Cara Memeriksa Payudara Sendiri Di Rumah - Shaklee Shah Alam


Baru-baru ini berlangsungnya Health Carnival Shaklee di antara pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan ialah BMI, Health Bone Check, Glucose check, Kolesterol dan Breast Health Check.


Semasa di kaunter Breast Health Check, menurut pegawai yang bertugas setiap 20 wanita ada 1 yang menghidapi kanser payudara. Dan ini adalah perkara yang sangat membimbangkan.


Mengikut 1 artikel dari majalah kesihatan iSihat, menjelang 2025 jumlah wanita yang menghidap penyakit kanser payudara di negara ini dijangka meningkat sebanyak 50 peratus. Ianya berpunca daripada rendahnya kesedaran di kalangan wanita untuk menjalani pemeriksaan awal kanser payudara.


Antara kaedah pengesanan awal yang boleh di lakukan ialah pemeriksaan sendiri di rumah. Info ni Kak Arni dapat dari flyers yang diberikan oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia semasa Health Carnival anjuran Shaklee.


Cara Memeriksa Payudara Sendiri Di Rumah





Kita bertanggungjawab terhadap kesihatan payudara kita. LIHAT dan PERIKSA.

Payudara berbeza dalam bentuk dan saiz. Rupa bentuk dan saiz tidak akan kekal sepanjang hayat. Perubahan bentuk dan dan saiz payudara berlaku disebabkan oleh kedatangan haid, kehamilan, peningkatan umur atau perubahan berat badan.


Kebanyakan perubahan ini tidak berbahaya. Walaubagaimana pun perubahan yang luar biasa perlu diperiksa oleh doktor.





1. LIHAT

Tanggalkan pakaian  anda hingga ke pinggang dan berdiri dihadapan cermin. Ini harus dlakukan dalam bilik yang terang.

Perhatikan perubahan saiz, bentuk, warna dan rasa permukaan kulit dan puting. Perhatikan juga kedudukan puting dan picit dengan perlahan untuk memastikan tiada sebarang cecair atau darah.


2. BARING DAN PERIKSA

Baring menelentang  dengan meletakkan lipatan tuala atau kain di bawah bahu kiri. Ini membolehkan payudara leper dan melebar.

Letak tangan kiri di bawah kepala. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara Kiri.

Periksa seluruh kawasan dari tulang selangka hingga ke garis kesan coli di bawah payudara dan dari bahagian tengah dada hingga paras ketiak di tepi.


3. PERIKSA PAYUDARA ANDA

Rapatkan jari kedua hingga keempat dan gunakan bahagian rata untuk memeriksa,

Gerakkan jari dalam bulatan kecil sebesar syiling 20 sen. Tekan dengan perlahan tetapi mantap untuk mengesan sebarang perubahan yang luar biasa.

Bayangkan payudara sebagai permukaan jam. Mulakan pemeriksaan di titik pukul 12 dan bergerak sekitar kawasan payudara sehingga sampai ke titik permulaan tadi.

Alihkan kedudukan jari ke bawah, jarak anggaran satu jari dan ulang pergerakan pemeriksaan dalam bentuk bulatan kecil (seperti langkah 3) hingga ke kawasan puting.

Tolak puting ke tepi dan periksa bahagian  bawah dan sekeliling puting. Anda akan merasa penebalan yang normal di bawah puting  payudara dan dibahagian garis kanan coli. Penebalan dibahagian garis coli ini menyokong payudara.


4. KETIAK

Alih lengan kiri anda dan luruskan ke bawah di sisi. Periksa payudara di kawasan ketiak.


5. PAYUDARA KANAN

Alih lipatan tuala atau kain ke bawah bahu kanan. Letak tangan kanan di belakang kepala. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara KANAN pula.

Ulang langkah-langkah seperti yang dilakukan untuk payudara KIRI tadi.


Proses mengenali payudara sendiri bukan terhad kepada wanita yang berkahwin sahaja malahan termasuk semua remaja, bujang, berkahwin, warga emas termasuk lelaki.


Biasakan diri dengan perubahan normal payudara

Sebulan sekali, pada hari 7 - 10 dari hari pertama haid

Jika sudah putus haid atau kitaran haid yang tidak tetap dan untuk lelaki pilih  hari yang sama setiap bulan

Juga semasa hamil


Pengesanan awal dan rawatan perubatan yang segera dapat menyelamatkan payudara anda dan juga nyawa anda


Dapatkan nasihat doktor jika anda mengesan

Perbezaan luar biasa pada saiz, bentuk, rasa permukaan kulit dan warna payudara.

Lekukan atau kedutan pada payudara

Perubahan kedudukan puting dan puting tenggelam

Lelehan yang keluar dari puting

Ketulan atau benjolan luar biasa di mana-mana bahagian payudara.


Baca kisah bagaimana kesan Resveratrol kepada pesakit breast cancer klik Resveratrol


Labels: