Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Alzheimer



Alzheimer adalah masalah kesihatan umum yang semakin serius dihadapi oleh golongan warga emas dan memerlukan penjagaan keluarga mereka.


“Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang"


Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.


Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mampu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.


Entri kali ini akan fokus kepada Diabetes salah satu punca kepada Alzheimer, mengikut kajian yang dilakukan oleh Alpert Medical School, Brown University, Alzheimer adalah Diabetes Tahap 3.


Antara punca utama ialah GULA, sel otak menjadi "resistant" kepada insulin, ianya menjadi semakin lemah. Gula yang berlebihan ini menyebabkan memori semakin kabur, semakin lupa. Gula menyebabkan pembentukan plak di otak.







Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Diabetes?






Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:


Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.


Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.


Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.


Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.



Mencegah itu lebih baik dari berubat. Jagalah kesihatan kita, jangan mendabik dada yang kita akan sihat selamanya . Berjumpalah dengan doktor jika kita ada tanda-tanda yang meragukan.



Labels: