Kenapa Perlu Ambil Vitamin Walau Dah Ambil Makanan Seimbang




Saya dah ambil makanan setiap hari complete ikut piramid makanan. Semua dah cukup kenapa nak makan vitamin/suplemen lagi. Tak payah la nak membazirkan duit tu.


Mungkin dia ingat dia masih lagi hidup di tahun 20an agaknya, tiada pencemaran, tiada radiasi, sayur-sayuran dah buah-buahan tanam tepi rumah tanpa menggunakan racun serangga, ayam ternak sendiri.


Ketahuilah bahawa kita hidup di zaman yang mana

1) Hasil pertanian ditanam di tanah pertanian yang kurang berkualiti sebab zaman sekarang ni semua nak cepat kan, tanah pun tak sempat nak berehat. Kebanyakkan ayam yang diternak pun dicucuk dengan hormon supaya cepat membesar.




2) Pemakanan harian yang tidak seimbang, lebih-lebih lagi banyak makanan segera yang dimodifikasi.

3) Pencemaran alam termasuklah asap kereta, radiasi (henpon, komputer, barang letrik), asap kilang, habuk construction dan sebagainya. Ini semua menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh kita & menyebabkan kanser!

4) Kita sering tertekan atau dengan kata lain stress. Setiap kali kita stress, sebenarnya ia memberi kesan kepada kolesterol kita (walaupun rasa dah tak makan makanan berlemak).

5) Barangan yang kita gunakan mengandungi banyak bahan kimia. Walaupun kita rasa dah makan dan guna produk organik, tapi terdapat bahan-bahan kimia yang tersembunyi dalam barang plastik, dakwat, cat, baju, kasut dan sebagainya yang kita pakai setiap hari dan tak perasan.

Dan terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenapa kita perlu mengambil suplemen.

Suplemen tugasnya ialah mencukupkan keperluan vitamin dan mineral harian kita yang diperlukan oleh badan kita, yang mana makanan yang kita ambil setiap hari tidak dapat bekalkan.
Oleh itu sebaiknya carilah supplemen yang terbukti selamat dan berkesan melalui ujian klinikal, dibuktikan lagi dengan Landmark Study.


Labels: