Tip Anak Mudah Bangun Waktu Sahur


Selain dari kesibukan kita menyediakan juadah untuk sahur, cabaran kita di pagi hari ialah mengejut anak-anak bangun bersahur.


Bagi mereka yang anak jenis mudah bangun tidur mungkin tidak menjadi masalah, panggil sekali terus melompat ke bilik air uruskan diri.





Yang menjadi cabaran ialah panggil berkali-kali tapi tak bangun-bangun haha yang kalau dibiarkan memang tak bersahur la jawabnya. Amat rugi kalau kita tidak bersahur.



Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:

Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.

1) Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w. Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.

Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah.


Tip Anak Mudah Bangun Waktu Sahur


Ada banyak cara yang kita boleh lakukan agar anak-anak mudah untuk bangun sahur antaranya ialah


1. Galakkan anak-anak tidur sebelum jam 11pm, biasanya selepas Solat Terawih habis dalam 9.30pm mereka akan menjamah makanan ringan yang disediakan atau makan di rumah. Berehat seketika atau ulangkaji pelajaran.


2. Sebelum mereka tidur kita boleh mengingatkan mereka, esok pagi anak-anak semua kena bangun awal untuk bersahur seumpama kita dah tanamkan dalam minda mereka perlu bangun lebih awal. Baca niat puasa sebelum tidur.


3. Elakkan makan makanan yang berat atau sukar dihadam sebelum tidur, kurangkan minum air manis sebelum tidur.


4. Bercerita dengan mereka tentang menu semasa bersahur, kalau boleh menu kesukaan mereka. Supaya mereka berselera untuk makan.


5. Kejut mereka dalam selang masa 10 minit, selepas mereka bangun terus ke bilik air bersihkan diri. Andai kata pitching suara terlebih tinggi, sampai bergegar pintu rumah, maaf ya jiran-jiran


Waktu yang sesuai untuk mereka bersahur ialah jam 5am, seusai bersahur boleh menunggu masuk waktu Subuh. Kebetulan tahun ini bulan Ramadhan ialah cuti sekolah 2 minggu, anak-anak lebih relaks tidak perlu rushing ke sekolah. Ini lebih memudahkan ibubapa yang bekerja.


Bagi anak-anak yang sangat liat untuk bangun ada cara yang lebih ekstrim, biasanya kak Arni gunakan spray air :) InShaaAllah mereka lebih cepat sedar dan boleh bangun dengan cepat.





Semuanya terpulang kepada kita sebagai mak-mak yang tahu rutin anak-anak kita. Tapi yang paling penting kita mak-mak ni kena bangun lebih awal, jangan lupa set alarm clock. Tersedar sebab dengar azan Subuh, maka satu rumah tak bersahur :)


Bagi ibu-ibu yang mencari menu sahur yang mudah disediakan dan berkhasiat boleh klik Menu Sahur

Semoga ibu-ibu semua bersabar melayan karenah anak-anak sepanjang bulan Ramadhan.

Labels: