Pengalaman Menaiki MRT Kwasa Sentral Ke Kajang


Assalammualaikum pembaca blog kak Arni , apa khabar semua? Walaupun hari ini hari Isnin dan hujan harap semuanya gembira, ceria dan berada dalam kesihatan yang baik sebab kita nak menjemput rezeki kan kena lah bersemangat sikit :)





Pada hujung minggu yang lalu sempena tambang 50% sehingga 31 Ogos 2017 Kak Arni dan suami mengambil peluang bawa anak-anak berjalan menaiki MRT dari stesen Kwasa Sentral ke Kajang perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil sebaik-baiknya alas perut dulu sebelum menaiki MRT kerana perjalanannya agak jauh jika kita berniat nak menjamu selera makan Sate di Kajang. Pembaca boleh rujuk di sini tentang stesen yang berdekatan dan kemudahan yang disediakan


MRT Corporation



Perjalanan memang smooth selepas Muzium Negara hingga Maluri kita akan berada di bawah tanah so memang gelap sahaja tiada pemandangan untuk di lihat. Seronoknya naik MRT kita dapat elak jem walau sebenarnya jika menaiki kereta lebih kurang sahaja masa perjalanannya. Untuk makluman suhu dalam train agak sejuk, bagi yang bawa anak-anak kecil sediakan stokin dan baju sejuk agar mereka selesa sepanjang perjalanan.


Tambang perjalanan bagi kami berlima dari Kwasa Sentral ke Stadium Kajang ialah RM14 jika kadar hari biasa tanpa diskaun ialah RM28, banyak dah jimat di situ. Harga tiket parking ialah RM4.30 flat rate sila bawa Touch N Go ya untuk pembayaran. Kepada pembaca yang ingin mengetahui harga tiket MRT boleh rujuk di sini.


Tiket dalam bentuk token boleh dibeli di kaunter atau dari mesin-mesin yang disediakan sila pastikan bawa duit kecil. 





Memandangkan hari minggu dan tambang 50%, keadaan dalam train agak sesak masing-masing mengambil peluang untuk merasai kemudahan yang baru dilancarkan dan ramai yang turun di Stadium Kajang untuk menjamu selera Sate Kajang.




Kalau rasa bosan dalam train boleh lihat digital skrin kita berada di mana :)





Kerusi khas untuk ibu mengandung, warga emas, orang kurang upaya atau mereka yang dukung anak-anak kecil.



Kami naik dari stesen Kwasa Sentral, stesen pertama ialah Sungai Buluh




Excited betul si dia dapat berjalan-jalan cari makan :)




Antara kedai sate yang boleh jadi pilihan jika ingin ke Kajang, just make sure semasa beli tiket turun di Stadium Kajang turun je dari stesen dah terbau aroma sate yang dibakar. Kedai sate yang lain ialah Hj Samuri. Bila di hujung minggu kena banyak bersabar sebab orang memang ramai dan masa menunggu agak lama.


Kesimpulannya kami berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh MRT, suasana dalam train dan stesen yang bersih serta kemudahan tandas dan surau memudahkan para pelanggan. 


Video menarik untuk pembaca


MRT for a better City Life




Labels: