Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Semasa Haid


Tahu tak bila kita tak menjaga pemakanan semasa kita period atau datang haid, ianya juga penyumbang kepada senggugut.


Biasanya bila kita senggugut, kita akan rasa sakit pinggang, sakit perut, sakit kepala, rasa mual, rasa nak muntah, perut kembung pendekata serba tak selesa dibuatnya boleh hangin satu badan kalau silap cakap :)

Simptom ni  berlanjutan selama 2 - 3 hari sebelum dan semasa kedatangan haid.


Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Semasa Haid


1. Daging Berlemak




Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit dibahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika ingin makan daging sebaiknya makanlah daging ayam atau ikan.


2. Ais Krim




Produk tenusu mengandungi lemak. Ianya juga memberi kesan yang sama seperti makan daging yang berlemak. Tahan dulu perasaan nak makan ais krim tu ya :)

Ada petua lama, sebaiknya semasa kita period atau datang haid elakkan minum ais, tak kisahlah samada air batu, cendol atau ais kacang sedap memang sedap tapi kita nak rahim kita sihat untuk long term kan.



3. Snek dan Kerepek




Elakkan makan makanan merapu seperti jajan, snek, kerepek kerana ia mempunyai kandungn garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.

Badan membesar dengan jayanya pun ya juga :)


4. Coklat. Biskut dan kek




Makanan yang bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ianya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.

Sekiranya inginkan sesuatu yang manis, tukarkan kepada buah-buahan seperti anggur, mangga, buah pic.


5. Kopi




Bagi peminat kopi, mungkin info ni mendukacitakan sedikit. Kafein salah satu penyebab senggugut.

Jika teringin sangat nak minuman berkafein mungkin boleh tukar kepada Cinch Latte, sedap dan menyelerakan.


6. Minuman Tenaga




Minuman tenaga juga mengandungi kafein selain itu ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman bergas juga tidak digalakkan minum semasa period kerana kandungan gula yang tinggi dan bergas yang menyumbang kepada masalah kembung perut.


Nak minuman tenaga boleh ambil Performance Drink Shaklee, minuman elektrolit yang bebas gula.


Bagi uolls yang selalu mengalami masalah senggugut hingga berguling-guling, Kak Arni ada tip yang mungkin boleh mengurangkan atau menghilangkan masalah senggugut yang dialami bertahun-tahun walaupun selepas beranak pinak. Nak tahu sila klik Cara Atasi Masalah Senggugut.

Labels: