Kenapa Kak Arni suka share resepi dalam blog? Walaupun resepi yang Kak Arni share adalah resepi yang simple-simple sahaja tapi resepi inilah yang selalu Kak Arni masak di rumah. Mungkin akan datang bila Kak Arni dah takde dan anak-anak teringin nak makan boleh lah mereka refer ke sini je.
Kari Ikan Merah
Bahan-bahan :
1 ekor ikan merah
1 paket kecil rempah kari (Kak Arni gunakan rempah kari ikan Adabi)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
Air asam jawa
1 kotak santan kotak - agak cair
Bahan-bahan lain
Kacang bendi
Buah tomato
Cili hijau - belah 2 (opsyenal)
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur serta daun kari. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan serbuk cili/cili boh dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak sebelum santan dituangkan.
Tumis sehingga rempah menjadi garing. Masukkan santan dan air asam jawa.
Bila mendidih , masukkan ikan. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Biarkan mendidih seketika dan kemudian kecilkan api sehingga ianya pecah minyak.
Masukkan garam, sesuaikan dengan rasa dan sedia untuk dihidangkan. Bagi mereka yang suka rasa kari yang sedikit masam boleh lebihkan air asam.
Bimbang kolesterol naik jika terlebih makan, dun worry Shaklee kan ada. Set kolesterol yang biasanya Kak Arni akan suggest ialah Omega, Phytocol dan Garlic.
Bagaimana ingin memiliki Set Kolesterol Shaklee?
Mudah sahaja sila whatsapp 010-2995619 atau emailkan ke arnisyazila@gmail.com.
Labels: Resepi