangkan stress, jaga kebersihan)


Mandi dua kali sehari (kita hidup di negara Khatulistiwa)


Elak dari memakai pakaian yang tidak menyerap peluh


Selepas melakukan aktiviti harian silalah mandi ya. Jika peluh dibiarkan dan berada lama di kulit boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan jerawat mudah tumbuh.


Sentiasa menukar/basuh tuala dan cadar


Ambil suplemen Herb Lax, Alfalfa dan Vitamin C Shaklee




Herb Lax membantu menyingkirkan toksin dalam badan, menghilangkan masalah bau badan, mengempiskan perut dan berfungsi sebagai detox badan.


Alfalfa Complex membantu usus membuang toksik dan meneutralkan asid dalam badan


Vitamin C membantu mencantikkan kulit dan menghasilkan kolagen pada tubuh


Hubungi Kak Arni untuk maklumat lebih lanjut tentang set ini , Whatsapp 010-2995619

Pengalaman Menaiki MRT Kwasa Sentral Ke Kajang


Assalammualaikum pembaca blog kak Arni , apa khabar semua? Walaupun hari ini hari Isnin dan hujan harap semuanya gembira, ceria dan berada dalam kesihatan yang baik sebab kita nak menjemput rezeki kan kena lah bersemangat sikit :)





Pada hujung minggu yang lalu sempena tambang 50% sehingga 31 Ogos 2017 Kak Arni dan suami mengambil peluang bawa anak-anak berjalan menaiki MRT dari stesen Kwasa Sentral ke Kajang perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil sebaik-baiknya alas perut dulu sebelum menaiki MRT kerana perjalanannya agak jauh jika kita berniat nak menjamu selera makan Sate di Kajang. Pembaca boleh rujuk di sini tentang stesen yang berdekatan dan kemudahan yang disediakan


MRT Corporation



Perjalanan memang smooth selepas Muzium Negara hingga Maluri kita akan berada di bawah tanah so memang gelap sahaja tiada pemandangan untuk di lihat. Seronoknya naik MRT kita dapat elak jem walau sebenarnya jika menaiki kereta lebih kurang sahaja masa perjalanannya. Untuk makluman suhu dalam train agak sejuk, bagi yang bawa anak-anak kecil sediakan stokin dan baju sejuk agar mereka selesa sepanjang perjalanan.


Tambang perjalanan bagi kami berlima dari Kwasa Sentral ke Stadium Kajang ialah RM14 jika kadar hari biasa tanpa diskaun ialah RM28, banyak dah jimat di situ. Harga tiket parking ialah RM4.30 flat rate sila bawa Touch N Go ya untuk pembayaran. Kepada pembaca yang ingin mengetahui harga tiket MRT boleh rujuk di sini.


Tiket dalam bentuk token boleh dibeli di kaunter atau dari mesin-mesin yang disediakan sila pastikan bawa duit kecil. 





Memandangkan hari minggu dan tambang 50%, keadaan dalam train agak sesak masing-masing mengambil peluang untuk merasai kemudahan yang baru dilancarkan dan ramai yang turun di Stadium Kajang untuk menjamu selera Sate Kajang.




Kalau rasa bosan dalam train boleh lihat digital skrin kita berada di mana :)





Kerusi khas untuk ibu mengandung, warga emas, orang kurang upaya atau mereka yang dukung anak-anak kecil.



Kami naik dari stesen Kwasa Sentral, stesen pertama ialah Sungai Buluh




Excited betul si dia dapat berjalan-jalan cari makan :)




Antara kedai sate yang boleh jadi pilihan jika ingin ke Kajang, just make sure semasa beli tiket turun di Stadium Kajang turun je dari stesen dah terbau aroma sate yang dibakar. Kedai sate yang lain ialah Hj Samuri. Bila di hujung minggu kena banyak bersabar sebab orang memang ramai dan masa menunggu agak lama.


Kesimpulannya kami berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh MRT, suasana dalam train dan stesen yang bersih serta kemudahan tandas dan surau memudahkan para pelanggan. 


Video menarik untuk pembaca


MRT for a better City Life




Set Kehamilan Shaklee - Vitamin Lengkap Untuk Ibu Hamil




Ibu-ibu yang mengandung ni kena rajin makan makanan yang berkhasiat bukan sahaja untuk anak yang dikandung malahan untuk diri sendiri juga, ingat ya anak ambil zat dari tubuh badan kita. Badan kita memang perlu sihat sebab selepas melahirkan kita akan menyusukan anak pula.


Selain dari jaga pemakanan , Kak Arni galakkan ambil vitamin pre natal sudah semestinya Shaklee adalah pilihan yang terbaik. Jangan risau Kak Arni akan guide cara-cara pengambilan vitamin ni supaya uolls dapat kesan yang optimum.


Vitamin Shaklee adalah vitamin yang semulajadi, ianya mudah diserap serta tiada kesan kimia yang berbahaya untuk jangka masa panjang kepada ibu dan bayi. Dengan mengambil secara konsisten, InShaaAllah membantu untuk mengatasi masalah kesihatan yang sering dialami oleh ibu semasa hamil.


Kenapa kita perlu ambil vitamin?

Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
Perkembangan bayi yang sihat


Suplemen yang ibu boleh ambil semasa mengandung





Vitalea Iron Formula (Multivitamin) RM93.75

Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


Sustained Release Vitamin C RM97.50

Sebagai antioksidan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik
Membantu penyerapan iron


B Complex RM58.75

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus , emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri


Ostematrix RM61.25

Baby mengambil hampir 90% kalsium si ibu
Si ibu perlu menggantikan semula kalsium untuk mengelakkan risiko osteoperosis, rasa sengal pada kaki dan pinggang serta tulang belakang, simpul biawak, mudaj letih dan lesu serta muka menampakkan garis penuaan


ESP RM161.25

Memberikan tenaga berkekalan tahan selama berjam-jam
Membantu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain
Kulit menjadi lebih licin, gebu dan anjal, serta kulit baby juga cantik. InShaaAllah

Omega Guard RM136.25

Boleh diambil selepas trimester kedua sehingga trimester ketiga
Pengambilan Omega secara konsisten membantu dalam perkembangan minda bayi supaya lebih aktif dan cepat belajar


Jika budget Puan tidak cukup , Kak Arni akan cadangkan vitamin yang sesuai untuk budget Puan.


Hubungi Kak Arni untuk maklumat selanjutnya



Menu Sihat Menggunakan Beras Perang


Baru-baru ni kak Arni update menu harian kak Arni. Ramai juga yang bertanya Kak Arni tengah diet ke? Sejujurnya Kak Arni tengah menjaga pemakanan harian maklumlah kan umur dah masuk 40an ni. Seboleh mungkin kita nak elak dari berat badan berlebihan.


Bila berat badan berlebihan ia akan mengundang banyak ketidakselesaan dan mengganggu aktivti harian kita lagipun sebagai seorang isteri dan ibu, keluarga kita banyak memerlukan bantuan kita. Dah kalau berat terlebih, pergerakan kita akan menjadi perlahan dan malas. Oh tidak dah sampai masanya kita kena jaga pemakanan kita takkan nak kena tunggu tegur dengan suami baru nak bertindak kan?


Kak Arni kongsikan beberapa menu sihat yang ringkas dan mudah.




Beras perang
Siakap marinate cajun. chili flakes dan rosemary (bakar)
Salad
Tomato
Peria pecah telur







Beras Perang
Salad
Tempe berlada
Ikan Bakar





Beras perang
Siakap marinate cajun. chili flakes dan rosemary (bakar)
Salad
Timun Jepun
Peria pecah telur

#kalau guna Ikan Salmon lagi sedap dan bergantung pada budget uolls






Beras perang
Udang marinate cajun. chili flakes dan rosemary (bakar)
Timun Jepun
Tomato
Sawi parkchoy pecah telur






Beras perang
Ayam bahagian dada marinate cajun. chili flakes dan rosemary (bakar)
Kacang botol berlada
Tomato


Menu yang kak Arni kongsikan ni memang sangat ringkas dan mudah disediakan. Slowly kita ajak keluarga kita tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Contohnya beras perang tak semua orang boleh makan so macam Kak Arni akan masak 2 kali, mula-mula masak beras perang dan kemudian baru tukar beras biasa. By the way baru-baru ni kak Arni beli beras Parboiled Rice brand Faiza, harganya memang agak mahal bagi beras 5kg, tapi Parboiled Rice ni sangat banyak khasiatnya. Nanti Kak Arni up entry berkenaan Parboiled Rice ya :)


Selain dari jaga pemakanan harian, of coz ler vitamin Shaklee tidak dilupakan, setiap hari akan ambil untuk menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.


Kak Arni akan kongsikan lagi menu sihat yang lain, stay tune ya dan follow

Instagram : MyVitaminStory
FanPage : My Vitamin Shah Alam



Hilangkan Parut Jerawat Dengan Vitamin


Kulit menjadi semakin teruk selepas tersalah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia?
.
.
Kak Arni akan suggest pada customers yang mengalami masalah kulit yang berjerawat, parut jerawat, kulit kusam dan menggunakan produk tapi masih tiada kesan yang diidamkan, untuk rawat kulit dari dalam melalui pemakanan suplemen. Apabila dalaman kita dah sihat, cantik barulah kulit luaran akan semakin cantik. Vitamin terbaik untuk kulit ialah







Kelebihan ESP
Kulit jadi lebih anjal dan gebu
Pudarkan parut
Mengawal pertumbuhan jerawat
Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
Kulit jadi lebih tegang dan sihat
Mengandungi protein yang lengkap
Menguatkan memori dan menyembuhkan luka


Kelebihan Vitamin C
Perlindungan dari sinar UV
Mengurangkan kesan sunburn
Membantu mencegah masalah jerawat degil
Tona kulit menjadi lebih sekata
Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
Mencerahkan kulit secara semulajadi
Membantu masalah kulit sensitif
Mengatasi masalah jerawat halus
Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
Membantu menghasilkan kolagen dalam badan
Kulit lebih glowing dan radiant


Kelebihan Vitamin E
Menjadikan anda lebih muda dengan melewatkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
Mengurangkan parut dan masalah jerawat
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi lebih sihat
Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
Membantu mengurangkan masalah eyebag
Mengawal masalah kulit berminyak
Mengatasi masalah jeragat
Vitamin E boleh digunakan sebagai masker


Your trusted SID Shaklee
Kak Arni
010-2995619

#ShakleeShahAlam
#SkincareVitamin
#Jerawat
#Hilangkanparutjerawat
#VideoKahwin

Tip Luka Caserean Cepat Sembuh


Caeserean .... ramai yang takut untuk dibedah semasa melahirkan anak. Macam kak Arni sendiri memang tiada pilihan berpengalaman 3 kali caeserean. Sakit ya memang sakit selepas pembedahan terutamanya selepas ubat bius hilang, nak bangun memang seksa dari perbaringan, nak duduk, nak baring semula memang menahan kesakitan hatta kalau nak batuk pun kena pegang perut.


Bila kita caeserean sangat penting untuk kita menjaga luka agar ianya cepat sembuh bukan sekadar luka di luar malahan luka di dalam juga sangat penting untuk kita jaga. 7 lapisan rahim kita di toreh untuk mengeluarkan bayi kita.





Tip Luka Caeserean Cepat Sembuh


1. Membuat pergerakan

Terkejutkan macam mana nak bergerak dah tentunya dari pinggang ke kaki kena bius, bila ubat bius tu dah hilang. Slowly gerakkan kaki mainkan ibu jari kita, bila nurse kata kena bangun, usahakan juga untuk bangun walau sakit dan kepala rasa sikit pening. Tujuannya ialah mengurangkan risiko darah beku untuk permulaan minta bantuan masa nak bangun.


2. Makan makanan yang berzat dan seimbang

Badan kita memerlukan vitamin dan zat semasa proses penyembuhan. Selepas menjalani pembedahan kita kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protein. Terdapat pelbagai menu dalam pantang yang sesuai untuk mereka yang bersalin caeserean. Pemilihan menu ini penting kerana ia membantu luka cepat pulih, kita dapat  menyusukan baby dengan selesa dan tenang.


3. Pastikan tempat luka sentiasa kering, boleh mandi cuma macam kak Arni sendiri akan cover bahagian luka tu dengan plastik. Biasanya selepas seminggu dah boleh mandi macam biasa. Elakkan lap tempat luka dengan menggunakan tisu gunakan tuala yang bersih. Dan jangan letak sebarang ubat tradisional dibahagian luka.


4. Elakkan aktiviti lasak seperti mengangkat berat, melakukan kerja-kerja rumah yang berat, elakkan mendukung anak yang lebih besar kecuali baby yang baru lahir.


5. Susukan bayi sekerap yang mungkin kerana menyusu bukan sahaja dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ia juga akan bagi signal pada badan untuk mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.


Jika anda masih mencari-cari vitamin yang boleh membantu luka caeserean cepat sembuh, boleh ambil Set Berpantang Caeserean Shaklee yang lengkap dengan zat disamping makan makanan di dalam pantang.


Untuk mencuba produk, sila hubungi saya

Whatsapp : 010-2995619

Email: arnisyazila@gmail.com

Add FB saya : Arni Syazila

Klik FanPage saya : My Vitamin Shah Alam

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja

Disclaimer : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.



Bagaimana Nak Turunkan Berat Selepas Hari Raya


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat pembaca blog Kak Arni :) Rasanya dah lama sangat tak update blog. Dah rindu ke?


Memandangkan kita masih dalam mood beraya. Ramai yang masih takut, ngeri nak naik penimbang berat maklumlah kan bila beraya ni segala makanan kita nak makan, yang berminyak, yang berlemak , yang bermacam-macam jenis, eh Raya setahun sekali katanya. Dah elok dah kan bulan puasa hari tu kita mengawal selera makan, sekarang ni sendiri menyesal tak sudah, dah tu nak dibiarkan sahaja ke?


Hari ni hari Isnin ramai dah start kerja, anak-anak dah masuk sekolah semula. Eloklah kiranya minggu ni kita start Puasa 6. Ya faham, Sabtu Ahad hari yang mencabar sebab masa ni lah ramai yang buat open house. Tipnya, dalam kereta sediakan air kosong sebelum masuk ke rumah, kita minum air kosong dulu. Perut bagi signal dah kenyang. Ambil satu pinggan dan letak portion makanan yang sedikit lepas tu jangan tambah lagi. Makan sedikit supaya tuan rumah tak kecil hati, Bulan Raya ni kita mengeratkan silaturahim bukannya meleraikan.


Lagi satu cara kita buat detox, ada yang kata detox ni metafora je, tak perlu buat, confirm tak jadi. Actually ramai dah buat dan menjadi. Lemak yang tepu dalam badan kita ni kita buang secara perlahan-lahan bukannya buat terus jadi, kena sabar dan rajin. Nafsu makan dan nafsu kepada gula tu kita kurangkan slowly. Boleh boleh.


Detox ialah proses dimana badan mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu kesihatan badan. Toksin yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan badan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik dan mengakibatkan badan menjadi lesu, darah kotor, mudah terkena jangkitan penyakit akibat sistem imunisasi badan yang rendah dan banyak masalah kesihatan yang lain.


Kalau uolls perasan asal lepas Raya je kita batuk, demam, selsema selain dari  faktor cuaca dan minum air batu, pemakanan kita juga menyumbang kepada imun badan kita. Sebab tu kak Arni galakkan kita buat detox terutamanya selepas Raya ni.


Blank tak tau nak detox macam mana? Kak Arni suggestkan pengambilan set Detox Shaklee




Jom kita lihat fungsi setiap vitamin yang dicadangkan


Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang terbaik, Dalam proses detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan memberi tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih baik.



DTX Shaklee mengandung milk thistle. Milk thistle telah digunakan secara turun temurun secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai tonik hati. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Jika hati kita diselaputi lemak ia membuatkan hati kita lemah. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengan lebih efisyen.



Herblax mengandungi daun senna yang berfungsi untuk mengelakkan sembelit ianya bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan.



Akar yang panjang dan dalam menjadikan daun Alfalfa tinggi nutrien dan dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.



Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina dan halia. Khasiatnya ialah dapat mengurangkan angin dan kembung perut.


Banyak manfaatnya kalau kita buat detox ni kulit kita semakin cantik, badan semakin ringan dan kesihatan kita pun lebih baik.


Dengan pembelian set ni boleh dapat sesuatu yang special dari Shaklee tau. Hubungi kak Arni dengan segera 010-2995619

Kenapa Doktor Anti Suplemen, Baca Dan Fahamkan


Tajuk ini mungkin agak kontroversi sila baca hingga habis supaya kita semua lebih faham tentang perbezaan ubat dan suplemen.


Penulisan ini dari Master Lyna, founder iReach Shaklee



Kenapa Doktor Anti Suplemen? 





Suplemen atau makanan tambahan, adalah sesuatu yg masih kabur dan kurang diterima oleh orang2 kita.

Kenapa?

(1) Anggap suplemen sebagai pengganti

Bukannya sikit yg beranggapan "Aku tak makan makanan seimbang, so aku kena makan suplemen".
Suplemen bukan nak ganti makanan. Ingat angkasawan ke? Eh angkasawan pun makan okey. Diorang siap bercucuk tanam dalam kapal angkasa sana.

Suplemen, atau makanan tambahan ni, fungsi dia macam Matematik Tambahan (Add Math). Korang boleh ambik SPM tp taknak ambik subjek lain, nak amik Add Math je?

"Saya dah ambik Add Math, tak payah dah la ambik subjek lain"
Atau, Add Math je A+ tp yg lain semua F, ada hati nak apply masuk UTP? 


(2) Cari suplemen bila dah sakit

Suplemen bukan ubat. Memanglah ada orang guna alternatif as natural remedy (ala sama la macam minum air asam jawa bila batuk, etc). Tapi tu kalau sakit2 manja. Masalahnya bila dah sakit kronik baru nak makan suplemen.

Hat ni lah datang macam2 'pemakanan penyembuh penyakit blablabla' 'teh kencing manis' dan macam2 
lagi.

Masalahnya bila ada yg tolak rawatan hospital sebab nak minum teh kencing manis,... tau2 makin teruk. Datang hospital, doktor pun takleh buat apa dah.

Bila doktor tanya "Kenapa pakcik tak datang hospital awal2?" jawapannya "Pakcik ikhtiar dgn teh kencing manis dulu..." Mau doktor tak naik angin?

Kalau dalam 10 orang pesakit, 6 yang macam tu, tak ke buat doktor2 terus pangkah je suplemen2 ni (benda2 yg dijual as mujarab utk macam2 penyakit tu categorized as suplemen if not on paper pun, bkn 

ubat berdaftar).

So ape nak buat?

1- Amalkan suplemen bukan sebab tak jaga makan. Tapi sebab dah jaga makan, aktiviti sihat, etc. Ingat Add Math?

2- Kalau sakit jumpa doktor, dapatkan rawatan... if nak cuba alternatif, tanya pendapat doktor dulu. Lagi2 kalau penyakit kronik. Nak makan suplemen pun, ubat jangan tak makan.

Nak makan suplemen jgn makan sebarangan, pilih betul2 yg ada kajian, terbukti berkesan (scientifically proven), jgn main ambik testimonial semata coz ramai je yg tipu testi.

Mudah-mudahan apa yg kita amalkan bg kebaikan kpd kita & org2 sekeliling kita.

Akacan,
iReach TravelPreneur

Perlu diingat ya suplemen bukan ubat, ia adalah makanan tambahan. Bukan dah sakit baru nak makan suplemen. Sebaiknya kita ambil dari awal terutama yang basic dari Shaklee seperti

Vitalea
B Complex
Vitamin C
ESP
Vivix

Kenapa kita ambil suplemen? Ianya sebagai usaha kita untuk elakkan penyakit yang kronik. Baiki sel-sel yang rosak dalam badan kita akibat dari pencemaran, makanan proses yang kita ambil, stress dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada kerosakan sel dalam badan kita.




Jika anda inginkan suplemen yang ada clinical studies, terbukti berkesan dan selamat boleh hubungi kak Arni. InShaaAllah Kak Arni akan bantu :)

Promo Raya Dexandra 2017 - Dexandra Shah Alam



Ciri-ciri Dexandra yang perlu anda tahu


Dexandra perfumes adalah perfumes EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original. Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan ke atas dan jika baunya serasi dengan pemakai ia tahan sehinggan 1 hari dan 2 hari pada pakaian.



Diinspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA. Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.

@ Produk Bumiputra Halal
@ Tahan Lama (More than 8 hours)
@ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
@ Pati original & Alkohol First Grade
@ Setanding produk Antarabangsa
@ Haruman terkenal (Top Perfume) - Inspirasi dari perfumes JENAMA ANTARABANGSA
@ Boleh dibawa solat
@ Menepati citarasa & Permintaan Rakyat Malaysia
@ 35ml, EDP

So tunggu apa lagi inilah masanya nak memborong perfumes untuk keluarga tersayang sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Nak jadi Dropship? Modal permulaan hanya RM150 dan anda boleh menjana pendapatan mengikut kesesuaian masa anda

Ubat Yang Membatalkan Puasa Dan Tidak Membatalkan Puasa


Ramai dikalangan kita yang keliru dengan ubatan yang diambil adakah ia membatalkan puasa atau tidak.


Terdapat pelbagai jenis ubatan yang diambil, yang pasti ubat yang dimakan dan ditelan membatalkan puasa bagaimana dengan suntikan, ubat sapuan, ubat titis mata atau telinga?


Semoga dengan poster berikut memberi petunjuk yang lebih jelas





Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

1. Tablet Sublingual dengan syarat diletakkan bawah lidah dan tidak ditelan

2. Ubat suntikan

3. Ubat titis mata dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga

4. Ubat sapu

5, Ubat kumur

6. Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut


Ubat Yang Membatalkan Puasa

1. Ubat biji 

2. Ubat minum

3. Ubat sedut

4. Pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina)

5. Supsitori/Enema (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur)


Islam adalah agama yang mudah. Ia bukannya memudaratkan. Jika kita sakit dan tidak dapat berpuasa kita boleh ganti puasa dan membayar fidyah.


Bagaimana pula aturan makan Vitamin Shaklee di bulan Ramadhan. Bagi customer kak Arni, Kak Arni akan guide cara makan vitamin di bulan Ramadhan.

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Selangor Tahun 2017


Assalammualaikum Dan Selamat Pagi, Salam Jumaat yang barokah, InShaaAllah pada hari esok kita akan menyambut Ramadhan.


Kak Arni kongsikan jadual waktu Imsak dan Berbuka puasa negeri Selangor. Jadual ni penting untuk memudahkan kita menguruskan masa sepanjang Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.





Bagi yang mencari menu sahur boleh klik Menu Sahur Ringkas dan Mudah

Bagi yang mencari vitamin sepanjang Ramadhan boleh klik Vitamin Puasa

Bagi yang mencari vitamin ibu menyusu boleh klik Vitamin Ibu Menyusu

Tip Anak Mudah Bangun Waktu Sahur


Selain dari kesibukan kita menyediakan juadah untuk sahur, cabaran kita di pagi hari ialah mengejut anak-anak bangun bersahur.


Bagi mereka yang anak jenis mudah bangun tidur mungkin tidak menjadi masalah, panggil sekali terus melompat ke bilik air uruskan diri.





Yang menjadi cabaran ialah panggil berkali-kali tapi tak bangun-bangun haha yang kalau dibiarkan memang tak bersahur la jawabnya. Amat rugi kalau kita tidak bersahur.



Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:

Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.

1) Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w. Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.

Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah.


Tip Anak Mudah Bangun Waktu Sahur


Ada banyak cara yang kita boleh lakukan agar anak-anak mudah untuk bangun sahur antaranya ialah


1. Galakkan anak-anak tidur sebelum jam 11pm, biasanya selepas Solat Terawih habis dalam 9.30pm mereka akan menjamah makanan ringan yang disediakan atau makan di rumah. Berehat seketika atau ulangkaji pelajaran.


2. Sebelum mereka tidur kita boleh mengingatkan mereka, esok pagi anak-anak semua kena bangun awal untuk bersahur seumpama kita dah tanamkan dalam minda mereka perlu bangun lebih awal. Baca niat puasa sebelum tidur.


3. Elakkan makan makanan yang berat atau sukar dihadam sebelum tidur, kurangkan minum air manis sebelum tidur.


4. Bercerita dengan mereka tentang menu semasa bersahur, kalau boleh menu kesukaan mereka. Supaya mereka berselera untuk makan.


5. Kejut mereka dalam selang masa 10 minit, selepas mereka bangun terus ke bilik air bersihkan diri. Andai kata pitching suara terlebih tinggi, sampai bergegar pintu rumah, maaf ya jiran-jiran


Waktu yang sesuai untuk mereka bersahur ialah jam 5am, seusai bersahur boleh menunggu masuk waktu Subuh. Kebetulan tahun ini bulan Ramadhan ialah cuti sekolah 2 minggu, anak-anak lebih relaks tidak perlu rushing ke sekolah. Ini lebih memudahkan ibubapa yang bekerja.


Bagi anak-anak yang sangat liat untuk bangun ada cara yang lebih ekstrim, biasanya kak Arni gunakan spray air :) InShaaAllah mereka lebih cepat sedar dan boleh bangun dengan cepat.





Semuanya terpulang kepada kita sebagai mak-mak yang tahu rutin anak-anak kita. Tapi yang paling penting kita mak-mak ni kena bangun lebih awal, jangan lupa set alarm clock. Tersedar sebab dengar azan Subuh, maka satu rumah tak bersahur :)


Bagi ibu-ibu yang mencari menu sahur yang mudah disediakan dan berkhasiat boleh klik Menu Sahur

Semoga ibu-ibu semua bersabar melayan karenah anak-anak sepanjang bulan Ramadhan.

10 Menu Sahur Yang Ringkas Dan Mudah Di Sediakan


Apa khabar semua hari ini? Semasa entri ini ditulis kita akan menyambut Ramadhan dalam sehari sahaja lagi.


Bagaimana persiapan kita menyambut Ramadhan, Kak Arni pasti para ibu sedang menyiapkan bekalan makanan untuk sahur dan berbuka, terutama ibu-ibu yang bekerja. Seperti yang kita sedia maklum setiap tahun sepanjang Ramadhan jalan akan sesak menjelang waktu petang terutama 2 minggu pertama puasa.


Setiba di rumah kita pasti sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka dan dalam masa yang sama melayan anak-anak. Waktu malam pula dah ada kerja rumah menunggu. Waktu pagi dah sibuk menyediakan pula makanan untuk bersahur.


Memandangkan kita akan mula puasa pada hari Sabtu, ianya adalah waktu yang sesuai untuk kita menyediakan bahan-bahan mentah supaya mudah dimasak terutamanya waktu sahur. Walau ringkas ianya lebih mudah jika kita dah ada bahan-bahan seperti berikut.


Bawang merah dan putih yang sudah dikupas/dikisar
Ikan bilis yang dah di bersihkan perutnya
Telur ayam
Ayam yang dah siap dipotong dibahagikan mengikut hari
Ikan yang dah siap disiang dibahagikan mengikut hari
Sayur yang dah siap dipotong
Telur asin


Tambahan terutama waktu kecemasan

Serunding
Sambal hitam
Sambal bilis
Sardin
Roti

Paling penting BERAS dan minyak masak ada.


10 Menu Sahur Yang Mudah Dan Ringkas  


Bagi yang inginkan hidangan yang lebih ringkas dan mudah disediakan. Kita boleh buat minuman yang sedap dengan ESP, Cinch dan buah-buahan, minuman ini mengenyangkan, menyegarkan dan memberi tenaga untuk badan kita.














Nampak sedap dan menyelerakan, betul ke betul :) Cinch ada 3 perisa yang rasanya memang boombastic ada cafe late, chocolate dan vanilla.




Bagi yang ada anak-anak kecil baru belajar berpuasa, Kak Arni memang sangat rekomen set ini. Performance Drink, ESP dan Mealshakes manakala yang Cinch Tea tambahan untuk ibu ayah.

Menu sahur yang lain yang boleh kita follow KLIK.

Elakkan makanan pedas, bersantan semasa bersahur bagi menjaga perut kita. Berhati-hati juga semasa membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadhan.


 Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh keberkatan.

Cara Memeriksa Payudara Sendiri Di Rumah - Shaklee Shah Alam


Baru-baru ini berlangsungnya Health Carnival Shaklee di antara pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan ialah BMI, Health Bone Check, Glucose check, Kolesterol dan Breast Health Check.


Semasa di kaunter Breast Health Check, menurut pegawai yang bertugas setiap 20 wanita ada 1 yang menghidapi kanser payudara. Dan ini adalah perkara yang sangat membimbangkan.


Mengikut 1 artikel dari majalah kesihatan iSihat, menjelang 2025 jumlah wanita yang menghidap penyakit kanser payudara di negara ini dijangka meningkat sebanyak 50 peratus. Ianya berpunca daripada rendahnya kesedaran di kalangan wanita untuk menjalani pemeriksaan awal kanser payudara.


Antara kaedah pengesanan awal yang boleh di lakukan ialah pemeriksaan sendiri di rumah. Info ni Kak Arni dapat dari flyers yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia semasa Health Carnival anjuran Shaklee.


Cara Memeriksa Payudara Sendiri Di Rumah





Kita bertanggungjawab terhadap kesihatan payudara kita. LIHAT dan PERIKSA.

Payudara berbeza dalam bentuk dan saiz. Rupa bentuk dan saiz tidak akan kekal sepanjang hayat. Perubahan bentuk dan dan saiz payudara berlaku disebabkan oleh kedatangan haid, kehamilan, peningkatan umur atau perubahan berat badan.


Kebanyakan perubahan ini tidak berbahaya. Walaubagaimana pun perubahan yang luar biasa perlu diperiksa oleh doktor.





1. LIHAT

Tanggalkan pakaian  anda hingga ke pinggang dan berdiri dihadapan cermin. Ini harus dlakukan dalam bilik yang terang.

Perhatikan perubahan saiz, bentuk, warna dan rasa permukaan kulit dan puting. Perhatikan juga kedudukan puting dan picit dengan perlahan untuk memastikan tiada sebarang cecair atau darah.


2. BARING DAN PERIKSA

Baring menelentang  dengan meletakkan lipatan tuala atau kain di bawah bahu kiri. Ini membolehkan payudara leper dan melebar.

Letak tangan kiri di bawah kepala. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara Kiri.

Periksa seluruh kawasan dari tulang selangka hingga ke garis kesan coli di bawah payudara dan dari bahagian tengah dada hingga paras ketiak di tepi.


3. PERIKSA PAYUDARA ANDA

Rapatkan jari kedua hingga keempat dan gunakan bahagian rata untuk memeriksa,

Gerakkan jari dalam bulatan kecil sebesar syiling 20 sen. Tekan dengan perlahan tetapi mantap untuk mengesan sebarang perubahan yang luar biasa.

Bayangkan payudara sebagai permukaan jam. Mulakan pemeriksaan di titik pukul 12 dan bergerak sekitar kawasan payudara sehingga sampai ke titik permulaan tadi.

Alihkan kedudukan jari ke bawah, jarak anggaran satu jari dan ulang pergerakan pemeriksaan dalam bentuk bulatan kecil (seperti langkah 3) hingga ke kawasan puting.

Tolak puting ke tepi dan periksa bahagian  bawah dan sekeliling puting. Anda akan merasa penebalan yang normal di bawah puting  payudara dan dibahagian garis kanan coli. Penebalan dibahagian garis coli ini menyokong payudara.


4. KETIAK

Alih lengan kiri anda dan luruskan ke bawah di sisi. Periksa payudara di kawasan ketiak.


5. PAYUDARA KANAN

Alih lipatan tuala atau kain ke bawah bahu kanan. Letak tangan kanan di belakang kepala. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara KANAN pula.

Ulang langkah-langkah seperti yang dilakukan untuk payudara KIRI tadi.


Proses mengenali payudara sendiri bukan terhad kepada wanita yang berkahwin sahaja malahan termasuk semua remaja, bujang, berkahwin, warga emas termasuk lelaki.


Biasakan diri dengan perubahan normal payudara

Sebulan sekali, pada hari 7 - 10 dari hari pertama haid

Jika sudah putus haid atau kitaran haid yang tidak tetap dan untuk lelaki pilih  hari yang sama setiap bulan

Juga semasa hamil


Pengesanan awal dan rawatan perubatan yang segera dapat menyelamatkan payudara anda dan juga nyawa anda


Dapatkan nasihat doktor jika anda mengesan

Perbezaan luar biasa pada saiz, bentuk, rasa permukaan kulit dan warna payudara.

Lekukan atau kedutan pada payudara

Perubahan kedudukan puting dan puting tenggelam

Lelehan yang keluar dari puting

Ketulan atau benjolan luar biasa di mana-mana bahagian payudara.


Baca kisah bagaimana kesan Resveratrol kepada pesakit breast cancer klik Resveratrol


Kesan Resveratrol Kepada Pesakit Breast Cancer


Mengikut 1 artikel dari majalah kesihatan iSihat, menjelang 2025 jumlah wanita yang menghidap penyakit kanser payudara di negara ini dijangka meningkat sebanyak 50 peratus. Ianya berpunca daripada rendahnya kesedaran di kalangan wanita untuk menjalani pemeriksaan awal kanser payudara.

Pemeriksaan awal adalah lebih baik untuk menyelamatkan payudara dan juga nyawa.








Ikuti kisah pesakit breast cancer ,


Pada Oktober 2006, saya telah disahkan menghidap Kanser Payudara. Menjalani pembedahan membuang benjolan payudara sebanyak 2 kali dan telah menjalani kemoterapi, terapi biologi (herceptin), radiasi dan histerektomi.

Setelah selesai menjalani kemoterapi, saya mula mengambil Nutriferon Shaklee, Vitalea, Ostematrix dan Sustained Release Vita-C dan VIVIX bermula 6 bulan sebelum pemeriksaan susulan terakhir saya. Ketua Pakar Pembedahan Onkologi di Breast Department, Moffitt Cancer Center, Tampa Florida mengatakan hasil ujian darah saya sangat baik!

Saya bertanya jika saya ada kemungkinan untuk pulih sepenuhnya dari kanser payudara ini. Doktor kata ‘tidak’ namun terdapat satu bahan yang didapati untuk mengubati kanser payudara. Mereka berpendapat bahan ini akan mencegah berulangnya kanser payudara dan juga kanser prostat. Moffitt baru sahaja tersenarai sebagai penerima geran satu juta dolar bagi percubaan klinikal bahan ini.

Bila saya bertanya “Apakah bahan itu?”, doktor menjawab ia adalah RESVERATROL. Saya terus menjawab saya telah mengambil Shaklee Vivix (Resveratrol) selama 6 bulan. Doktor kelihatan sangat terkejut dan berkata “Awak adalah orang pertama yang saya lihat mempunyai kesan yang sangat bagus dengan resveratrol. Saya akan meminta awak untuk terlibat dalam ujikaji”.

Sekiranya geran diluluskan saya sangat teruja dapat membantu Susan B. Komen Foundation dalam kajian ini. Pengambilan VIVIX, Nutriferon dan suplemen lain telah menghilangkan ketakutan saya terhadap kanser dan mencegah berulangnya dari berlaku kanser.

Barbara W, Seminole, FL 9/17/2009



Bagaimanakah RESVERATROL dalam VIVIX membantu?





Resveratrol dapat menghalang sel kanser dari merebak dan menggalakkan proses membunuh sel-sel yang tidak normal dalam badan.

Resveratrol terbukti mampu mencegah penyakit kanser termasuk kanser payudara, kanser usus, kanser ovari, kanser paru-paru dan tiroid. .

Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti of Missouri pada Oktober 2013, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama VIVIX) dan terapi berbanding dangan terapi sahaja.


Ramuan Vivix telah terbukti memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penyebab penuaan. 4 mekanisme utama penuaan selular


Kerosakan DNA - Vivix memelihara dan memulihcara kerosakan DNA

Pengawal Genetik - Vivix memberi impak positif terhadap pengawal genetik dengan memperlahankan penuaan pada peringkat selular.

Penurunan Tenaga Selular - Mitochondria dalam sel tubuh kita menghasilkan tenaga (spark plug) Ramuan Vivix merangsang biogenesis mitochondrian.

Penimbunan Protein AGE (Advanced glycation end products) - Vivix 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol sahaja dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

Resveratrol merupakan salah satu kandungan dalam Vivix yang telah dirujuk lebih daripada 2000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute of Aging, National  Cancer Institute dan banyak lagi.


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH





Memandangkan lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Kak Arni nak kongsikan cara Solat Tarawih yang kita mak-mak yang ada anak kecil boleh lakukan di rumah.


Seperti kita yang sedia maklum, ramai di kalangan kita yang teringin nak solat  berjemaah di masjid atau surau akan tetapi bila ada anak kecil mungkin masa kita terbatas terutama yang ada anak-anak kecil yang ramai dan siangnya pula bekerja.



Jangan sedih ya ibu-ibu semoga panduan ini memberi manfaat. Panduan ini kak Arni terima melalui grup Whatsapp.


Cara Solat Tarawikh di rumah


Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

SEMOGA BERMANFAAT.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin bertenaga semasa bulan puasa boleh klik Ibu Menyusu Bertenaga

Perkara Yang Suami Wajib Lakukan Ketika Isteri Mengandung


Setiap pasangan selepas berkahwin pasti inginkan cahayamata. Bagaimana pula  tanggungjawab seorang suami apabila mengetahui isteri mengandung.





Perlu diketahui emosi seorang wanita yang mengandung memang sensitif, mood berubah-ubah. Perkara ni suami memang kena banyak bersabar. Tidak mudah ya seorang wanita mengandung, mereka sendiri bergelut untuk adjust badan mereka dengan perubahan yang dialami bermula minggu pertama hingga minggu terakhir kehamilan.



Perkara Yang Suami Wajib Lakukan Ketika Isteri Mengandung


Sila ikut tips ni ya supaya rumahtangga lebih harmoni :)


1. Luangkan Masa Bersama Isteri

Mungkin sebelum ni suami selalu keluar, apakata sepanjang isteri mengandung lebihkan masa di rumah bersama isteri. Kerana pada waktu ini isteri sangat  memerlukan anda. Bagi yang berjauhan dengan isteri selalu lah hubungi isteri, mungkin boleh buat surprise gift. Bila mereka happy mereka lebih tenang dan lebih sihat.


2. Menjaga Pemakanan Isteri

Paling penting pastikan isteri makan vitamin kehamilan. Paling baik hadiahkan isteri Set Kehamilan Shaklee. Pujuk isteri elakkan makanan yang tidak berkhasiat, makanan yang tinggi kandungan gula, makanan proses, fast food. Selain tidak elok untuk kesihatan isteri ianya mungkin akan efek kepada bayi yang dikandung.

Mungkin masa ini isteri anda mengidam, teringin nak makan sesuatu. Cuba usahakan as long as makanan itu halal dan elok dimakan. Sediakan kudapan yang sihat untuk isteri contohnya buah-buahan, yogurt, kismis dan kekacang.


3. Mengiringi Isteri

Contohnya jika ke shopping complex, please ya Cik Abang jangan tinggalkan isteri tu. Berjalanlah beriringan, isteri terpaksa berjalan dengan perlahan kerana membawa perut yang besar, mungkin dengan berjalan laju mereka akan rasa sakit di bahagian peranakan atau pangkal peha. Carilah tempat duduk supaya isteri dapat berehat sebentar.

Katakuncinya  ialah BERSABAR


4. Menjadi suami ni, jangan menunggu berfikirlah dengan logik akal. Jangan menunggu isteri meminta tolong, buatlah kerja-kerja rumah seperti membasuh menyidai baju, kemas rumah kalau boleh memasak itu lebih baik. Unless anda ada pembantu rumah.


5. Belajar Memahami

Emosi wanita mengandung sentiasa berubah-ubah, tiba-tiba je mood swing, sensitif, merajuk, marah-marah.  Sebagai suami, anda kena belajar situasi, bukan anda sebagai suami yang naik angin tak tentu pasal. Istighfar banyak-banyak.. Isteri sedang mengandungkan anak anda. Pujuklah mereka, berikan segelas air dan minta dia berehat.


6. Membantu menjaga anak

Mungkin isteri sedang mengandungkan anak yang seterusnya dan anda ada anak kecil yang lain. Jagalah anak yang lain, mereka juga perlukan perhatian. Biar isteri berehat sementara untuk melegakan sakit pinggang dan kaki.


7. Teman Isteri Check Up

Seboleh-bolehnya temankan isteri setiap kali check up di klinik, Jika tidak dapat temankan atas urusan kerja , bertanyalah keadaan isteri dan baby selepas check up. Isteri akan rasa sangat dihargai dan disayangi.


Selain itu sebagai bakal bapa banyakkan lah solat sunat agar isteri dan baby yang dikandung sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. Banyakkan baca Al Quran ajak isteri sama-sama mengaji. Mudah-mudahan anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh. InShaaAllah.