Menu Sayur Dalam Pantang Yang Berkhasiat


Pemilihan sayur dalam pantang juga penting, jangan tersalah pilih dikhuatiri akan bentan. Seksa tau kalau bentan boleh jadi demam, turun darah. Sangat penting jaga kesihatan semasa dalam pantang.


Bila kita dah bersedia dengan menu lauk dalam pantang sekurang-kurangnya kita dah meringankan mereka yang membantu kita. Terutama bagi mereka yang berpantang sendiri bersama-sama anak-anak yang lain.


Menu Sayur Dalam Pantang Yang Berkhasiat


Lobak Putih Masak Air





Bahan-bahan

1/2 batang lobak putih bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam (ikut keperluan)
4 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa


Cara-caranya

1. Bersihkan lobak
2. Potong nipis-nipis agar mudah dimakan. Masukkan di dalam periuk dan masukkan air
3. Lada hitam dan bawang perlu ditumbuk dan digaulkan bersama lobak dan air
4. Masak di atas api yang sederhana dan masukkan garam secukup rasa sebelum diangkat.


Info :

Lobak putih terkenal sebagai sejenis sayur yang mampu menambahkan penghasilan susu ibu. Sesuai bagi ibu yang baru bersalin.


Sup Sawi Dan Lobak Merah





Bahan-bahan

1 pokok sawi
1.2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Bersihkan lobak merah dan kupas kulitnya. Potong nipis-nipis agar senang empuk
2. Bersihkan sawi dan potong daun serta batangnya
3. Bawang merah dan bawang putih dikupas dan dimayang halus
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga empuk.
5. Perisakan dengan garam


Tip

Jangan masak terlalu lama kerana dikhuatiri zat dan nutrien akan hilang.



PERIA MASAK LADA HITAM




Bahan-bahan:

300 ml air
2 batang serai – di ketuk
2 ulas bawang putih – di hiris
1 biji peria katak – dipotong nipis
100 gm ikan bilis – dibersihkan
10 gm kunyit – di tumbik halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1.      Didihkan semua bahan kecuali Peria. Kacau sekali sekala.
2.      Masukkan Peria.
3.      Masak hingga empuk dan kuahnya pekat.
4.      Angkat dan hidangkan.



PEGAGA MASAK LADA HITAM





Bahan-bahan

Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam

Cara-caranya

1.      Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
2.      Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.
3.      Biar pekat.
4.      Kemudian masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


Inginkan vitamin dalam berpantang yang selamat, berkesan dan semulajadi. Sila klik Vitamin Ibu Berpantang



Labels: