Berkebun Menyihatkan Fizikal Dan Mental Juga Menjimatkan Wang



Semua orang ada hobi kan, yang seronoknya hobi ni memberi banyak manfaat kepada diri kita dan dalam masa yang sama ianya menjimatkan wang kita salah satu hobi yang menjadi kegemaran ramai ialah berkebun.


Secara peribadinya, berkebun dengan Kak Arni ibarat langit dan bumi , dah cuba beberapa kali kami kurang chemistry haha. Maka mencari lah ke pasar sayur-sayuran segar. Parents Kak Arni rajin berkebun walau mereka duduk rumah taman.


Ralit melihat mereka yang duduk rumah flat/Apartment mencari ruang untuk bercucuk tanam. Skil ni kena belajar untuk dapat hasil yang memuaskan.





Berkebun ni salah satu cara aktiviti yang sangat baik untuk kesihatan khususnya bagi warga emas. Hanya 30 minit setiap hari memadai untuk menguatkan tulang mereka. Cuma mereka perlu lebih berhati-hati semasa mengalihkan pasu-pasu besar kerana ia meningkatkan risiko untuk mereka kena slip disc.


Manfaat Berkebun Untuk Kesihatan


Menguatkan Sistem Imun

Seperti yang kita sedia maklum, tanah sememangnya kotor dan banyak bakteria. Pendedahan terhadap mikroorganisma terutamanya pada kanak-kanak akan meningkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit di kemudian hari.

Dalam erti kata lain, tubuh yang terbiasa dengan keadaan itu akan mula membina perisai untuk melawan bakteria serta kuman. Selepas berkebun cucilah tangan sebersih-bersihnya.


Senaman 

Kajian mendapati 3 jam berkebun adalah sama dengan 1 jam berada di gim. Ini kerana aktiviti seperti mencangkul, mambaja, menyiram, memetik buah dan sebagainya adalah sangat memenatkan sama seperti anda melakukan senaman,


Merangsang Otak

Aktiviti berkebun melibatkan banyak latihan seperti pergerakan fizikal, interaksi sosial, pembelajaran kognitif dan sebagainya. Berdasarkan laporan CNN, terdapat 2 kajian membuktikan berkebun mempunyai pengaruh positif yang mampu merendahkan risiko dimensia atau nyanyuk bagi mereka yang berusia 60 hingga 70an.


Penyerapan Vitamin D

Terdapat kajian menyatakan bahawa kekurangan Vitamin D boleh mendatangkan risiko diabetes tahap 2. Oleh itu dengan melakukan aktiviti berkebun dapat memberikan masa yang sewajarnya kepada tubuh untuk mendapatkan bekalan vitamin D yang secukupnya.


Bagaimana Pula Berkebun Boleh Menjimatkan Wang


Dengan menanam sayur-sayuran ianya menjimatkan perbelanjaan dapur.
Menanam bunga-bunga yang unik dan boleh dijual kepada perancang perkahwinan atau kedai bunga
Menjual sayuran organik kepada kedai, restoren dan hotel
Menanam dan menjual tumbuhan herba


Credit : Majalah iSihat


Suplemen Untuk Mereka Yang Suka Berkebun


Suplemen ni membantu mereka yang sering keletihan dan mungkin ada yang badan sakit-sakit selepas berkebun. Dan ada juga yang kena slip disc akibat tersalah angkat pasu-pasu yang berat.


Perkara ini sering terjadi lepada warga emas dan tidak mustahil berlaku kepada mereka yang lebih muda.


Kak Arni cadangkan pengambilan Vivix, Ostematrix dan Omega secara konsisten untuk mereka yang suka berkebun.

Labels: