Kanak-kanak Boleh Dijangkiti Beguk - Punca Dan Rawatan Beguk



Baru-baru ini kebanyakkan sekolah di Selangor ramai yang terkena jangkitan Beguk. Actually penyakit ni dah lama tiada di Malaysia kalau ada pun tak ramai yang kena. Tapi disebabkan semakin ramai yang kena maka Kak Arni nak kongsikan pengalaman sendiri tentang penyakit Beguk ni.







Bila bercerita tentang beguk ni, Kak Arni sendiri pernah mengalaminya. Sebelum leher membengkak, sakit kepala yang teramat sangat diikuti dengan demam. Sangat sukar nak makan sebab kita tidak boleh mengunyah, ia akan sakit berdenyut-denyut  sampai keluar airmata lah.


Bila dikenangkan semula hmm seksanya beberapa hari tu, kita yang dewasa pun terasa sakit apatah lah lagi jika anak-anak kecil terkena jangkitan beguk. Mereka akan menolak makanan dan minuman. Tapi dalam masa yang sama kita tak nak perut anak-anak kita kosong, bila perut kosong penyakit lain pula yang datang. Kak Arni akan bagi tips bagaimana nak anak-anak makan semasa jangkitan beguk.


Sebelum tu kita baca info tentang Beguk, tanda-tanda dan rawatan. Sumber info dari portal MyHealth


Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :

Demam
Sakit kepala
Mulut kering dan hilang selera
Keletihan
Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Jika anda mengalami tanda-tanda ini silalah berjumpa Doktor dengan segera.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :

Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Bagi anak-anak yang mengalami jangkitan Beguk, Kak Arni galakkan sediakan bubur nasi untuk anak-anak seboleh mungkin mereka tak perlu mengunyah, bagi mereka minum air kosong, susu dan bagi bagi orang dewasa boleh ambil ESP dan Cinch Shaklee ini untuk mengelakkan dari perut kosong.

Bagaimana Shaklee boleh membantu apabila terkena jangkitan Beguk?




Vitamin Shaklee membantu mengurangkan bengkak, mengelakkan jangkitan virus ke organ lain dan tingkatkan imuniti badan.

Lecithin - Berfungsi untuk menyurutkan bengkak

Nutriferon - Mengatasi jangkitan virus dan kurangkan risiko daripada berjangkit kepada orang lain.

Vitamin C - tingkatkan imuniti badan yang lemah akibat jangkitan.


Semoga info yang Kak Arni kongsikan ini membantu mereka yang sedang mengalami jangkitan virus Beguk.





Labels: