Rawatan Bartholin Cyst Yang Berkesan Supaya Tidak Melarat Dengan Vivix





Pernah dengar tentang Bytholin Cyst? Kak Arni sendiri pun baru tahu tentang Bytholin Cyst ni. Penyakit ini bukan sesuatu yang remeh ya, ia perlu diberi perhatian serius jika kita mengalaminya.


Pembengkakan kelenjar bartholin atau lebih dikenali sebagai bartholin cyst ini kerap berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan umur yang sedang subur iaitu 20-an. Pembengkakan yang berlaku ini biasanya berhampiran dengan permukaan vagina.


Kelenjar bartholin (bartholin gland duct) berperanan dalam membekalkan mukus dan kelembapan kepada kawasan vagina. Duktus yang menyambungkan kelenjar bartholin dengan bukaan vagina wanita berukuran 1 inci panjang dan jika ia tersumbat ia boleh menyebabkan pembengkakan pada kelenjar bartholin.


Dan ramai yang tidak menyedari mereka ada Bartholin Cyst sehingga mereka berasa sakit dan tidak selesa.


Tanda-Tanda Bartholin Cyst 


Tanda-tanda jangkitan dan pembengkakan kelenjar bartholin dapat dirasai apabila pesakit merasakan kesakitan pada bahagian vagina dan kebiasaannya penghidap bartholin cyst yang bernanah ini hanya boleh duduk di atas sebelah punggung sahaja.


Pesakit akan mengalami demam, bahagian vagina yang membengkak, kemerahan dan berasa sakit. Seumpama bisul bila semakin membengkak dan bernanah kita akan rasa sakit dan tidak selesa. Biasanya ramai yang tidak perasan dengan kehadiran cyst ini kecuali setelah membuat pemeriksaan dengan doktor.





Cyst yang membesar lebih daripada 1 inci diameter akan membuatkan pesakit tidak selesa, terutamanya ketika duduk, berjalan dan ketika melakukan hubungan seksual. Ini kerana kelenjar bartholin lah yang menyediakan cecair untuk peliciran semasa hubungan seksual, dan jika salur ini tersumbat, maka ia akan membesar dan dipenuhi lendir. 


Dan itulah yang dikenali sebagai cyst. Cyst itu boleh membesar daripada saiz kacang ke saiz bola golf malah lebih besar dari itu. Itu sebab penting untuk segera mendapatkan rawatan bartholin cyst.


Punca Berlaku Bartholin Cyst 


1. Hubungan kelamin Apabila melakukan hubungan kelamin, lebih banyak cecair yang akan dihasilkan atau keluar. Ini menyebabkan kekotoran dan perlu dibersihkan sebaiknya. Sebaik-baiknya selepas melakukan hubungan kelamin terus basuh jangan dibiarkan.


2. Kebersihan faraj Mungkin di saat bercukur, ada timbul bisul tanpa disedari. Jadi, pastikan faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering, kerap membuang air kecil dan kerap menukar pantyliner. 


3. Faktor usia Wanita yang sudah menopause berkemungkinan boleh mengalami masalah bartholin cyst. Ia sering berlaku pada umur 60 ke atas.


Rawatan Untuk Mereka Yang Mengalami Bartholin Cyst


1. GLA Complex




Kebanyakan masalah cyst, ramai yang mengesyorkan untuk mengambil GLA Complex. GLA Shaklee dapat membantu masalah hormon sekaligus mengecutkan cyst.  GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


2. Vivix





Kuasa antioksidan 40x lebih tinggi daripada anggur biasa, mengandungi asid elagik membantu mengurangkan kesan oksidatif stress dan elak kanser, lebih berkesan melawan radikal bebas, mengandungi polifenol dan resveratrol yang merupakan antioksida yang sangat kuat. VIVIX sangat membantu untuk mengecutkan cyst dan pada masa yang sama membaiki sel yang rosak.

Kandungan Resveratrol yang tinggi dalam Vivix membantu merencatkan pertumbuhan abnormal sel.


3. Garlic Complex



Garlic Complex adalah antibiotik semulajadi. Ia berperanan untuk membunuh bakteria dan membantu mengawal jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian faraj.


Sila whatsapp Kak Arni 010-2995619 untuk maklumat lanjut berkaitan vitamin Shaklee.

Labels: