Tip Penjagaan Moden Untuk Bersalin Caeserean


Bila dengar kena bersalin caeserean semua dah takut kan, takut perut kena belah, takut perut berparut. Pelbagai perasaan masa tu. Sedangkan sepatutnya kita bersyukur yang kita ada pilihan lain untuk keluarkan baby kita dengan selamat.


Ada pelbagai sebab kenapa ibu-ibu kena caeserean, pengalaman kak Arni sendiri masa anak pertama memang dah sakit contraction selang 5 minit, 1 hari 1 malam tak boleh tidur, bukaan cuma 2 cm sahaja. Tidur memang dah tak boleh sebab sakit, apatah lagi nak makan memang dah tak lalu.


Bila keesokkan harinya nurse buat ctg test, baby dah semakin lemah. Sudahnya kena emergency caeserean rupa-rupanya baby dah terbelit tali pusat sebab tu dia tak dapat turun. Bila dikeluarkan dia dah biru, lambat menangis. Selepas diazankan terus di bawa ke Child care unit dan duduk di situ selama 2 minggu. Tak dapat nak bayangkan perasaan masa tu. Ada hikmahnya kenapa kena ceaserean.


Kelahiran yang kedua pun kena ceaserean sebab baby besar dan tak turun-turun haha, suka tul dia duk dalam perut mommy. Doktor ambil keputusan caeserean dikhuatiri parut lama terbuka jika bersalin normal. Dan yang ke 3 memang tahu dah kena caeserean, kak Arni terima dengan hati terbuka as long as baby selamat dikeluarkan.


Bila kita bersalin caeserean ni penjagaan dalam pantang ada sedikit perbezaan dari yang bersalin normal. Maklumlah lukanya pun ditempat berlainan kan.


Tip Penjagaan Moden Untuk Bersalin Caeserean


Proses pemulihan bagi mereka yang bersalin secara caeserean adalah lebih lama jika dibandingkan dengan mereka yang bersalin normal. Sebaiknya semasa disahkan mengandung dah kena cari maklumat untuk penjagaan dalam pantang bersalin secara normal dan caeserean.


Ibu yang caeserean, hari pertama memang tak boleh bangun, hari kedua selepas tiub air kencing dibuka, kita memang akan dipaksa untuk bangun. Ya sangat seksa dan sakit dibahagian luka, nak bangun pun ada caranya. Kena minta bantuan , kepala mungkin rasa pusing kena slow and steady.


Bersalin caeserean boleh mandi cuma make sure tempat luka tu sentiasa kering sebelum mahupun selepas mandi, biasanya kak Arni cover dengan plastik walaupun sebelum keluar hospital, doktor akan spray tempat luka. Biasanya selepas seminggu baru berani tak cover dengan plastik.


Pengambilan makanan seimbang sangat penting semasa kita dalam pantang untuk proses penyembuhan luka. Proses penyembuhan luka dalaman dan luaran memerlukan vitamin , zat dan protein yang cukup. Makanan yang berserat dan dan bervitamin tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat digalakkan ianya bukan sahaja untuk penyembuhan luka bahkan dapat mengembalikan tubuh sihat dan cergas. Elakkan sayuran dan buahan yang berangin (urat boleh bisa jika tersalah makan semasa dalam pantang)


Ibu-ibu perlu minum air yang secukupnya semasa dalam pantang terutama air kosong untuk elakkan dehidrasi.  Dehidrasi (kekurangan cecair badan) akan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan risiko jangkitan kuman sering berlaku pada peparu, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki ataupun Deep Vein Thrombosis (DVT). Pengambilan air yang cukup akan buatkan kita kerap buang air kecil dan kuman dapat dikeluarkan.


Bagi yang bersalin caeserean elakkan pengambilan jamu kerana ia mengandungi herba yang boleh melambatkan proses penyembuhan luka.


Senaman boleh dilakukan, Kak Arni bukan suruh melompat bintang. Sebaik sahaja ubat bius semakin menghilang dah boleh gerakkan kaki sikit-sikit. Jangan biarkan sahaja kaki tak bergerak cuba bergerak sikit-sikit. Pergerakan ini membantu melancarkan proses peredaran darah dan dapat mengelakkan DVT. Paksa diri untuk bangun dan bergerak, sakit memang sakit. Nak cepat baikkan?


Bila kita bersalin caeserean, agak sukar untuk kita  menyusukan baby semasa hari pertama. Minta bantuan nurse untuk letakkan baby sebelah kita dan susukan sambil berbaring. Penyusuan adalah yang terbaik untuk ibu dan baby.


Orang bersalin caeserean boleh berbengkung dengan syarat pastikan material kain bengkung adalah jenis kain kapas. Ini kerana ianya tidak menyebabkan berpeluh dan lembap di tempat luka pembedahan maka proses penyembuhan luka tidak akan terganggu. Pastikan kerap membuka bengkung yang dipakai bagi memastikan jahitan luka tidak terjejas akibat geseran dengan  bengkung.


Sokongan moral sangat perlu bagi ibu-ibu yang baru bersalin terutamanya dari suami. Ianya sangat membantu dalam proses penyembuhan mental dan fizikal.


Suplemen Untuk Yang Bersalin Ceaserean boleh klik Set Berpantang Caeserean.


Testimoni mereka yang mengambil Set Berpantang Shaklee



Boleh hubungi Kak Arni untuk maklumat lanjut. Setiap pembelian Vivix 2 botol anda layak Free membership dan cash rebate











Labels: