Setia Dengan Yang Satu - Set Hamil Shaklee


Sebaiknya kalau uolls dah consume Set Hamil Shaklee teruskan je lah hingga anak yang seterusnya even dah tak bersalin dan menyusukan anak sekalipun teruskan ambil suplemen Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Shaklee memang dah terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Kak Arni memang suka berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, well sharing is caring.

Set Hamil Shaklee memang sesuai sebagai nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan.

Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
Perkembangan fizikal bayi yang sihat dan untuk mengelakkan masalah spina bifilda.






ESP sebaiknya diambil seawal uolls merancang kehamilan hingga bersalin. Lagi awal consume lebih bagus, sebab masa ini lah uolls perlukan tenaga lebih-lebih lagi kena handle anak-anak yang lain.

Selain itu pengambilan ESP secara konsisten membantu para ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit ibu juga jadi semakin lebih licin, gebu dan anjal. Bonus , baby yang bakal lahir lebih cerah dan gebu, InShaaAllah.


Vitalea Iron Formula

Membantu ibu menambah zat besi sebab biasanya sepanjang mengandung ibu kurang zat besi, Kurang zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam. Sepanjang ambil Vitalea, HB dan BP bacaaanya sentiasa cantik.


Vitamin C 

Vitamin C sebagai antioksidan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik. Jika ibu kurang sihat seperti selsema atau batuk boleh upkan dose 2 biji vitamin C. Vitamin C juga membantu penyerapan iron kalau tak cukup vitamin C makanlah banyak mana pun takkan diserap oleh badan. Vitamin C juga bagus untuk kulit ibu mengandung dan mengelakkan kulit kusam.

B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stacil dan wajah berseri. B Complex mengandungi folic asid yang diperlukan oleh ibu mengandung.

Ostematrix

Ostematrix ni vitamin wajib untuk ibu yang mengandung bagi mengelakkan masalah sembelit, simpul biawak, kaki rasa kebas dan badan rasa lebih bertenaga. Bagi uolls yang tak minum susu, boleh gantikan dengan Ostematrix. Ingat ya baby mengambil kalsium dari ibu sewaktu mengandung, sebab tu ibu-ibu perlu top up kalsium.

Omega Guard

Omega boleh diambil dari 2nd trimester hingga minggu ke 32 3rd trimester. Omega Guard bagus untuk perkembangan otak baby dan kandungan Omega Guard lebih baik berbanding minyak ikan. Omega Guard tahan 3 bulan tau, jimat ke jimat ;)

Ibu-ibu yang mengandung kalau badan rasa lesu je, tak bermaya, bacaan HB dan BP tak cantik, keluar masuk hopsital kena masuk air, kena minum air gula sebab berat badan naik terlebih, bolehlah ambil Set Hamil Shaklee, uolls akan rasa perbezaannya.

Buat customer tersayang, Kak Arni akan consult dan guide cara consume ke semua vitamin dengan betul.


Your Trusted SID Shaklee
Arni Syazila
010-2995619

Trying To Conceive atau Ikhtiar Untuk Hamil Dengan ESP Shaklee





ESP Penting Untuk Mereka Yang TTC


Apa tu TTC? TTC ialah Trying To Conceive atau ikhtiar untuk hamil. Bagi mereka yang TTC uolls perlukan Protein yang cukup dan lengkap dengan asid amino. At least sebelum 4 bulan plan untuk hamil dah kena ambil protein yang secukupnya.


Apakah fungsi Protein?


1. Membekalkan tenaga sepanjang hari supaya kita tak cepat rasa letih dan lesu
2. Menguatkan otot rahim
3. Asid amino sangat penting dalam pembentukan sel ibu dan juga pertumbuhan sel baby


Apabila sperm dan ovum berjaya disenyawakan, ia mengambil masa 24 jam untuk develop baby, masa yang kritikal ni lah yang menentukan persenyawaan berjaya atau pun tidak. Protein penting sebagai based cells, once sperm dan ovum berjaya disenyawakan , cells akan start membahagi dan masa ni baby akan start membesar dalam rahim.


Dalam tempoh 24 jam ni, banyak faktor yang memainkan peranan untuk uolls berjaya conceive. Antaranya ialah


Dinding rahim uolls cukup kuat dan sihat untuk memastikan perlekatan lebih kuat dan tak fragile.


Berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga serta tidak stress.


Sumber protein terbaik dalam suplemen Shaklee ialah ESP. ESP mengandungi protein yang cukup lengkap dengan asid amino yang diperlukan oleh badan.


Bagi mereka yang pernah keguguran Kak Arni memang akan suggest untuk ambil ESP bersama-sama dengan Set Asas Shaklee. Ianya sebagai satu cara untuk membantu menguatkan otot rahim uolls. InShaaAllah ada rezeki untuk mudah lekat selepas ini.

Bila dah mengandung boleh ambil Set Ibu Mengandung


Your Trusted SID Shaklee
Arni Syazila
010-2995619

#PengedarShakleeShahAlam
#ShakleeShahAlam
#ShakleeBukitJelutong
#ShakleeTTDIJaya
#ShakleeDenaiAlam
#ShakleeSunwayKayangan
#ShakleeAlamBudiman
#AgenDiperlukan

Sedikit Nasihat Untuk Bakal Pengantin


Izinkan Kak Arni beri sedikit nasihat dan perkongsian kepada bakal-bakal pengantin. Selain dari uolls sibuk mencari barang-barang hantaran, katerer, make up artis (MUA) , khemah, dewan , goodies bag dan sebagainya, tolong ya cari juga ilmu sebagai isteri dan bakal ibu.


Selepas berkahwin, of coz uolls nak menimang cahayamata setiap orang badan dia tak sama, ada yang mudah mengandung, ada yang yang kena tunggu beberapa lama baru mengandung, ada pelbagai situasi, Jalan cerita setiap orang tidak sama.


Kak Arni nak kongsikan kisah seorang ibu muda yang baru keguguran kandungan usia 5 bulan ya, bukan 5 minggu anak pertama yang dah naik motor selepas 9 hari keguguran dan peranakan beliau jatuh hingga boleh rasa dengan jari bukan perkara yang boleh buat main-main ya. Ya betul badan masih muda, dah rasa sihat tapi kita tak nampak dalaman kita macamana. Akhirnya sendiri yang tanggung bila peranakan dah jatuh.


Kalau Kak Arni nak menjual vitamin sahaja Kak Arni boleh cakap u makan Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP dan Vivix dah boleh sihat semula.


Tapi Kak Arni sebolehnya guide adik tu untuk kembali sihat, menjaga pemakanan, berjumpa semula dengan doktor, cari bidan untuk berurut dan banyak benda beliau tak tahu tentang ilmu mengandung, penjagaan dalam pantang.


Beliau nak mengandung semula tapi kalau badan belum pulih, emosi belum stabil, takde ilmu tentang mengandung, penjagaan bayi. Bagaimana beliau nak pregnant semula. Please ya adik-adik cari ilmu, kalau u boleh scroll fb, scroll artis berjam lamanya  please ubah, kehidupan semasa bujang dan berkahwin banyak bezanya.


Ya, Kak Arni bukan bidan mahupun doktor tapi bila umur dah meningkat ni kita dah nampak kesannya kalau tak menjaga badan semasa berpantang, makanan yang kita ambil setiap hari pun dah tinggal berapa percent je zatnya. Badan kita ni sangat berharga ya adik-adik.


Pesanan untuk kita kaum wanita.

Wahai kaum Hawa, ada sebabnya kenapa kena berpantang, baik yang bersalin, baik yang keguguran.

1. Sebab kita kena sihat untuk diri supaya dapat melakukan ibadah seharian
2. Sebab  kita kena sihat untuk anak-anak, kerana mereka nak kena diurus,
3, Sebab kita kena sihat untuk suami, supaya rumahtangga harmoni

#Jangan sampai

Dah terhantuk baru nak tergadah
Nasi dah jadi  bubur
Menyesal kemudian dah tak berguna

Ada masanya kita kena lebih utamakan diri kita untuk memberi manfaat kepada orang lain.

#keguguran

J'adore Christian Dior - Dexandra Shah Alam






Dibaluti Kemewahan Glamor Emas


Wanita dengan emas tidak dapat dipisahkan. Ibarat lagu dengan irama.

Bagi peminat emas, wangian J'adore Christian Dior yang glamor dan moden sesuai untuk mereka berketrampilan mewah berkilauan.

Main Accords

Floral
Fruity
White Floral
Sweet
Aquatic

Bercirikan klasik dan bercitarasa tinggi botol wangian ini sendiri berbentuk seperti Amphora Yunani. Wangian yang feminin, sedikit manis dan nyaman dengan bauan mandarin yang segar di atasnya diikuti dengan bauan melati, plum dan orkid yang membangkitkan perasaan serta iringan bauan amaranth, musk dan blackberry pasti membuatkan pemakainya berasa mewah dan berkeyakinan tinggi.

Pereka yang mereka wangian J'adore ini pada tahun 1999 ialah Calice Becker. Wangian ini sesuai digunakan oleh mereka yang muda atau yang lebih dewasa. J'adore Christian Dior adalah pilihan yang tepat untuk anda berketrampilan sofistikated, feminin dan menawan






Christian Dior Addict 2 - Dexandra Shah Alam





Wangian istimewa untuk anda yang muda dan seksi


Wangian gabungan aroma  "Addict", dengan bauan bunga-bungaan dan buah-buahan serta bauan rempah yang eksotik sesuai untuk anda yang ingin kelihatan sentiasa muda dan seksi. Pilihan yang tepat untuk anda ialah Christian Dior Addict 2 ianya dilancarkan pada tahun 2005.


Main Accords

Citrus
Floral
Fresh Spicy
Woody
Aquatic
Ozonic

Kelembutan bauan bunga-bungaan dengan sedikit bauan rempah serta berkekalan lama pasti memikat sesiapa sahaja. Kehadiran wangian ini mendatangkan satu perasaan yang penuh semangat dalam diri individu.

Bagi emosi yang lebih stabil bauan Mask dan Sandalwood sangat membantu ditambah pula bauan Freesia dan Lily yang lembut membangkitkan suatu perasaan yang lebih menarik dan berkarisma.

Wangian Dior Addict 2 sangat sesuai dipakai bila-bila masa sahaja, dikenali sebagai wangian yang sangat feminin dan seksi, Kehadiran anda lebih dirasai dan dihargai serta lebih istimewa.

Didatangkan dalam botol warna merah jambu menyerlahkan lagi kemewahan Dior. Dior Addict 2 adalah pilihan yang bijak bagi wanita muda feminin dan seksi.

Masalah Resdung Yang Merimaskan Atasinya Dengan Shaklee





Biasanya yang ada resdung ni tak nak mengaku yang mereka ada resdung walhal sendiri  rasa tak selesa dengan bersin terlalu kerap, hidung rasa gatal-gatal, muka naik jerawat dan pelbagai masalah ketidakselesaan.


Bagi mereka yang mengalami masalah resdung Kak Arni memang rekomen 3 suplemen untuk diambil setiap hari secara konsisten.




Alfalfa Complex

Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinus)

Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata dan resdung.

Bagi mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan untuk ambil Alfalfa Complex


B Complex

Kandungan B6 dalam B complex berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibodi badan.

Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan dibahagian muka.

Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C

Sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan menghadapi serangan penyakit.

Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh

Memastikan pemuliharaan proses metabolisma dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Your Trusted SID Shaklee.
Arni Syazila
010-2995619



Apakata mereka yang dah konsisten makan Set Resdung Shaklee




Lancome Miracle - Dexandra Shah Alam






Setiap Langkah Bergaya, Feminin Dan Bertenaga


Haruman Miracle Lancome dilancarkan pada tahun 2000. Ianya direka oleh Harry Fremont dan Alberto Morillas.

Mircale Lancome lebih tepat digambarkan sebagai wangian yang bertenaga dan penuh keajaiban. Ianya selari dengan kecantikkan dan keajaiban dalam  kehidupan adalah hasil dari minat terhadap sesuatu perkara, menghargai dan bersyukur setiap perkara yang berlaku. Ianya juga menggambarkan wanita berupaya menghadapi apa jua rintangan.

Main Accords bagi Lancome Miracle

Fresh spicy
Floral
Fruity
Tropical
Aquatic
White Flora


Miracle didatangkan dengan bauan permulaan Laici yang lembut. Sedikit bauan rempah ratus, disemarakkan dengan bauan magnolia, melati, halia dan "pepper" serta asas serbuk kasturi dan "amber". Ia membuatkan si pemakai berasa feminin, bertenaga dan menyeronokkan.

Wangian ini sesuai dipakai semasa cuaca panas juga sesuai di pakai di mana-mana majlis dengan bauan bungaan yang lembut, manis dan sedikit bauan segar limau membuatkan sipemakai berasa segar dan penuh keyakinan.

Inginkan  Miracle Lancome dengan harga yang mampu milik, hanya RM65 sebotol. Sila hubungi


Agen Dexandra
Arni Syazila
010-2995619



Tresor Midnight Rose - Dexandra Shah Alam






Ingin Kelihatan Bergaya, Berketrampilan Menarik Dan Memikat.


Tresor Midnight Rose adalah pilihan yang terbaik. Lancome memperkenalkan wangian Tresor Midnight Rose pada September 2011, ia diilhamkan oleh Anne Flipo.  Midnight Rose merupakan salah satu rangkaian wangian Tresor yang mana pada mulanya dihasilkan oleh Sophia Grojsman pada tahun 1990.


Tercetusnya idea untuk menghasilkan wangian Midnight Rose ialah untuk membangkitkan perasaan romantik seumpama "French Romance" agar wanita berketrampilan bukan sahaja cantik malahan menjadi ikon fesyen.


Main Accords : Fruity / Sweet / Soft Spicy / Rose / Woody


Dengan sentuhan lembut dan aromatik, Tresor Midnight Rose dihasilkan daripada titisan jus rasberri. Anda juga akan merasai kehadiran wangian Rose. Dalam minit yang pertama, kehadiran wangian yang menawan hati dengan kesegarannya, ringan dan penuh daya tarikan. Gabungan terbaik wangian buah-buahan dengan warnanya.


Kombinasi aroma melati, Peony, cassis, black currants diikuti pula dengan "pink pepper". Menjadikan wangian ini lebih menarik ditambah pula dengan bauan manis vanilla. Bauan kasturi dan cedar juga menguasai wangian ini.


Dengan bauan yang menggoda dan seksi, Tresor Midnight Rose sesuai dipakai semada waktu siang atau malam atau dipelbagai acara. Ingin kelihatan menarik seperti Emma Watson heroin Beauty And The Beast, wangian Tresor Midnight Rose adalah wangian yang sesuai untuk anda.


Inginkan bauan yang memikat, hubungi


#AgenDexandraShahAlam
Arni Syazila
010-2995619

Set Kecantikan Kulit Shaklee - Hilangkan Parut Jerawat


Kak Arni nak kongsikan bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu uolls yang mengalami masalah kulit muka seperti jerawat, parut jerawat, kulit kusam, kurang berseri dan pelbagai masalah kulit.


Walaupun sebelum ni uolls dah makan, dah guna pelbagai produk tetapi masih kurang berkesan, Kak Arni nasihatkan rawatlah kulit dari dalaman dulu iaitu melalui pemakanan suplemen. Bila dalaman dah sihat, cantik barulah luaran pun akan terserlah cantik.


Set skincare yang best seller dan sering mendapat permintaan ialah ESP, Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee.




Kelebihan ESP Shaklee

Kulit jadi lebih anjal dan gebu
Pudarkan parut
Mengawal pertumbuhan jerawat
Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
Mempertingkatkan fungsi hormon wanita
Kulit akan jadi lebih tegang dan sihat
Kekalkan tenaga untuk jangkamasa panjang, sentiasa rasa kenyang
Elakkan kencing manis
Kuatkan ingatan memori dan sembuhkan luka
Menghalang sel kanser merosakkan arteri
Mengandungi protein yang lengkap
Mengurangkan risiko kanser payudara


Kelebihan Vitamin C

Perlindungan sinar Uv
Mengurangkan kesan sunburn
Membantu mengelakkan masalah jerawat degil
Toma kulit menjadi lebih sekata
Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
Mencerahkan  kulit secara semulajadi
Membantu masalah kulit sensitif seperti resdung dan ekzema
Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi
Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
Membantu menghasilkan kolagen dalam badan
Kulit lebih glowing dan radiant


Vitamin E (Grape seed)

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Mengurangkan parut dan masalah jerawat
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
Membantu mengurangkan eyebeg
Mengawal masalah kulit berminyak
Mengatasi masalah jeragat
Boleh digunakan sebagai masker
Melambatkan proses penuaan


Collagen Powder Shaklee

Meningkatkan kelembapan kulit
Mengurangkan kekasaran dan kekeringan
Peningkatan dalam penampilan keseluruhan
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan
Meningkatkan pemakaian kekal mekap
Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
Meningkatkan ketebalan rambut
Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
Mengurangkan garis halus dan kedutan


Dapatkan set kecantikan kulit Shaklee yang terbaik dari Kak Arni

Your Trusted SID Shaklee
Arni Syazila
010-2995619

#PengedarShakleeShahAlam

Tanda-tanda Awal Anda Penghidap Diabetes


Kebelakangan ini kita sering terdengar umur masih muda tapi dah menjalani rawatan dialisis. Kebanyakkan dari kita tidak sedar kewujudan penyakit ini dari mula.





Diabetes adalah penyakit yang sukar dikesan pada peringkat awal dan gejalanya yang timbul sering dianggap ringan dan diabaikan. Terdapat ramai penghidap Diabetes yang tidak dirawat lebih awal sehinggakan ia membahayakan kesihatan badan yang lain.


Apabila kandungan gula dalam darah semakin meningkat, pesakit mula merasa kerap untuk kencing, dahaga, mudah rasa letih dan tidak bermaya. Pada peringkat yang kronik , pesakit akan mula rasa kebas  pada hujung kaki dan jari tangan, penglihatan kabur, luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman.


Apabila hormon insulin kekurangan atau badan tidak sensitif pada insulin, kandungan gula dalam darah juga tidak dapat dibawa masuk ke dalam tisu dan otot. Ini bermakna, badan terpaksa menjana tenaga daripada tenaga yang tersimpan di dalam lemak dan otot badan. Akibatnya pesakit akan mudah merasa letih dan badan akan menjadi semkin kurus.


Akhirnya penggunaan insulin perlu dilakukan kerana tiada lagi ubat yang dapat merangsang organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin. Walaupun banyak ubat yang diambil, ia tidak akan mampu menurunkan lagi paras gula dalam darah. Pengambilan suntikan insulin ini bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah


Diabetes adalah penyakit yang mana badan tidak dapat menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi mahupun insulin tidak bekerja dengan baik. Dan ia menyebabkan gula darah meningkat ketika pemeriksaan.


Diabetes terbahagi kepada 2 jenis


Diabetes Tahap 1

Ia boleh berlaku apabila terdapat kerosakan pada fungsi organ pankreas. Terdapat kekurangan atau tiada langsung pengeluaran hormon insulin dari organ pankreas. Akibatnya, kandungan gula dalam salutan darah menjadi tinggi kerana gula tidak dapat dibawa masuk ke dalam otot-otot atau tisu-tisu badan.


Diabetes Tahap 2

Ia pula berlaku apabila badan seseorang itu tidak sensitif kepada hormon insulin. Organ pankreas masih mengeluarkan hormon insulin, tetapi tisu dan otot badan tidak sensitif kepada insulin yang dikeluarkan . Akibatnya, kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Kebanyakkan diabetes tahap 2 adalah disebabkan keturunan. Kanak-kanak yang obesiti juga berisiko untuk menghidap diabetes tahap 2.


Mencegah Itu Lebih Baik

Walaupun seseorang itu berisiko menghidap diabetes atau faktor keturunan, ia masih boleh dicegah atau dilengahkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan harian dengan makanan yang seimbang, kerap bersenam dan menjaga tubuh badan supaya tidak obes.

Kak Arni akan kongsikan mereka yang dapat kesan positif dengan pengambilan #Vivix secara konsisten.




Bagi anda yang ingin mencegah atau ingin cari suplemen untuk diabetes boleh hubungi Kak Arni untuk maklumat lanjut.

Your Trusted SID Shaklee
Arni Syazila
010-2995619