Tip Merawat Wajah Agar Tidak Kusam - Nutriwhite Shaklee



Semua orang nak kulit yang cantik, halus, mulus, flawless tapi dalam masa yang sama selalu tak sempat nak tengok kulit muka sendiri ditambah pula dengan suka makan makanan yang merapu, kurang minum air kosong, pengambilan makanan yang kurang buah-buahan dan sayur-sayuran.


Entri kali ini Kak Arni akan kongsikan Tip Merawat Wajah Agar Kulit Tidak Kusam. Nak buat ni kena konsisten baru nampak hasilnya. Kena rajin dan berdisiplin. Boleh ... boleh :)


Cuci Muka Rutin Setiap Hari

Mencuci muka adalah perkara  yang wajib dilakukan setiap hari tanpa alasan. Pencuci yang khas untuk rawatan wajah perlu dipilih agar sesuai dengan jenis kulit. Bukannya sabun mandi dibuat pencuci muka, habis rosak kulit muka.

Pencuci wajah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi sangat digalakkan. Dalam sehari sebaiknya mencuci muka tidak lebih dari dua kali. Waktu yang sesuai ialah bangun dari tidur dan sebelum tidur. Bagi uolls yang suka makeup tebal pastikan mencuci hingga bersih  tanpa meninggalkan sisa solekan.

Pilihan pencuci muka Kak Arni of coz Gentle Deep Foaming Cleanser kerana





Ia Membersihkan dan menyegarkan kulit

Mengandungi rumpai laut untuk menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit

Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin

Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit

Lembut dan menyegarkan



Guna Krim Pelindung Matahari

Wanita yang sering melakukan aktiviti di luar kawasan rumah lebih berisiko mengalami kulit yang rosak. Terutama kita ibu-ibu ni yang mengambil dan menghantar anak-anak di sekolah memang perlukan krim pelindung cahaya matahari.

Sinaran matahari yang melampau akan meresap jauh ke bawah kulit dan merosakkan sistem kulit daripada bawah. Oleh itu sebarang aktiviti luar yang melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, jangan lupa pakai krim pelindung cahaya matahari untuk melindungi kulit wajah.

Pilihan Kak Arni ialah Ultimate Protection Whitening Lotion, ia diformulasi dengan SPF 15. Kelebihan Ultimate Protection Whitening Lotion atau SunBlock ini ialah



Membantu mengelakkan kerosakan dari matahari

Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari.

Memberi perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi.

Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar


Elak Sikap Suka Memegang Wajah

Hampir setiap orang suka memegang kulit wajah sendiri. Bila tengah berfikir atau terfikirkan sesuatu automatik tangan kita nak pegang muka sendiri.

Tabiat ini kurang elok kerana tangan yang kotor apabila menyentuh kulit akan menambah kekotoran, Ini boleh sebabkan atau merangsang jerawat.


Rangkaian produk penjagaan kulit wajah Shaklee adalah selamat, berkesan, semulajadi ianya tidak mengandungi bahan yang terlarang.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp Pencuci Muka ke 010-2995619

Labels: