Tip Luka Caserean Cepat Sembuh


Caeserean .... ramai yang takut untuk dibedah semasa melahirkan anak. Macam kak Arni sendiri memang tiada pilihan berpengalaman 3 kali caeserean. Sakit ya memang sakit selepas pembedahan terutamanya selepas ubat bius hilang, nak bangun memang seksa dari perbaringan, nak duduk, nak baring semula memang menahan kesakitan hatta kalau nak batuk pun kena pegang perut.


Bila kita caeserean sangat penting untuk kita menjaga luka agar ianya cepat sembuh bukan sekadar luka di luar malahan luka di dalam juga sangat penting untuk kita jaga. 7 lapisan rahim kita di toreh untuk mengeluarkan bayi kita.





Tip Luka Caeserean Cepat Sembuh


1. Membuat pergerakan

Terkejutkan macam mana nak bergerak dah tentunya dari pinggang ke kaki kena bius, bila ubat bius tu dah hilang. Slowly gerakkan kaki mainkan ibu jari kita, bila nurse kata kena bangun, usahakan juga untuk bangun walau sakit dan kepala rasa sikit pening. Tujuannya ialah mengurangkan risiko darah beku untuk permulaan minta bantuan masa nak bangun.


2. Makan makanan yang berzat dan seimbang

Badan kita memerlukan vitamin dan zat semasa proses penyembuhan. Selepas menjalani pembedahan kita kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protein. Terdapat pelbagai menu dalam pantang yang sesuai untuk mereka yang bersalin caeserean. Pemilihan menu ini penting kerana ia membantu luka cepat pulih, kita dapat  menyusukan baby dengan selesa dan tenang.


3. Pastikan tempat luka sentiasa kering, boleh mandi cuma macam kak Arni sendiri akan cover bahagian luka tu dengan plastik. Biasanya selepas seminggu dah boleh mandi macam biasa. Elakkan lap tempat luka dengan menggunakan tisu gunakan tuala yang bersih. Dan jangan letak sebarang ubat tradisional dibahagian luka.


4. Elakkan aktiviti lasak seperti mengangkat berat, melakukan kerja-kerja rumah yang berat, elakkan mendukung anak yang lebih besar kecuali baby yang baru lahir.


5. Susukan bayi sekerap yang mungkin kerana menyusu bukan sahaja dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ia juga akan bagi signal pada badan untuk mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.


Jika anda masih mencari-cari vitamin yang boleh membantu luka caeserean cepat sembuh, boleh ambil Set Berpantang Caeserean Shaklee yang lengkap dengan zat disamping makan makanan di dalam pantang.


Untuk mencuba produk, sila hubungi saya

Whatsapp : 010-2995619

Email: arnisyazila@gmail.com

Add FB saya : Arni Syazila

Klik FanPage saya : My Vitamin Shah Alam

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja

Disclaimer : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.



Labels: