Sedikit Nasihat Untuk Bakal Pengantin


Izinkan Kak Arni beri sedikit nasihat dan perkongsian kepada bakal-bakal pengantin. Selain dari uolls sibuk mencari barang-barang hantaran, katerer, make up artis (MUA) , khemah, dewan , goodies bag dan sebagainya, tolong ya cari juga ilmu sebagai isteri dan bakal ibu.


Selepas berkahwin, of coz uolls nak menimang cahayamata setiap orang badan dia tak sama, ada yang mudah mengandung, ada yang yang kena tunggu beberapa lama baru mengandung, ada pelbagai situasi, Jalan cerita setiap orang tidak sama.


Kak Arni nak kongsikan kisah seorang ibu muda yang baru keguguran kandungan usia 5 bulan ya, bukan 5 minggu anak pertama yang dah naik motor selepas 9 hari keguguran dan peranakan beliau jatuh hingga boleh rasa dengan jari bukan perkara yang boleh buat main-main ya. Ya betul badan masih muda, dah rasa sihat tapi kita tak nampak dalaman kita macamana. Akhirnya sendiri yang tanggung bila peranakan dah jatuh.


Kalau Kak Arni nak menjual vitamin sahaja Kak Arni boleh cakap u makan Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP dan Vivix dah boleh sihat semula.


Tapi Kak Arni sebolehnya guide adik tu untuk kembali sihat, menjaga pemakanan, berjumpa semula dengan doktor, cari bidan untuk berurut dan banyak benda beliau tak tahu tentang ilmu mengandung, penjagaan dalam pantang.


Beliau nak mengandung semula tapi kalau badan belum pulih, emosi belum stabil, takde ilmu tentang mengandung, penjagaan bayi. Bagaimana beliau nak pregnant semula. Please ya adik-adik cari ilmu, kalau u boleh scroll fb, scroll artis berjam lamanya  please ubah, kehidupan semasa bujang dan berkahwin banyak bezanya.


Ya, Kak Arni bukan bidan mahupun doktor tapi bila umur dah meningkat ni kita dah nampak kesannya kalau tak menjaga badan semasa berpantang, makanan yang kita ambil setiap hari pun dah tinggal berapa percent je zatnya. Badan kita ni sangat berharga ya adik-adik.


Pesanan untuk kita kaum wanita.

Wahai kaum Hawa, ada sebabnya kenapa kena berpantang, baik yang bersalin, baik yang keguguran.

1. Sebab kita kena sihat untuk diri supaya dapat melakukan ibadah seharian
2. Sebab  kita kena sihat untuk anak-anak, kerana mereka nak kena diurus,
3, Sebab kita kena sihat untuk suami, supaya rumahtangga harmoni

#Jangan sampai

Dah terhantuk baru nak tergadah
Nasi dah jadi  bubur
Menyesal kemudian dah tak berguna

Ada masanya kita kena lebih utamakan diri kita untuk memberi manfaat kepada orang lain.

#keguguran

#VitaminKeguguran

Labels: