Tanda-tanda Awal Anda Penghidap Diabetes


Kebelakangan ini kita sering terdengar umur masih muda tapi dah menjalani rawatan dialisis. Kebanyakkan dari kita tidak sedar kewujudan penyakit ini dari mula.





Diabetes adalah penyakit yang sukar dikesan pada peringkat awal dan gejalanya yang timbul sering dianggap ringan dan diabaikan. Terdapat ramai penghidap Diabetes yang tidak dirawat lebih awal sehinggakan ia membahayakan kesihatan badan yang lain.


Apabila kandungan gula dalam darah semakin meningkat, pesakit mula merasa kerap untuk kencing, dahaga, mudah rasa letih dan tidak bermaya. Pada peringkat yang kronik , pesakit akan mula rasa kebas  pada hujung kaki dan jari tangan, penglihatan kabur, luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman.


Apabila hormon insulin kekurangan atau badan tidak sensitif pada insulin, kandungan gula dalam darah juga tidak dapat dibawa masuk ke dalam tisu dan otot. Ini bermakna, badan terpaksa menjana tenaga daripada tenaga yang tersimpan di dalam lemak dan otot badan. Akibatnya pesakit akan mudah merasa letih dan badan akan menjadi semkin kurus.


Akhirnya penggunaan insulin perlu dilakukan kerana tiada lagi ubat yang dapat merangsang organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin. Walaupun banyak ubat yang diambil, ia tidak akan mampu menurunkan lagi paras gula dalam darah. Pengambilan suntikan insulin ini bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah


Diabetes adalah penyakit yang mana badan tidak dapat menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi mahupun insulin tidak bekerja dengan baik. Dan ia menyebabkan gula darah meningkat ketika pemeriksaan.


Diabetes terbahagi kepada 2 jenis


Diabetes Tahap 1

Ia boleh berlaku apabila terdapat kerosakan pada fungsi organ pankreas. Terdapat kekurangan atau tiada langsung pengeluaran hormon insulin dari organ pankreas. Akibatnya, kandungan gula dalam salutan darah menjadi tinggi kerana gula tidak dapat dibawa masuk ke dalam otot-otot atau tisu-tisu badan.


Diabetes Tahap 2

Ia pula berlaku apabila badan seseorang itu tidak sensitif kepada hormon insulin. Organ pankreas masih mengeluarkan hormon insulin, tetapi tisu dan otot badan tidak sensitif kepada insulin yang dikeluarkan . Akibatnya, kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Kebanyakkan diabetes tahap 2 adalah disebabkan keturunan. Kanak-kanak yang obesiti juga berisiko untuk menghidap diabetes tahap 2.


Mencegah Itu Lebih Baik

Walaupun seseorang itu berisiko menghidap diabetes atau faktor keturunan, ia masih boleh dicegah atau dilengahkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan harian dengan makanan yang seimbang, kerap bersenam dan menjaga tubuh badan supaya tidak obes.

Kak Arni akan kongsikan mereka yang dapat kesan positif dengan pengambilan #Vivix secara konsisten.




Bagi anda yang ingin mencegah atau ingin cari suplemen untuk diabetes boleh hubungi Kak Arni untuk maklumat lanjut.

Your Trusted SID Shaklee
Arni Syazila
010-2995619

#PengedarShakleeShahAlam
#ShakleeShahAlam
#ShakleeBukitJelutong
#ShakleeAlamBudiman
#ShakleeSunwayKayangan
#ShakleeTTDIJaya
#ShakleeDenaiAlam

Labels: