Kesan Pil Perancang Kepada Otak Kita



Pil Perancang atau pil pencegah kehamilan ialah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan untuk wanita. Pil pencegah kehamilan ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau kandungan progestogen.





Pil perancang mencegah kehamilan melalui kandungan hormon estrogen dan progestogen, dengan menghalang indung telur berovulasi atau melepaskan sel telur. Selain itu, pil perancang juga akan membuat sperma sukar untuk mencapai sel telur atau menghalangi sel telur menempel pada lapisan rahim.



Ada kajian mengatakan bahawa pengambilan pil perancang mengganggu otak kita. Pil perancang menghakis Vitamin B, Folic Asid, Vitamin C, Magnesium CoQ10. Ke semua bahan ini penting untuk otak kita.

Apabila kekurangan vitamin, ia menyebabkan otak menjadi semakin lesu dan kurang bermaya. Selera juga semakin bertambah.


Vitamin yang sesuai untuk mereka yang mengambil pil perancang ialah Vivix, B Complex, Vitamin C, GLA dan Vitamin E.



Antara kesan-kesan yang dialami oleh mereka yang mengambil pil perancang ialah




1. Pil perancang mungkin boleh menyebabkan loya, sakit dan tegang pada buah dada, pendarahan bertompok-tompok yang tidak teratur, pertambahan berat badan, muram dan sakit kepala.


2. Darah beku merupakan salah satu potensi risiko. 2/10,000 wanita akan mengalami darah beku berbanding 1/10,000 wanita untuk mereka yang tidak menggunakan pil perancang.


3. Anda tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika anda mempunyai sejarah strok, sakit jantung, darah beku, penyakit hati, kanser payudara, lewat usia lebih daripada 35 tahun dan merokok.


4. Anda harus meminta nasihat daripada pakar sakit puan atau doktor anda mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan yang lain jika anda mempunyai kencing manis, darah tinggi,kolestrol tinggi atau risiko kesihatan yang lain.


Sumber : Woman Online Magazine


Sila dapatkan nasihat dari pakar dalam menggunakan pil perancang yang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia


Labels: