Tip Luka Caserean Cepat Sembuh


Caeserean .... ramai yang takut untuk dibedah semasa melahirkan anak. Macam kak Arni sendiri memang tiada pilihan berpengalaman 3 kali caeserean. Sakit ya memang sakit selepas pembedahan terutamanya selepas ubat bius hilang, nak bangun memang seksa dari perbaringan, nak duduk, nak baring semula memang menahan kesakitan hatta kalau nak batuk pun kena pegang perut.


Bila kita caeserean sangat penting untuk kita menjaga luka agar ianya cepat sembuh bukan sekadar luka di luar malahan luka di dalam juga sangat penting untuk kita jaga. 7 lapisan rahim kita di toreh untuk mengeluarkan bayi kita.





Tip Luka Caeserean Cepat Sembuh


1. Membuat pergerakan

Terkejutkan macam mana nak bergerak dah tentunya dari pinggang ke kaki kena bius, bila ubat bius tu dah hilang. Slowly gerakkan kaki mainkan ibu jari kita, bila nurse kata kena bangun, usahakan juga untuk bangun walau sakit dan kepala rasa sikit pening. Tujuannya ialah mengurangkan risiko darah beku untuk permulaan minta bantuan masa nak bangun.


2. Makan makanan yang berzat dan seimbang

Badan kita memerlukan vitamin dan zat semasa proses penyembuhan. Selepas menjalani pembedahan kita kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protein. Terdapat pelbagai menu dalam pantang yang sesuai untuk mereka yang bersalin caeserean. Pemilihan menu ini penting kerana ia membantu luka cepat pulih, kita dapat  menyusukan baby dengan selesa dan tenang.


3. Pastikan tempat luka sentiasa kering, boleh mandi cuma macam kak Arni sendiri akan cover bahagian luka tu dengan plastik. Biasanya selepas seminggu dah boleh mandi macam biasa. Elakkan lap tempat luka dengan menggunakan tisu gunakan tuala yang bersih. Dan jangan letak sebarang ubat tradisional dibahagian luka.


4. Elakkan aktiviti lasak seperti mengangkat berat, melakukan kerja-kerja rumah yang berat, elakkan mendukung anak yang lebih besar kecuali baby yang baru lahir.


5. Susukan bayi sekerap yang mungkin kerana menyusu bukan sahaja dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ia juga akan bagi signal pada badan untuk mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.


Jika anda masih mencari-cari vitamin yang boleh membantu luka caeserean cepat sembuh, boleh ambil Set Berpantang Caeserean Shaklee yang lengkap dengan zat disamping makan makanan di dalam pantang.


Untuk mencuba produk, sila hubungi saya

Whatsapp : 010-2995619

Email: arnisyazila@gmail.com

Add FB saya : Arni Syazila

Klik FanPage saya : My Vitamin Shah Alam

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja

Disclaimer : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.



Bagaimana Nak Turunkan Berat Selepas Hari Raya


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat pembaca blog Kak Arni :) Rasanya dah lama sangat tak update blog. Dah rindu ke?


Memandangkan kita masih dalam mood beraya. Ramai yang masih takut, ngeri nak naik penimbang berat maklumlah kan bila beraya ni segala makanan kita nak makan, yang berminyak, yang berlemak , yang bermacam-macam jenis, eh Raya setahun sekali katanya. Dah elok dah kan bulan puasa hari tu kita mengawal selera makan, sekarang ni sendiri menyesal tak sudah, dah tu nak dibiarkan sahaja ke?


Hari ni hari Isnin ramai dah start kerja, anak-anak dah masuk sekolah semula. Eloklah kiranya minggu ni kita start Puasa 6. Ya faham, Sabtu Ahad hari yang mencabar sebab masa ni lah ramai yang buat open house. Tipnya, dalam kereta sediakan air kosong sebelum masuk ke rumah, kita minum air kosong dulu. Perut bagi signal dah kenyang. Ambil satu pinggan dan letak portion makanan yang sedikit lepas tu jangan tambah lagi. Makan sedikit supaya tuan rumah tak kecil hati, Bulan Raya ni kita mengeratkan silaturahim bukannya meleraikan.


Lagi satu cara kita buat detox, ada yang kata detox ni metafora je, tak perlu buat, confirm tak jadi. Actually ramai dah buat dan menjadi. Lemak yang tepu dalam badan kita ni kita buang secara perlahan-lahan bukannya buat terus jadi, kena sabar dan rajin. Nafsu makan dan nafsu kepada gula tu kita kurangkan slowly. Boleh boleh.


Detox ialah proses dimana badan mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu kesihatan badan. Toksin yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan badan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik dan mengakibatkan badan menjadi lesu, darah kotor, mudah terkena jangkitan penyakit akibat sistem imunisasi badan yang rendah dan banyak masalah kesihatan yang lain.


Kalau uolls perasan asal lepas Raya je kita batuk, demam, selsema selain dari  faktor cuaca dan minum air batu, pemakanan kita juga menyumbang kepada imun badan kita. Sebab tu kak Arni galakkan kita buat detox terutamanya selepas Raya ni.


Blank tak tau nak detox macam mana? Kak Arni suggestkan pengambilan set Detox Shaklee




Jom kita lihat fungsi setiap vitamin yang dicadangkan


Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang terbaik, Dalam proses detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan memberi tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih baik.



DTX Shaklee mengandung milk thistle. Milk thistle telah digunakan secara turun temurun secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai tonik hati. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Jika hati kita diselaputi lemak ia membuatkan hati kita lemah. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengan lebih efisyen.



Herblax mengandungi daun senna yang berfungsi untuk mengelakkan sembelit ianya bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan.



Akar yang panjang dan dalam menjadikan daun Alfalfa tinggi nutrien dan dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.



Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina dan halia. Khasiatnya ialah dapat mengurangkan angin dan kembung perut.


Banyak manfaatnya kalau kita buat detox ni kulit kita semakin cantik, badan semakin ringan dan kesihatan kita pun lebih baik.


Dengan pembelian set ni boleh dapat sesuatu yang special dari Shaklee tau. Hubungi kak Arni dengan segera 010-2995619