Tip Elakkan Kulit Gatal Kerana Kucing





Alahai comel je kan si bulus ni. Kak Arni pun suka melayan gak karenah kucing-kucing yang jinak ni cuma tidak membela sekadar bagi ia makan. Baru-baru ni anak Kak Arni kena gatal-gatal mungkin dia ada memeluk kucing jalanan ni atau stray cats. Agak teruk alergik yang dia hadapi.


Tip Elakkan Kulit Gatal Kerana Kucing 


Cara Kak Arni ialah bagi anak makan Vitamin C dan Omega manakala untuk sapuan luar di waktu malam Kak Arni sapu Vitamin E, bila ke sekolah Kak Arni sapu Herbal Blend. 


Vitamin C untuk tingkatkan imun sistem, manakala Omega Guard untuk keradangan supaya tidak menjadi semakin teruk. Fungsi Herbal Blend dan Vitamin E ialah untuk keringkan luka dan elakkan parut. Alhamdullilah dengan konsisten bagi setiap hari luka semakin kering dan tidak merebak.


Bagaimana kucing boleh menyebabkan kegatalan pada kulit


Bulu kucing boleh menyebabkan masalah kegatalan kulit bagi mereka yang ada alahan dan bagi sesetengah pesakit yang menghidap penyakit asma. Bagi pesakit asma, bulu kucing  yang kotor dan berhabuk memudahkan serangan asma.


Memeluk dan mencium kucing boleh menyebabkan penyakit kulit. Bulu kucing mengandungi kutu kucing yang boleh menyebabkan tangan menjadi gatal-gatal.  Selain itu penyakit kulit pada kucing boleh berjangkit kepada manusia. 

Contoh penyakit adalah scabiesis iaitu penyakit kulit yang disebabkan oleh tungau (sejenis kutu) .

Bagi mereka yang memelihara kucing pastikan persekitarannya bersih. Mandikan dengan syampu khas dan jaga diet pemakanannya dengan teratur.

Minta anak-anak selepas memegang kucing cuci tangan dengan sabun untuk elakkan kegatalan kulit.

Labels: