Perkara Yang Suami Wajib Lakukan Ketika Isteri Mengandung


Setiap pasangan selepas berkahwin pasti inginkan cahayamata. Bagaimana pula  tanggungjawab seorang suami apabila mengetahui isteri mengandung.





Perlu diketahui emosi seorang wanita yang mengandung memang sensitif, mood berubah-ubah. Perkara ni suami memang kena banyak bersabar. Tidak mudah ya seorang wanita mengandung, mereka sendiri bergelut untuk adjust badan mereka dengan perubahan yang dialami bermula minggu pertama hingga minggu terakhir kehamilan.



Perkara Yang Suami Wajib Lakukan Ketika Isteri Mengandung


Sila ikut tips ni ya supaya rumahtangga lebih harmoni :)


1. Luangkan Masa Bersama Isteri

Mungkin sebelum ni suami selalu keluar, apakata sepanjang isteri mengandung lebihkan masa di rumah bersama isteri. Kerana pada waktu ini isteri sangat  memerlukan anda. Bagi yang berjauhan dengan isteri selalu lah hubungi isteri, mungkin boleh buat surprise gift. Bila mereka happy mereka lebih tenang dan lebih sihat.


2. Menjaga Pemakanan Isteri

Paling penting pastikan isteri makan vitamin kehamilan. Paling baik hadiahkan isteri Set Kehamilan Shaklee. Pujuk isteri elakkan makanan yang tidak berkhasiat, makanan yang tinggi kandungan gula, makanan proses, fast food. Selain tidak elok untuk kesihatan isteri ianya mungkin akan efek kepada bayi yang dikandung.

Mungkin masa ini isteri anda mengidam, teringin nak makan sesuatu. Cuba usahakan as long as makanan itu halal dan elok dimakan. Sediakan kudapan yang sihat untuk isteri contohnya buah-buahan, yogurt, kismis dan kekacang.


3. Mengiringi Isteri

Contohnya jika ke shopping complex, please ya Cik Abang jangan tinggalkan isteri tu. Berjalanlah beriringan, isteri terpaksa berjalan dengan perlahan kerana membawa perut yang besar, mungkin dengan berjalan laju mereka akan rasa sakit di bahagian peranakan atau pangkal peha. Carilah tempat duduk supaya isteri dapat berehat sebentar.

Katakuncinya  ialah BERSABAR


4. Menjadi suami ni, jangan menunggu berfikirlah dengan logik akal. Jangan menunggu isteri meminta tolong, buatlah kerja-kerja rumah seperti membasuh menyidai baju, kemas rumah kalau boleh memasak itu lebih baik. Unless anda ada pembantu rumah.


5. Belajar Memahami

Emosi wanita mengandung sentiasa berubah-ubah, tiba-tiba je mood swing, sensitif, merajuk, marah-marah.  Sebagai suami, anda kena belajar situasi, bukan anda sebagai suami yang naik angin tak tentu pasal. Istighfar banyak-banyak.. Isteri sedang mengandungkan anak anda. Pujuklah mereka, berikan segelas air dan minta dia berehat.


6. Membantu menjaga anak

Mungkin isteri sedang mengandungkan anak yang seterusnya dan anda ada anak kecil yang lain. Jagalah anak yang lain, mereka juga perlukan perhatian. Biar isteri berehat sementara untuk melegakan sakit pinggang dan kaki.


7. Teman Isteri Check Up

Seboleh-bolehnya temankan isteri setiap kali check up di klinik, Jika tidak dapat temankan atas urusan kerja , bertanyalah keadaan isteri dan baby selepas check up. Isteri akan rasa sangat dihargai dan disayangi.


Selain itu sebagai bakal bapa banyakkan lah solat sunat agar isteri dan baby yang dikandung sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. Banyakkan baca Al Quran ajak isteri sama-sama mengaji. Mudah-mudahan anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh. InShaaAllah.


Labels: