Resepi Oreo Cheese Cake Tak Perlu Bakar Mudah Dan Ringkas


Buat peminat cheese cake, mesti suka kan dapat resepi yang mudah dan ringkas. Sedap pun sedap, jimat belanja. Kak Arni nak kongsikan resepi ni khas buat peminat cheese cake. Resepi sangat sesuai untuk Kak Arni yang takde kemahiran mem "baking"


Bahan-bahan Yang Diperlukan





Bahan-bahan;

Icing sugar (3 sudu besar)
Whipping cream dairy (200ml)
Cream cheese (100g, nak pakai lebih pun boleh untuk bagi tebal lagi )
Esen vanilla (1 sudu kecil)
Oreo (2 paket) atau beli paket yang dah siap crushed
Butter (2 sudu besar)

Bahan-bahan ni mudah didapati di kedai bakeri. Budget dalam RM50.


Cara-cara Nak Buat

Step pertama. Hancurkan 1 paket oreo, keluarkan krimnya sebab tu Kak Arni suka pakai yang dah siap crushed lebih mudah. Lepas tu campurkan butter yang dah cair. Butter ni tugasnya ialah memadatkan supaya oreo tidak tertanggal. Mampatkan dalam loyang sebelum tu lapikkan plastik supaya mudah untuk dikeluarkan.



Step kedua. Pukul whipping cream sampai berbuih macam texture aiskrim yg cair. Nak guna mixer pun boleh jangan terlalu lama sehingga dia berbuih sahaja.




Di bekas yg lain + lebih besar, sebatikan cream cheese, gula icing dan esen vanilla.

Third step. Campurkan whipping cream ke dalam bekas cream cheese. Sebatikan.




Selepas oreo dimampatkan bersama-sama butter dan diletakkan whipping cream beserta cream cheese, gula icing dan esen vanilla. Kak Arni tabur oreo di atasnya, yang lebih rajin boleh decor, make up bagi lagi cantik :)


Dah siap masukkan dalam peti ais at least 4 jam, ada juga yang letak dalam freezer jangan lama-lama sangat , beku nanti susah nak makan, rasa pun dah lain.


Inilah hasilnya buat satu loyang tak sampai 24 jam dah habis. Yang Kak Arni buat ni mungkin versinya kurang cantik tapi sedap, kalau tak sedap takkan boleh habis ya tak hehe. Selamat mencuba




Bagi yang kreatif boleh je buat macam ni hasil gambar dari Google.





Labels: